Aku Bukan Lagi Pemula Segala


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.

dulu aku selalu cinta dia
dulu aku selalu rindu dia
dulu aku selalu ingat dia
dulu aku selalu mahu dia

Broken Heart, Love
sumber : broken heart
sebab tu aku selalu mulakan semuanya
aku tak kisah walaupun selalu aku yang kena
bagi aku dah memang dia aku yang punya
aku tak kisah rasa malu terpendam di jiwa

aku selalu ingat yang itu tanda dia aku cinta
aku fikir semua tu buat dia tahu dia berharga
aku memang tidak tahu yang sebenarnya
yelah, dia boleh dikatakan pengalaman pertama

yang pasti kini aku tahu walaupun tidak semuanya
yang ambil peduli itu kongkongan bagi dia
yang selalu berhubung itu merimaskan hidupnya
yang dia berasa aku perlu selalu dijauhinya


kalaulah aku tahu yang dia inginkan dari mula
aku akan selalu diamkan diri dalam menunggu dia
akan aku tanamkan yang dia selalu mencinta
akan kunanti sepanjang masa walau jarang bersua

kini aku akan berubah jadi macam perempuan biasa
yang selalu menunggu dan menanti tanpa apa-apa usaha
tidak mahu lagi dikatakan seperti perigi mencari timba
kalau ada jodoh pasti dia akan datang juga akhirnya

yup, call it an ego, but it feels safer this way.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD