Palestinian in INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU.

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
now,, it is not only churp2 giving us money,, blin too!!! how cool is that??? :D

now, it is our turn for us, to have a Palestinian to give a talk on how the condition of Palestin currently. unfortunately, he cannot speak in English but still we are lucky enough to have an ustaz, who acts as a translator for us to understand what he is talking about. ustaz tu dah pesan awal-awal lagi suruh tanya yang mudah-mudah je, senang dia nak translate. takut yang dikatakan lain, yang ditranslate lain pulak. huhuu.. few lecturers are present, mr zul, mr roslan and few others.

membantu palestin suatu kewajipan. duta bantu israel yang melantik diri sendiri semata-mata. huhuu,, gambar guna webcam je di saat-saat terdesak. sorry for the blurry picture.


dari kiri, Mr Zul (mr speaker, my Social Studies lecturer), En Ghazali (ahli NGO yang terlibat), En Ibrahim Saqr (the invited Palestinian), Ustaz dari jabatan Agama Islam.

all about ISRAEL- ni ucapan pembukaan oleh Encik Ghazali.
  • israel laknatullah (israel, bangsa yang dilaknat ALLAH SWT.)
  • israel, bangsa yang rasa diri mereka hebat
  • israel, bangsa yang rasa bangsanya bangsa terpilih
  • israel, bangsa yang merampas tanah Palestin dengan tidak tahu malunya, dengan melakukan kekejaman, dengan membunuh, dengan mengebom
  • israel, bangsa yang melepaskan 1.5 juta kilo bom (bom yang tidak dibenarkan oleh dunia iaitu bom phosphorus- bom yang makan dalam, menyebabkan kulit merekah.) di gaza pada tahun 2009 or 2008, tapi masih tidak berjaya merampas gaza walaupun dengan angkuhnya menyatakan akan berjaya merampas gaza dalam masa 7 hari. hakikatnya, selepas 21 hari, gaza masih tidak boleh dikalahkan. membuktikan bahawa mereka bukan sekadar ingin merampas Palestin tetapi juga dengan niat ingin menyeksa dan membunuh rakyat Palestin.
  • bangsa ISRAEL menggunakan kitab talmud yang tercatat bahawa bangsa israel adalah bangsa no 1, bangsa lain adalah binatang, israel boleh membunuh, merampas dan melakukan apa sahaja pada bangsa lain.
  • bangsa yang memusuhi semua bangsa lain selain diri sendiri
  • simbol kemuncak keganasannya, Palestin.
apa peranan kita?
polis dunia? amerika???



background PALESTINIAN yang datang ke ipgkkb:
  • Ibrahim Saqr Ismail Al Zaeem, 
  • a reporter
  • from Gaza. memorize Al Quran and Sannaad. 
  • married
  • represented palestin in few musabaqah and hafazan competitions.
  • ada ijazah, ada master
  • on the way ijazah dalam bidang sejarah
bagaimana seorang yang hidup di dalam sebuah negara yang sedang berdepan dengan peperangan hebat boleh berjaya dengan hebatnya? dalam berdepan dengan peluru, bom, darah, kematian,, bagaimana? kita pula bagaimana boleh tidak berjaya walaupun dilimpahi dengan kesenangan dan kemewahan?

ucapannya translated by ustaz kat ipgkkb. maybe tidak tepat translation daripadanya. aku pulak orang kedua yang dapat input tu,, dari lelaki palestin kepada ustaz. daripada ustaz baru la aku boleh tulis kandungan ucapan itu. so, memang confirm banyak isi yang maybe tertinggal or cacat sana sini. tapi aku harap apa yang aku tulis still dapat memberi manfaat kepada orang ISLAM.
  • kelate cantik, rakyat sukakan kecantikan, kedamaian. (kembang kempis hidung aku weh,,)
  • terima kasih sudi menjemputnya (sama-sama)
  • di Palestin, terdapat sebuah bandar bernama, al-Quds. di sinila terletaknya Masjidil Aqsa. Orang-orang Arab termasuklah Islam and non Islam telah mendudukinya bermula 4000 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW.
  • Masjidil Aqsa adalah sebuah kawasan yang diberkati, milik orang Arab, termasuk Islam dan bukan Islam (dia ada sebut orang bukan Islam ni digelar Masihi)
  • diduduki oleh nabi-nabi lain seperti Nabi Isa, Nabi Musa, Nabi Daud, Nabi Zakaria dan lain-lain.
  • penduduk mendapat ancaman oleh israel. mereka diharamkan untuk ke Masjidil Aqsa. Kawasan bernama Hunain dikepung oleh tentera israel laknatullah.
  • israel menafikan hak orang arab atau kristian untuk bekerja, untuk berurus niaga, untuk belajar. Hal ini adalah kezaliman yang sangat kemuncak!
  • orang israel menghalau penduduk dari rumah orang Arab muslim and kristian untuk digantikan dengan orang israel. mereka tidak peduli dan hanya membiarkan orang arab untuk ke mana pun. 
  • orang israel mengajar kanak-kanak israel dari kecil bahawa Palestin adalah tanah israel, kepunyaan israel, walhal dengan jelasnya Palestin adalah kepunyaaan orang arab Muslim dan masihi (kristian). 
  • Ummu Kamil, seorang perempuan dihalau dari rumahnya oleh orang israel. mereka datang membawa open cheque dan menyuruhnya menulis berapa sahaja wang dalam dolar untuk keluar dari rumah. Ummu Kamil menyatakan ,'saya takkan keluar dari rumah saya walaupun selangkah'. beliau bertekad untuk tidak berganjak dari bumi Al-Quds. akibatnya, rumahnya diletakkan sampah sarap dan tahi. israel tetap meminta Ummu Kamil keluar. Beliau tetap bertahan. rumahnya dibaling batu. hidupnya tidak tenteram tetapi beliau tetap teguh dengan azam yang dia akan tinggal di rumahnya itu sampai mati. akhirnya, dihantar pula pegawai perempuan untuk menariknya keluar. dia tetap bertahan untuk  tidak keluar. akhirnya, israel keluarkan satu arahan supaya mak cik itu keluar. adakah ini bukan satu kezaliman???!!!
  • boleh ke kita terima apabila ada orang yang menghalau kita dari rumah kita sendiri???? Laa!!! (TIDAK!!!)
  • kami ditunjukkan gambar makcik Ummu Kamil dengan beberapa orang lain. beliau tinggal dalam khemah, dia tetap tidak keluar dari bandar al quds. mereka terdiri daripada orang muslim dan orang bukan muslim. mereka bersama-sama berusaha menentang israel yang telah merampas hak mereka. terbuktilah, agama dan bangsa tidak memisahkan antara satu manusia dengan manusia lain untuk bersatu menentang kezaliman.
  • kawasan Ghazzah telah dikepung oleh israel lebih dari 6 tahun, penduduk tidak dibenarkan masuk atau keluar tanpa sebab, israel menyekat hak kemanusiaan, penduduk tidak dapat menikmati hidup sepatutnya, hidup terhimpit, tiada pendidkan.
  • siapa yang boleh membenarkan seseorang datang mencabul ketenangan sedangkan kita tengah berehat?
  • terdapat satu peristiwa. dalam satu keluarga, ada seorang anak perempuan bernama Huda Ghalia. berhasrat untuk berkelah di tepi pantai kalau berjaya dalam peperiksaan (hanya ini yang mampu diimpikan). itu pun dihalang oleh orang israel, apabila mereka pergi ke sana, seluruh keluarganya dibunuh. sekarang hanya Huda Ghalia sahaja yang tinggal.
huda ghalia menangis di samping jenazah ayahnya
  • israel jenis bangsa yang tiada perikemanusian, menganggap bangsa lain di dunia ini sebagai haiwan, sanggup membunuh orang tua dan kanak-kanak tanpa perasaan.
  • israel menghalang kemasukan bahan binaan (pasir, besi) untuk membina kediaman orang Palestin setelah Ghazzah dibom, 
  • israel mehancurkan tempat pengajian di Ghazzah.
  • yang menghairankan, walaupun dinafikan hak untuk belajar, pencapaian pelajar di sekolah menengah tetap mencapai tahap pencapaian yang sangat bagus dan tinggi, makin hidup mereka ditekan mereka menjadi semakin bijak, prestasi makin tinggi walhal pelajar sendiri turut serta memerangi dan ikut sama berperang menentang israel. tetap sahaja. tahap pembelajaran mereka sangat cemerlang.
  • adakah sanggup kita terima israel membunuh orang yang hendak bersantai????
  • kita sebagai manusia mesti berpihak kepada yang benar. sudah menjadi tabiat manusia walau apa pun agama yang dianuti, pasti kita berpihak kepada kebenaran, kita pasti berasa bersama palestin, lepas kita tengok palestin dianiaya dengan teruk sekali
  • terima kasih kepada kitorang, atas jemputan pihak kitorang.
sesi soal jawab
  • bagaimana belajar di palestin? belajar di sekolah, sekolah dimusnahkan, belajar dalam keadaan tidak tenang, kebarangkalian untuk mati dibom sentiasa, hidup dalam menunggu saat kematian, kemudahan pembelajaran tak dpt dirasai, tiada kemudahan elektrik. elektrik juga tiada di kilang, rumah, pejabat kerajaan, keadaan tidak selesa.
  • apakah pandangan tuan tentang PBB, OIC, Liga Arab, berfungsikah dalam membantu palestin? PBB ada bantu tapi kecik dan minimum. hanya dapat menyumbangkan makanan, gula, minyak, dan semakin lama semakin sedikit. sekarang sudah hampir tiada. apabila palestin berdemonstrasi untuk mohon simpati dari orang luar (PBB), mereka tidak dapat berbuat apa apa. Liga Arab pulak, terhad untuk sokong Palestin kerana masalah ekonomi, politik. walaupun semua rakyat menyebelahi Palestin, kerajaan tidak boleh menyokong dengan terang-terangan. tetapi rakyat tetap menyokong penuh.
  • setakat mana pengaruh puak Fatah dan Hamas di Palestin yang juga merupakan salah satu punca kenapa palestin ditindas sekarang? Hamas dan Fatah ni ada sejarah. parti politik Hamas menang dalam pilihan raya yang lalu and Fatah langsung tak dapat kerusi. Fatah disokong israel. penguasaan hamas menyebabkan Ghazzah dikepung. israel pula nak orang Ghazzah menyokong Fatah dan memenangkan Fatah. Mesir ketika di bawah pemerintahan husni mubarak sangat pro israel. harapkan Mursyi menyokong dengan tidak berbelah bagi kepada Palestin. sepatutnya parti politik boleh terima kemenangan dan kekalahan. tapi Fatah tidak boleh lalu menyokong israel. Fatah tidak boleh menerima kekalahan. mereka sanggup menghancurkan negara sendiri.
  • apa rahsia orang Palestin ni begitu berani tanpa bandingan yang tiada di IPGKKB ni? hahaha.. pertama, mereka begitu yakin dengn ALLAH, agama, takaful (optimis) dengan janji ALLAH bahawa jika kita mempertahankan agama, mereka akan dapat sesuatu yang tinggi di sisi Allah. ada hadis yang menceritakan tentang mempertahankan syria, kalau tidak boleh pertahankan Syria, pertahankan Yaman. macam mana pun kena pertahankan negara. kedua, mereka berani kerana ibu-ibu yang melahirkan anak-anak sentiasa berdoa supaya anaknya mati syahid. Walaupun orang Palestin dibunuh, penduduk Palestin still ramai, ibu-ibu still melahirkan banyak bayi lelaki. bayi lelaki ini didoakan untuk syahid. kalaula seorang ibu sanggup mendoakan supaya anak laki mereka mati syahid, takkan la mereka nak jadi seornag anak yang pengecut???
  • mempertahankn Masjid Aqsa adalah wajib, semua orang Muslim bertanggungjawab mempertahankan Palestin yang merupakan lambang syiar islam, penduduk palestin sanggup mati untuk Masjidil Aqsa, Merek takkan membiarkn israel menguasai Masjidil Aqsa dengan begitu mudah, sanggup membeli dengan syahid.
  • sekian
Encik Ghazali pulak bercakap. salah seorang ahli ngo yang bertanggungjawab.

baru tahun ini mereka dapat membawa palestinian keluar dari Palestin apabila Presiden Mursyi melonggarkan jalan. pada tahun lepas, merak hanya dapat membawa penduduk dari Syria sahaja.
Ternyata penggalian di bawah Masjidil Aqsa, kononnya untuk mencari kuil Nabi Sulaiman adalah salah!!! israel sengaja ingin melonggarkan struktur tanah di bawah Masjdil Aqsa. mereka ingin meruntuhkan Masjidil Aqsa. apabila runtuhnya Masjidil Aqsa kerana gmpa bumi (sama ada yang natural ataupun gempa bumi buatan), mereka ingin membina haikal sulaiman, semua bahan untuk membinanya dah siap dan diletakkan berdekatan Masjidil Aqsa. 

kita di sini tak perlu berjihad di sana. cukuplah sekadar 
  • berdoa sungguh-sungguh dan tidak melupakan Palestin dalam setiap doa. 
  • bagi yang mampu, bolehlah menghulurkan sumbangan. banyak tabung palestin dan haluan Palestin.
  • Sebarkan maklumat dengan menceritakan kepada orang lain bahawa bumi Palestin adalah bumi umat islam. 
  • sekurang-kurangnya memboikot institusi yang menyokong israel seperti mac donald, coca cola yang jelas menyokong israel secara terang-terangan. tak mati pun kalau tak makan kat mcd. 
  • jadikan Palestin sebagai kisah yang bagi semangat untuk bekerja dan belajar dengan lebih baik. 
  • jadi bangsa yang menjadi contoh. sebaik-baik umat adalah umat yang memberi manfaat kepada orang lain,
ingatlah saudara seIslam kita di Rohingya yang sekarang berlindung di Jordan, saudara seIslam kita di Selatan Thai, saudara seIslam kita di Kemboja. malaysia untung, jangan jadi hedonistik (mementingkan hiburan), jadi manusia yang memberi manfaat. 



kami sentiasa bersama-sama rakyat Palestin. Allah sentiasa bersama-sama orang yang benar. musuh Allah tidak akan selamat hidup di muka bumi ini. insya ALLAH kemenangan bersama-sama kita. amiin.

"hidup biar boleh tumpang, belajar biar pandai, perangai bia juruh."

masjidil AQSA- kiblat pertama, bumi anbia, hak milik islam, israk mikraj.

tanah kita perlu kita pertahankan
dunia tidak menceritakan hal sebenar
orang palestin dianggap terrorists- adakah manusia yang mempertahankan tanah air patut digelar terrorists???

so, tun perak, dato maharajalela, leftenan adnan tu sape?????

 Banner

Comments

  1. sy pn igt nk join program cakna palestin.. tp tak tau caranya..huhuhu

    ReplyDelete
  2. Sedih mengenangkan nasib saudara disana. Hny mampu berdoa. Nisbah Muslim di dunia dan israel adalah 10:1. Ini bermaksud kekuatan lebih kepada Islam. Tapi persoalannya ialah kemana pergi umat Islam seramai itu? Ada Hadith menyatakan bahawa tidak akan dpt kemenangan keatas umat Islam jika solat subuhnya tidak seramai solat jumaat... Hadith ini ingin menerangkan apabila Islam berada didalam 1 jemaah kukuh, baru akan berjaya untuk menentang kezaliman Yahudi Laknatullah. Panjang pula komen kalau nk dihuraikan lebih lanjut. Hny berkongsi ilmu. :)

    ReplyDelete
  3. sebenarnya, tulah perancangan dajal.. israel tu tentera2 dajal.. banyak yang kita tak tau sebenarnya.. cuba search youtube pasal2 israel dan dajal ni.. buat sedikit kajian.. dan, akan dapat jawapan yang israel=dajal

    ReplyDelete
  4. ya Allah hancurkanlah musuh2 islam..hancurkanlah israel laknatullah...selamtkanlah umat islam fii falestin..fii syria..fi kulli makan...fii kulli zaman...

    ReplyDelete
  5. tapi dalam sedar tak sedar kita ni pun menyokong mereka ni juga. yela, dorang ni pandai betul. menarik kita dari segi makanan, barang dan macam2 lagi. yang kita ni pulak main beli je.. taks edar yang duit tu disalurkan kepada dia.. huhu #self reminder

    ReplyDelete
  6. Olimpik diadakan dalam bulan Ramadhan. See.... Rancangan yahudi mmg bijak. Muja bila nk pergi sana. Nama kau dh padan. Hehe.

    ReplyDelete
  7. entah sape yang cipta kitab talmud tu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

Persiapan Untuk Anak-anak Ke Sekolah; Taska dan Tadika