tiga pemandu berjiwa 'besar'


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
Join Them If You Are a Blogger :D . 

peristiwa 1
on thursday, aku nak gi stesen bas kb and ada 4 orang yang nak gi kbmall. kbmall jauh sikit la daripada stesen bas. naik prebet sapu ni ke stesen bas kb biasanya RM2 and ke kbmall RM3.  kereta pulak penuh. kira ok la kan. aku expect tambang macam biasa la. sampai je stesen bas, aku hulur RM5, then pak cik tu macam tak nak bagi aku baki. aku tanya dia berapa tambang. RM5!!! pehal lak aku kena RM5? lainlah kalau aku seorang nak gi kbmall and 4 orang tu nak gi stesen bas. so, dia kena hantar aku sengsorang gi kbmall lepas hantar dorang tu gi stesen bas. barulah aku boleh terima kena bayar mahal pun sebab aku seorang dalam kereta time nak gi kbmall. masalahnya situasi ni terbalik!!!!! aku yang nak gi stesen bas then baru dorang di hantar ke kbmall. aku memang panas giler weh!!!

peristiwa 2
aku balik ipg dari rumah sebab aku kena hadiri gotong royong. aku memang tak de mood sangat la sebab kena balik awal sebab patutnya balik hari sabtu, tapi kena balik hari jumaat. sampai je stesen bas kb tu aku hulur RM50 yang aku baru amik daripada umi. alih-alih pak cik tu cakap tak de duit baki. dah la tak de duit baki, aku yang sebagai pelanggan ni pulak yang kena tawaf deretan kedai kat situ sebab nak tukar duit. dah la dalam hujan. tak de orang nak bagi duit pecah. aku balik ke teksi, aku cakap takde. dia boleh suggest lak suh aku beli pape kat kedai tu untuk dapat duit pecah. aku tak nak beli pape!!! pak cik, kalau dah semua penjual tu tak de duit pecah macam pak cik macam mana?? lepas aku dah dapat duit pecah daripada kedai topup, dia siap boleh cakap macam perlu, TU ADA TU. bengong punya pak cik!!!!!!! kalau tak nak kerja betul-betul macam orang lain, sila goyang kaki kat umah ye pak cik!

peristiwa 3
dari kb aku naik bas pulak sebab nak balik ipg. budak sebelah aku ni, dengan aku tak de tunjuk niat nak bangun gi bayar tiket lagi, dia dah hulur RM1.20 suruh aku bayar tambang dia. giler berasap weh!!! tunggu la dulu aku bangun ke hape, terus aku tertanya-tanya betulke orang Melayu ni penuh sopan santun??? aku tunggu orang lain bayar dulu, aku duduk je then bila tak de dah yang beratur, aku gi la kat pemandu bas tu, aku cakap la RM1.50 ke ipg and RM1.20 to padang bunga tempat budak sebelah aku tinggal. dia tunjuk screen macam la aku tak nak tambah lagi doposen tuh. then tiba-tiba dia tambah, RM1.70 setakat ke taman kurnia jaya je, aku pun cakap aku nak gi ipg bukan ipd. ipg sebelum kurnia jaya. ipd tu melepasi kurnia jaya, so aku kena bayar RM2 kalau nak ke sana. tapi  aku pun ulang la ipg banyak kali then aku sebut maktab. seriously aku generasi ipg, bukan maktab ye. then dia marah aku, AKU MANA TAHU DAH TUKAR. hey pak cik! dah berzaman kot maktab bertukar nama. pak cik pulak bus driver, saye ke pak cik yang sepatutnya lebih arif pasal tempat-tempat ni bagai???

aku memang dah banyak sangat pengalaman pahit dengan pemandu nih. yang baik, yang timbang rasa, yang gatal, yang garang, yang kurang ajar, yang senget, yang peramah, yang pendiam, yang suka amik kesempatan. hampir semua la aku penah jumpa.


o pak cik-pak cik semua. kalau saya ada kenderaan sendiri, memang saya tak naik kereta or bas pak cik. nasib baik saya ni tak mampu lagi. saya dendam ni ngan golongan pak cik. happy tak? :D

nasihat untuk pemandu:
  • mentang-mentang kitorang ni pelajar lagi, jangan la layan kitorang lain daripada penumpang lain. aku confirm kalau orang dewasa yang naik teksi tu, tak de nya kena macam aku. tak denye kena bayar mahal. kena layan macam tak de hati. senget betul la! kang aku mengadu kang baru padan muka! :)
  • buat yang nak berniaga tu, yang melibatkan duit tu. tolong la jangan nak menyusahkan pelanggan dengan situasi tak de duit baki. sangat tak payah keje kalau nak keje cenggitu. nasib baik aku tak lari dengan tak bayar je kat pak cik teksi tu! nasib baik aku tahu lagi la halal dan haram. you should be thankful wahai pak cik. :)
  • kalau dah tahu awak tu yang salah, yang tak tahu perkembangan semasa sebagai seorang pemandu, sila akui kelemahan awak. kalau orang salah, tegur la baik-baik. kalau orang dah tegur tu, tak yah nak marah orang. reflect diri sendirila. salah diri sendiri bila you are not competent enough to be what you are. :)


Comments

  1. macam macam... saba la ye.. terpaksa naek jugak sebab tu je caranya. sementara nk ada transport sendiri, org mcm kite kena tahann la.. =)

    BTW, lawa gambar tu. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpksa trima dah suggestion abh nk bli motor ni...

      Delete
  2. betul muja, akak pun sama macam2 pengalaman dah. kebanyakan mereka tnjuk hebak dn bajet baguss. berasap jee rase.. hny penumpang knderaan awm tegar je tau. huh ! tp sbr jela, nk wt cne. tp kalau time hangin mmg badmood n spoilmood laa haha. ayuh dendam :P

    ReplyDelete
  3. hahaha..tema entri hujung minggu ke apa ni muja..tema marah kat pemandu..kehkehkeh..kesian ko..beli la keta sendiri senang..

    ReplyDelete
  4. cerita yg ke-3 tu aku kurang paham la muja..agak blur2 kat situ..tambah pulak ada budak, adaa rm1.50, rm1.20, rm1.70 and rm2.00..serius aku lost bila baca..hahaha

    ReplyDelete
  5. orang lawa mmg ada jek yg sudi amik kesempatan... ye lah... (komen pendek jek..malas nak wat entry dah ekekek)

    p/s: lawa gambar tu...

    ReplyDelete
  6. @Encik H

    RM1.20 tu tambang orang yang dok tepi aku. di nak gi padang bunga. tambang dia murah cikit daripada aku punya

    rm 1.50 tu aku ingat tambang balik ke ipg. rupa2nya salah.

    rm1.70 tu tambang sebenar aku untuk balik ke ipg.

    rm2 tu tambang ke ipd. pemandu bas tu ingat aku nak ke ipg.

    mohon paham pencerahan aku ye, :D

    ReplyDelete
  7. biasalah..diaorng amik kesempatn kat peljr..sebb peljr dh xde choice..so terpksa byr..

    ReplyDelete
  8. takpe bykkan bersabar...jgn marah2 diorg tak baik...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD