aku, ustaz, sumayah, dan tudung.

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
join exabytes here :D

suatu masa dan ketika dulu, waktu tu aku sekolah rendah lagi. dalam darjah 6. masa tu baru je baligh, baru rasa masuk alam dewasa, baru rasa lepas dari stereotype budak kecik tak tahu pape, jiwa aku memang memberontak gila. daripada budak kecik yang bertudung jahit tengah dan berstoking, aku menyimpan angan-angan tidak mahu bertudung bila aku dah besar nanti. aku selalu perasan rambut aku cantik giler. tambah-tambah bila ada seorang budak laki yang jumpa aku di luar tanpa tudung cakap aku pakai tudung dengan tak pakai tudung sangat berbeza. aku bertukar rupa bila free hair. aku jadi cantik bila free hair. so, sebab tu keinginan untuk tidak bertudung membuak-buak.

pastu berlaku la dialogue di bawah, antara aku dengan ustaz darjah 6
aku: ustaz, tak pe ke kalau kita baik, kita solat cukup, tapi kita tak nak pakai tudung?

aku dah lupa la pulak apa yang ustaz aku cakap. haha. tapi yang aku nak highlight kat sini, sampai tanya ustaz bagai disebabkan keinginan yang membuak tak nak pakai tudung. satu hari tu, aku gi latihan sketsa tak pakai tudung. time tu dah period. adik aku sumayah tu nampak. kantoi dah aku. then dia marah. so, aku memang nak berterima kasih sangat kat adik aku yang dah menyedarkan aku dari tersasar jauh, dari mendapat dosa dengan sukarela, dari merosakkan rambut sebab sinaran uv matahari, dari mengotorkan rambut dengan asap debu, dari menonjolkan benda yang patut jadi benda special untuk suami semata. terima kasih sangat!!! :D

I Am A Muslim - Kuala Lumpur, Malaysia
https://www.facebook.com/IAmAMuslimIslam

Antara kelebihan menutup aurat itu banyak:

1. Bila menutup aurat dengan memakai stokin dan handsocks dapat menghindari cahaya matahari daripada kena pada kulit. Kulit tidak akan hitam dan juga terbakar. Selain itu, jika ada aib (luka / parut) di lengan atau kaki, tidak lah ditunjuk pada ajnabi dan diri tidak malu dikutuk oleh orang.

2. Bila memakai pakaian menutup aurat yang tidak ketat dan taba
ruj, tidak akan di ngorat oleh sang lelaki yang nafsunya sentiasa membuak bila jumpa perempuan. Kadang kala lelaki lebih menghormati mereka yang menutup aurat lebih daripada yang seksi. Tidak lagi bunyi bunyi tikus didengari bila menutup aurat dengan baik.

3. Bila menutup kepala dengan baik (tudung yang labuh), akan terhindar daripada debu yang berada di luar rumah seperti habuk dan sebagainya. Ada pakar doktor memberitahu, menutup kepala dengan sempurna (menutup aurat dan tutup dada) akan terhindar daripada debu. Rambut wanita mudah terkena debu debu. Sebab itu ramai yang ke saloon hanya untuk mencantikkan rambut. Sedangkan menutup aurat itu lebih baik daripada tidak menutup aurat. Jimat wang dan rambut sentiasa terpelihara.

4. Bila menutup aurat dengan sempurna, akan terhindar daripada penyakit kulit jua. Sekarang terlalu banyak penyakit yang jarang ditemui dan sebab ini lah di suruh menutup aurat untuk menghindari penyakit seperti penyakit kulit.

Banyak lagi sebenarnya kelebihan menutup aurat dan ini hanya sedikit sahaja. Jangan malu menutup aurat, jangan malu digelar ustazah. Itu panggilan mulia dan hanya yang 'mahal' berhak dapat panggilan semulia itu. Wallahualam. 


bila aku jumpa benda kat atas ni, makin aku yakin keputusan aku untuk bertudung adalah yang paling tepat. terima kasih sangat.

Comments

  1. betol tu dear..yang penting niat kita :)

    ReplyDelete
  2. tutup aurat itu wajib tak kira lelaki mahupun perempuan. setiap apa ALLAH suruh kita buat ada hikmah dan kelebihannya.

    ReplyDelete
  3. betul jgak kan..bukn sekdar menutup aurat..malah menghindar daripada penyakit yang tersmbunyi

    ReplyDelete
  4. yup,,setuju sgt..tapi kelakar la time kecik2 ade keinginan camtu..hehe...saya x ingat zaman kecik saya..kwang2

    ReplyDelete
  5. Salam.

    Nampaknya..tu jalan cerita hidup muja. Memang dah tertulis, sumayah tu nampak muja tak pakai tudung..dari situ, muja kena tegur n start pakai tudung.. ^_^

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum ... masa Wee bebudak dulu pun membrontak cam tu gak ... ikut jiwa muda ...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD