Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Tahun ini, satu lagi perkara baru berlaku dalam hidup aku sebagai seorang ibu dan anak-anak iaitu, masa untuk anak-anak masuk sekolah. Nazhan masuk tadika. Nazeem masuk taska. Masuk sekolah dengan hantar ke rumah pengasuh sangat berbeza bagi aku. Rumah pengasuh, dekat sangat. Selang 2 bulan rumah sahaja. Sehala pula untuk ke sekolah. Sekolah dorang pula agak jauh. Kena pusing-pusing nak ke tempat kerja. Nasib baik taska dengan tadikanya sebelah-sebelah sahaja. Dipisahkan dengan pagar je. Tuan punya pun orang yang sama. Rumah pengasuh, hantar anak tak mandi pun tak pe. Nak ke sekolah, cikgu dah pesan awal-awal, kena mandikan. Penting untuk kebersihan dan bonding time. Sedangkan aku ni, kena clock in pula 7.20 pagi. Jarak pula makin jauh. Anak menangis kena paksa bangun dan mandi. T_T Rumah pengasuh, tiada bayaran awal. Untuk masuk sekolah, bayarannya lebih kurang RM2000 untuk 2 orang. Di sekolah, kena bayar untuk segala kelengkapan pembelaj
Selamat berjaya untuk segmen Dr. Fuh ini
ReplyDelete