Melayu Boleh

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 

Melayu Boleh. Memang satu frasa yang tidak boleh disangkalkan lagi. Sudah terbukti di sana sini. Sudah terbukti pada zaman dulu dan zaman kiri. Sudah ternyata dari setiap bentuk dan segi. Sudah ternyata, sudah crystal clear. Memang tidak boleh lagi disangkal oleh sesiapa. Kalau cuba juga, mencari nahas namanya.

2 orang Melayu Boleh yang sudah sampai ke puncak Gunung Tebu. hehehe

Melayu Boleh. Pada suatu ketika pada zaman dahulu kala. Adakah manusia yang tak kenal negeri Melaka? Negeri yang sangat terkenal, bukan hanya di Asia Tenggara, malah di seantero dunia. Sejarah yang pastinya tidak akan dilupa. Kemewahan dan kekayaan yang dikecapi oleh penduduknya. Itu bukti. Bukti Melayu Boleh sebenarnya. Cuma ramai yang mudah mengalah sebelum mencuba. Kenapa tidak dicontoh mereka dulu kala?

Melayu Boleh. Pelajar paling cemerlang SPM dulu siapa? Nama mungkin terlupa. Bangsa kekal di kepala. Sudah banyak nama Melayu menjuarai carta. Ya, mereka berbangsa Melayu, yang tak kenal erti putus asa. Yang diidamkan tetap diusahakan sedaya upaya. Tidak kenal erti mengalah di setiap usaha. Mereka tahu mereka akan berjaya juga. Kalau tidak sekarang, esok masih ada.

Melayu Boleh. Melayu yang terkenal dengan lemah lembut bertata susila. Tidak keberatan berkongsi apa yang ada. Teringat kembali peristiwa sebelum merdeka. Rela bergabung tenaga dengan mereka yang bukan saudara. Demi masa depan nusa dan bangsa. Demi kebebasan memerintah negara. Demi generasi masa depan yang tercinta.

Ini baru sedikit saja. Manusia genius dari bangsa Melayu belum dicerita. Kepandaian menyimpan harta peninggalan dulu-dulu masih rahsia. Adat-adat yang penting berguna. Cara didikan dan asuhan mereka. Tata susila yang tak terkalah oleh sesiapa. Kisah Tun Mahathir sahaja dah berkajang rasanya. Kalau nak tahu lebih lagi, google sahaja. Insya Allah jumpa.

Dengan ini saya menyeru kalian semua. Menulis entry dengan keyword Melayu Boleh sebaik-baiknya. Kalau boleh sampai tahap terpampang di google muka pertama. Kerana keyword ini sudah lama bermaharajalela. Menonjolkan perkara yang tidak sepatutnya. Kalau nak tahu apa, bolehlah kamu cuba. Tak sanggup nak memberitahu di entry saya.

Comments

  1. @Nao Mei yup.. join nanti k cik kak,, entry lucah banyak guna keyword ni,, kat first page lak tu :'(

    ReplyDelete
  2. wah... awek melayu boleh ... hehe... bagus muja ni rajin... patut la kata kat fb nak buat entry melayu boleh...
    entry yg menarik... moga keyword Melayu boleh yg lucah akan di REPLACE dgn keyword Melayu boleh yg bersih ni... amin

    ReplyDelete
  3. @potia casadelarossa amiin,, potia, muja tak leh join contest ni sebab muja penganjur :D

    ReplyDelete
  4. yeah..melayu boleh..pasti boleh..yakin boleh

    ReplyDelete
  5. melayu dan Islam sememangnyaaa BOLEH!!! hehehhe

    ReplyDelete
  6. saya dah sertai contest ni. tak tau la ok ke tak entri yang dibuat. Kalau ada masa jemput baca

    ReplyDelete
  7. join ramai2. singgirkan blog2 lucah tu

    ReplyDelete
  8. Semoga "Melayu Boleh" terus berjaya berada di page 1 dgn perkara2 positif. Semoga berjaya buat NurMujahidah...

    ReplyDelete
  9. usaha gigih menyahkan unsur negatif daripada melauy boleh dah hampir berjaya

    ReplyDelete
  10. @Hafiz Rahim itulah semangat yang kita nak,, ekekekee

    ReplyDelete
  11. @eddie rasanya mmg positif setakat ni,, amiin

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD