Perkongsian Password dengan Pasangan

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 

Bila Muja tengok cerita Aku Dia dan Fb hari tu, Muja tetiba rasa sesuatu. Risaunyalah kalau pasangan kita curang. Curang pulak di fb. Then, ada someone post yang perkongsian password ni perlu so that tak jadi macam dalam cerita tu. Tetiba, datanglah seorang pembangkang yang tidak setuju. Maka, berdebatlah dia dengan aku. HAHAHA. Maybe dah rasa tidak ada modal sangat dah masa tu, dia pun cakap lebih kurang macam ni.

Kongsila password kalau nak cepat divorce!

WOOO!!! That was a hard statement and Muja rasa benda tu tak patut sebab akan melukakan hati banyak pasangan yang memang berkongsi password. Macam Blogger Hot ni, beliau dah kongsi segala jenis password dengan dengan suami beliau and Muja tengok, beliau dengan suami makin happy sebab tak de rasa syak wasangka yang mereka simpan di hati. Bagi Muja yang still tak kawin, yang mampu tengok je pasangan yang dah berkahwin, marriage is about sharing everything we've got with our spouse. Kalau time sedeyh kita cari orang lain untuk luahkan rasa, better you think again of what is the purpose of the marriage. Lain la kalau memang kita punya masalah dengan spouse kita sendiri. Barulah kita rujuk pihak ketiga. Tak dinafikan sesetengah perkara, orang lain yang kita akan rujuk. Just to stress that your spouse should be the one you trust and feel comfortable the most to share things.


Nak tanya ni, kalau pasangan tu bercerai, apa kaitannya dengan simpan passwords??? Kalau tak menggedik and tak buat hal di alam maya, having each other's password won't be a big matter for me. Kan? Bersempena dengan cerita Aku Dia dan FB tu, Muja pun tulislah kisah di bawah  ni. Jalan cerita dia hampir sama. Mungkin lain script writer je. Mih mih mih :P

-----------------------------------------------------------

Suatu hari yang hening, Akmal kelihatan ralit dengan facebooknya. Matanya hampir sahaja tidak berkelip. Mungkin kalau sudah pedih baru dia tahu yang matanya menderita. Kadang kala Akmal tersengih. Turut kedengaran gelak kecilnya. Mungkin ada perkara yang menggelikan hatinya. Mungkin juga dia buat-buat bahagia.

Di hujung sana, Amy, isteri Akmal mula menjeling curiga. Mungkinkah jeratnya sudah mengena. Risau mula membelenggu jiwa. Panggilannya sekarang tiada balasan lagi daripada Maria. Kenapa Maria seolah melarikan diri? Sudah dilupakan ke segala yang dijanji. Arghhh!!! Serabut sungguh dirasakan. Dunia sudah tidak lagi indah di matanya. Jawapan perlu dicari sekarang juga!

Saat itu, saat segalanya sudah jelas di depan mata, air mata mula menitis laju menuruni pipi putih bersih milik Amy. Maria sudah berpaling tadah. Perjanjian yang dimeterai telah dikhianati. Suami yang tercinta sudah terjatuh hati, kepada insan yang dipercayai, Maria. Betapa hancurnya hati apabila si suami bersayang cinta dengan orang lain. Tambah lagi orang lain itu, kawan baik sendiri.

Dua bulan lepas, Amy membuat perjanjian dengan Maria untuk menguji sejauh mata kesetiaan suami. Sekarang, janji memakan diri. Suaminya makin jauh dari sisi. Mencari cinta baru yang diperkenalkan oleh dirinya sendiri. Alangkah bodohnya terasa. Namun apakan daya, nasi telah menjadi bubur.

--------------------------------

Harap you will spend some time to have a clear thought about this but not to say my opinion is 100% correct ok. Lain orang lain perangainya. So, do what you know is the best for you. XoXo

Comments

  1. betui2..melalui perkongsian password la kita bole knal pasangn kta tu..dyh ckp mngikut pngalmn :)

    ReplyDelete
  2. @adk dayah wah,, macam banyak je pengalaman tu,, hehe,, cer share :D

    ReplyDelete
  3. klu dh namanyer suami isteri msti la sharing kn..kn perkahwinan tu perkongsian..klu sorok2 password, ada la yg xkene tu..hee

    ReplyDelete
  4. betul tu. sokong seratus peratus. kalau dia tak bgtahu paswood, start hati2. huhu

    ReplyDelete
  5. @Nur Aqilah sangat betul! ada la tu benda yang disimpannya

    ReplyDelete
  6. @Mysara Ab Rahman tak leh biar kalau tak tahu password ni,,,

    ReplyDelete
  7. bg kak ALin belum masanya lagi kot...tapi kak Alin kongsikan ngan anak pompuan. Apa2 senang

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD