aku yang tak professional


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
join 8share here :D

aku keluar dari situ, kerana aku hanya bagai debu-debu
yang tak bagi apa-apa dengan ada atau tiadanya aku
tapi di situ aku belajar sesuatu yang berharga dan baru
buat di situ jadi tersangat bermakna bagi diriku

di situ aku anggap masih lagi aku yang punya
haha.. tanpa sedar aku hanyalah sekadar terasa
hakikatnya situasi sememangnya sudah berbeza
cuma aku saja yang masih seperti yang lama

di situ aku kenal yang namanya kerjasama
berusaha membangunkan daripada yang tiada apa-apa
ya.. dari situ aku tahu banyak benda, banyak perkara
buat aku masih rasa di situ masih aku yang punya

mungkin sesaat dua aku jadi terlupa
bukankah aku sudah keluar dari sana
itu sudah berupaya merubah segalanya
maka, aku sudah tidak punya apa apa

di situ, dia sudah menjelma
menjelma ibarat suria pagi hari yang indah di mata
bila mendekat kita merana, kita menderita
namun, tidak lagi aku mampu berbuat apa-apa

dia sudah di sana menggantikan tuan empunya

Comments

  1. mendalam bahasa ni muja.
    anything to share ?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaykum. Just came across your awesome blog. MashaAllah, love all those entries. Keep it up and may Allah bless, ameen.

    ReplyDelete
  3. Kata-kata bakal cikgu..sungguh puitis...ade maksud tersirat

    ReplyDelete
  4. dah macam sasterawati negara. ehh. mohon tulis surat untuk perdana menteri pulak ye lepas ni. ekeke.

    ReplyDelete
  5. dah macam sasterawati negara dah. ehh. mohon tulis surat untuk perdana menteri pulak ye lepas ni. hhaaha

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. Salam menyinggah. Sangat mengajar sesuatu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

Persiapan Untuk Anak-anak Ke Sekolah; Taska dan Tadika