Kebencian Yang Menghancurkan


Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Suatu ketika dulu aku pernah menyayanginya
Suatu ketika dulu aku pernah merinduinya
Suatu ketika dulu aku pernah memujanya
Suatu ketika dulu aku pernah menantikannya

Namun sudah ditakdirkan kami tidak lama
Konflik demi konflik menjelma tak tahu kenapa
Hubungan retak pecah lalu berderai merata
Tiada salah sesiapa untuk diperkata

Kenapa timbul rasa benci selepas mencinta?
Mungkinkah kenangan selama ini tiada harga?
Mungkinkah segala yang manis begitu senang dilupa?
Setelah hanya secalit duka tercipta

Bukankah kita mencinta dengan seadanya dia tanpa mengharapkan balasan apa-apa
Bukankah kita tahu tak mesti cinta itu berakhir dengan bahagia selama-lamanya
Bukankah kenyataan ini sudah kita tahu apabila sebuah percintaan bermula
Lalu kenapa membenci setelah berdepan kecewa?

Ps- aku bukan membenci bila berdiam diri. mungkin rasa perit itu tidak mahu dilalui lagi.

Comments

  1. hmmm..trauma..tiba masanya ia akan hilang bersama debu-debu kenangan

    ReplyDelete
  2. Istilah membenci itu adalah sbg menutup rasa sedih di hati. Pecayalah, cukup susah untuk melupakan rs cinta pada seseorg itu meskipun kita rasa sakit dgn apa yg terjadi. Kenapa begitu? Kerana kita betul-betul ikhlas mencintai seseorang. Bila ikhlas, seolah-olah kita menjaga prasaan itu seperti kita sayang diri kita sendiri. Bila dikhianati, kita akan rasa seolah-olah sebahagian dari diri kita keluar dari jasad...dan itulah yg kita akan rasa, kecewa. Maka tak hairanlah kalau kita timbul rasa benci kerana sebenarnya kita masih ada lagi prsaan walaupun sedikit. Bak kata org benci tandanya sayang. Cuma kita yg meletakkan mindset kita begitu, walhal, hati masih simpan harapan.

    ReplyDelete
  3. Jangan membenci sangat nanti timbulnya sayang :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD