Hari Raya Korban dan Pengalaman Pertama Mujadafewa



ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.

15 okt- 16 okt. tengok tajuk pun dah tahu ni entry basi. basi pun basilah. penting ni. pengalaman pertama beribadah korban. memang kena tulislah. menyesal tak de blog waktu sekolah rendah. ekekeke.

for your information, muja ni sangat la penakut nak tengok darah bercucuran dari satu bahagian badan yang dinamakan tengkok. nampak brutal, dalam hati ada taman hokeyyyhh. zaman kecik dulu adalah juga tengok atuk sembelih ayam tapi tak de la pulak takut macam sekarang ni. lama sangat dah tak tengok, so skill menengok tu dah tumpul. hak eleyhh, nak tengok ayam kena sembelih pun kena ada skill ke?? -.-

tahun ni adalah my first time jalankan ibadah korban. tu pun hasil baik budi abah, belikan seekor lembu dah bahagikan tujuh bahagian atas seekor itu untuk setiap orang adik beradik muja. rasa macam woowww! cek dah pernah buat korban! gitteewww. abah sebenarnya dah target, kalau masalah air kat rumah baru kami tu dah settle, memang dia nak buat ibadah korban ni. alhamdulillah, settle jugak. rumah tu dah ada air so beli lembu hari ni, esoknya berkorbanlah kami. tup tup, air dah ada, tapi bercucuran lak masuk rumah. deng punya plumber! kata dah settle! :@

oh ye, pasal rumah baru, lain entry ye :D

Hari Raya Korban, Pengalaman Ibadah Korban
relax dan agak steady. mungkin dia tahu dia akan dikorbankan dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

on that day, muja gi ambik adik-adik muja dulu kat rumah baru. dorang tidur situ, kemas-kemas sikit. kakak dia??? like a boss membongkang kat rumah. muja tidur kat klinik umi @ rumah lama je. then, amir lak tidur kat homestay bakal saudara baru kami. bf kakak dua pupu kami. sudahnya amir lambat sampai, hari dah lewat, tukang sembelih dah suruh kami lafaz niat. tetiba, atuk muja cakap;
Tak leh salahkan dia, dia sayang. Dok jaga selama ni.
rupanya atuk maksudkan tuan punya lembu yang sebelum ni. dia dok jauh dari lembu tu. dok jauh dari orang ramai. ye, muja pun akan paham perasaan dia. sekian lama dia bagi makan. mana sampai hati nak tengok kesayangan dia kena sembelih depan mata. itulah yang namanya pengorbanan. ;'(

Hari Raya Korban, Menyembelih Lembu
vips of the day. tukang tarik tali lembu untuk disembelih

first time ni, rasa macam kecil sangat diri ini sebagai orang Islam. macam tak tahu apa-apa padahal dah belajar masa sekolah dulu. siap ada amali sembelihan lagi. apalah yang muja buat dulu. bila cakap pasal Hari Raya Korban, teringat lak Hari Raya Aidilfitri, teringat umat Islam buat ibadah haji di Mekah Al-Mukarramah, teringat solat sunat raya, teringat ibadah korban menyembelih binatang peliharaan al-an'am, makan daging korban bebanyak. tu je la yang muja tahu. teruk betul :'(

join 8share here for earning yang mencanak secara online :D

muja baru tahu yang orang yang buat ibadah korban ni kena ada kat tempat sembelih, kena wakilkan sembelihan kepada tukang sembelih, kena tengok lembu tu disembelih, kena belai kepala lembu tanda kita sayang kat dia (muja tak buat yang ni) muja pun tak tahu yang mana wajib dan sunat. will check it out later insya ALLAH. Haaa, lupa. abah gantikan untuk korban bahagian amir. Sape suruh dia lambat.

Yang penting sekali, Muja hairan macam mana pisau tukang sembelih tu boleh jadi setajam itu. ni memang guna buah limau nipis bagai nih. Sekali hiris je, berlumuran darah dah tempat tuh. Fuhhh!!! Amazing gak laa. Alhamdulillah, dengan pisau tajam tu, kurang kesakitan yang 'beliau' alami. smooth je. dalam nak pejam mata tuh, tertengok jugaaaa -.-'

Ibadah korban ni bagi muja, bukan sahaja mengenai menyembelih lembu. Ia satu simbol yang kita sanggup berbuat apa sahaja termasuklah mengorbankan perkara yang berharga dan bermakna dalam hidup kita kerana ALLAH SWT. kita juga sanggup untuk mengikhlaskan diri untuk melakukannya kerana ALLAH SWT yang minta. korban adalah mengenai keikhlasan dalam melakukan pengorbanan. Ya ALLAH, moga kami ikhlas melakukan apa sahaja demiMU. AMIIN

Hari Raya Korban, Hari Raya Haji, Sembelih Lembu, Lembu Disembelih
Macam menyerah je tengok keadaan lembu nih. Dia tahu dah nasib dia :(

That day, ramailah jugak orang datang ke rumah baru kami tu but unfortunately, memang nyanyuk sangat tak bawak hp. Malas lak nak balik Selising just to get it. Gambar-gambar ni pun ehsan adik muja si huda tuh. Kalau tak, non hado dah gambar dalam entry ni. Silap-silap entry ni pun tak tertulis. Muja kurang suka tulis entry peristiwa tanpa gambar. Lainlah entry bajet puisi kehidupan nih. Hehehehe

My family on raya korban. Ada gak yang tak mandi lagi time ni. Teka la sape. Kof3
Sempena Hari Raya Aidiladha yang sangat retis dengan nama Hari Raya Korban ni, muja harap masih tak terlambat untuk muja ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, maaf zahir batin pada semua terutamanya my beloved family, friends and readers. Hope we will always be grateful and will to sacrifice in our life for good things to happen. 

Always think positive to Allah because HE knows the best for all of us even though we may see things in a different way. That's all lah. Cramp dah jadi nih. Tuuuttiiii..

Keep loving me because i love you too my readers!!! :D



Comments

  1. assalammualaikum.. same laa.. tapii zara blom lagi tgk secara live ibadah korban di lakukan.. ~.~

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalaam. kena tengok tu. best. huhuuu

      Delete
  2. syukur alhadulillah..tahun ni saya dapt buat Aqiqah tuk 2 org anak sulung saya tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah,, nanti aqiqah anak lak jadi pengalaman pertama muja,, kih3

      Delete
  3. Dulu saya pun takut tengok darah.. jgn kata lembu, darah ayam yg kena sembelih tu pun x berani tgk. maybe ikut perangai mak kot. Huhu. Tapi skg alhamdulillah maybe dah selalu bwt so, perasaan tu da xde dah... (Panjang nau komen) :D Btw Selamat hari raya.. huhu :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah ade rezeki muja buat ibadah qurban ni..Ye lah kan,pengorbanan yang tak dapat nak diungkap..binatang qurban pun merasainya.semuanya adalah kerana Allah SWT :)

    ReplyDelete
  5. best tengok live
    feel raya qoorban

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya aidil adha.. maaf jika ade salah silap :)

    ReplyDelete
  7. beruntungnya muja dapat buat ibadah kurban. Anis tak pernah lagi buat. huhuhu.. Anis ni pun jenis tak boleh tengok darah mengalir banyak-banyak, nanti mula la pening2 =_='

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD