Perkahwinan Mereka Di Usia Muda Memang Terbaik. Tahniah!


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.

Boleh ke kalau Muja cakap Muja jelez sangat dengan kawan-kawan Muja yang dah kahwin? Huhuu. Muja jelez sebab apa pun tak tahu but untuk diri sendiri berkahwin, rasanya memang tak bersedia lagi. Masak telur pun 'gagal' lagi ni. Reti ajar Grammar sikit-sikit je. Kih3

Mula-mula Yah bagitahu nak kawin kat IPGKKB dulu, Muja tak percaya tau because I just cannot differentiate the truths and jokes bila kita selalu bergurau dengan seseorang. Lepas dah lama, and masa tu tengah sibuk dok belajar for final exam, Yah datang bagi kad kawin. I was shocked!!!

Alhamdulillah, dalam tempoh cuti ini, seorang lagi kawan Muja, Yah dan suaminya Umar, selamat mendirikan rumah tangga pada 22 Disember 2013 bersamaan dengan 19 Safar 1435H. Tahniah kepada Yah dan suami. I am so much happy for you. Yes, I really do.

kad kahwin comel, perkahwinan di usia muda, tip perkahwinan
terima kasih Yah bagi kad ni. Kad ni Yah buat sendiri, print sendiri tau. Jangan memain. Kretip! :D
Yah ni pelajar IPGKKB kursus Pendidikan Agama Islam. Jauh bezanya kami ni. Muja dari kursus TESL yang selalu dipandang jahat, tapi Yah layan tittew dengan sangat baik. Selalu juga kami berbual-bual. She is a very good learner and I have learnt a lot from her. Tq Yah.

Faktanya, Yah lagi muda dari Muja tapi masuk IPGKBB tahun yang sama. Yah baru 20 tahun dan dia dah jadi isteri. Dengan kata lain hidupnya sudah lengkap. Ada suami untuk menjaganya. Muja? Umur 21 tahun dah dan calon suami pun tak de lagi.. T_T 

tip perkahwinan bahagia, faedah kahwin muda,
makin terer menghedit gambar. nampak tak permainannya di situ? :')

Muja pergi ke rumah Yah kat Tanah Merah dengan my friend Ida and my sister Faizah. Ida memang diperlukan sebagai tukang set GPS, tolong tengokkan jalan, tolong tenangkan Muja, tolong berbual elak mengantuk. Memang pentinglah si Ida sepanjang cuti ni. Love her! 

Sementara menunggu Ida datang, sempat juga Muja berselfie. Hobi waktu lapang. Hehe. Jangan main-main dengan hobi berselfie nih. Dah ada pertandingan bagai untuk selfie terbaik. Kemahen betul advertisers ni. Saje je guna hobi tittew nak tarik minat. Mencik tau! -_-'

Tip perkahwinan, selfie girl, perkahwinan di usia muda
maaf sebab saya suka berselfie :D

sad girl selfie, tip perkahwinan bahagia, perkahwinan muda
Sedeyh tau nak gi rumah adik-adik yang nak kawin ni. Yang akak ni tak de calon lagi. Uwaaaa :'(

As that day was the first day Muja nak pergi rumah Yah, we depended a lot on the GPS and the wedding invitation card. Jauh sungguh. Muja lak bukanlah driver yang baik sangat. Emosi lebih. Tak berhati-hati. Alhamdulillah Allah masih bagi peluang hidup. Truuup truuup.

First time lak Muja drive sendiri menghadapi jalan di Tanah Merah yang agak menyakitkan hati. Pelik je strukturnya. Sama macam kat Pasir Puteh. Sehalala konon. Pfffttt. Kalau sehala dan traffic jam hilang then okay. Ni tak, makin teruk hado. -_- Nasib baik. Sampai jugak.

perkahwinan di usia muda, tip perkahwinan bahagia
Beautiful Couple: Yah and Umar. You both are sooo sweet!!! :D
Sampai je sana, nampak Yah yang sangat amat cantik hari tu. Seri seorang pengantin ni memang lain dari yang lain. Overdose manis Yah hari tu. Simple but nice. Sebab tu ramai yang cakap, banyak masanya less is more.  Makanan pun sedap. Tahniah Yah! :D

Kawan-kawan dari IPG pun ramai dah sampai. Classmates Muja, Nadiah dan Fizah tidur sana hari tu. Ain tak jadi datang. Ada hal katanya. Time dok tengah makan tu, Umar pun sampai. First time tengok Umar, wah, handsome jugak hubby Yah ni. Sesuai ngan Yah yang cantik. Sepadanlah.

tip perkahwinan bahagia, faedah perkahwinan di usia muda, kebaikan kahwin muda
zie, muja, yah dan ida. sorang dah kawin, dua lagi dah berpunya, yang baju hitam single T_T

Tip Perkahwinan Bahagia Dari Muja Yang Bujang untuk Yah dan Umar. Ihiks! :P

1. Jadilah pasangaan saling menyayangi kerana Allah dan mengutamakan kasih sayang terhadap Allah SWT. Nescaya kasih sayang itu akan melimpah ruah kepada manusia juga.
2. Jadilah pasangan yang saling menghormati antara satu sama lain. Apabila wujudnya rasa hormat, makan akan hadirlah kesetiaan dan toleransi yang penting dalam alam perkahwinan.
majlis perkahwinan, perkahwinan di usia muda, tip perkahwinan bahagia
fizah, muja, yah dan nadiah. dorang lagi pro pakai shawl daripada tittew dah sekarang. pfftt!

3. Jadilah pasangan yang berusaha untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah, bukan pasangan yang tergolong dalam golongan mereka yang lari apabila dilanda masalah.
4. Jadilah pasangan yang saling bertanggungjawab. Tanggungjawab yang membolehkan kita menjaga antara satu sama lain dari sisi lahiriah dan batiniah, menjaga rahsia juga.
5. Jadilah pasangan yang jujur dalam apa juga yang berlaku. Sesungguh sebuah pembohongan akan membawa kepada satu pembohongan yang lain. Jujurlah walaupun pahit.

tip perkahwinan muda, faedah kahwin muda, kahwin muda

Muja memang menyokong perkahwinan di usia muda. Banyak faedahnya kahwin muda. Dapat pahala melakukan sunnah, mengelakkan zina, zuriat yang lebih baik, mengembangkan umat Islam membuka pintu rezeki, menenangkan jiwa, menghubungkan dua keluargA. Banyaklah! :D

Syaitan pun menangis bila umat Islam berkahwin. Memang banyak kebaikannya. Jelez tahu dengan nikmat dan rahmat yang Allah bagi dekat mereka yang berkahwin ni. Dengar kata, pahala ibadah untuk pasangan yang bernikah pun dah lain level dengan yang bujang. Perghhhh!


Sementara orang ramai dok tengok pengantin ambil gambar sepuas-puasnya selaku raja sehari pada hari itu, kami yang bujang ni menyelinap masuk bilik pengantin. Fuiyoohhh. Pink tau. My favourite colour gituu. Nak jugak warna ni nanti turn Muja. Ekekekeke

tip perkahwinan, kahwin muda, faedah kahwin muda, kebaikan kahwin muda

tip perkahwinan, perkahwinan di usia muda, kahwin muda
trio yang bujang trang tang tang! :D
Buat Yah dan Umar,
Muja doakan korang berdua bahagia sehingga ke syurga. Yah, moga Yah menjadi isteri terbaik untuk Umar. Moga Umar sentiasa bahagiakan Yah. Moga korang berdua saling melengkapi antara satu sama lain. Muja yakin korang berdua mampu mengharungi segala cabaran dan dugaan hidup di alam perkahwinan. Last but not least, pray for me to ge the best too. Ahaks! :D
Wassalaam.

Comments

  1. tahniah untuk kawan muja. Memang jeles bila tengok kawan-kawan kawen awal :( sob2

    ReplyDelete
  2. Alhamdullilah, smoga mereka bahagia..hidup IPG! Eh tetiba..hehehe..
    sabar muja, insyallaha da yg terbaik sdg menantimu..:)


    ps: Lyeen nak jemput u olls untuk join Pencarian Bloglist & Review dekat sini http://ciklyeen.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html

    ReplyDelete
  3. Tu la pasal.. senang2 je dorang dapat kawin yew.. jelous dowh! Kawin nie la perkataan yg menakutkan kalau member2 saya tanya. Bukan tkt apa, tanggugjawab tu semakin berat..

    ReplyDelete
  4. simple and nice..kalau dah dapat seru nak akwin..kawin jela..kalau dah tau tanggungjawab, kalau dah bersedia memang patut kawin..=)

    ReplyDelete
  5. tahniah, tahniah, tahniah and happy wedding akak...

    ReplyDelete
  6. selamat pgntin bru buat kawan muja.. ^^ moga kekal hgga ke jannah dan bhagia slalu.. amin.. ^^

    ReplyDelete
  7. tahniah.. selamat pengantin baru kawan muja... ustaz ada cerita, ada 3 perkara yg elok dipercepatkan, (1) kalau dah masuk waktu solat, terus solat, (2) kalau dah meninggal, elok dipercepatkan dikebumi, dan yg ketiga, kalau dah datang jodoh, elok dicepatkan bernikah.

    ReplyDelete
  8. nnt ada lah rezeki muja plak tu..jgn lambat sgt nnt rugi

    ReplyDelete
  9. Muja bila pulak. Pastinya ingin menjadi pendidik dulu, baru berfikir pasal kahwin. Mana tau kot2 jumpa cikgu hensem di sekolah tempat Muja mengajar. he..he..

    ReplyDelete
  10. muja comel..pahni tb doakan muja jmpe jodoh yg molek.baik budi pekerti,bahasa.yg boleh bimbing ke jalan yg diredhai olehnya.amin.doakan tb jugak muja ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

Persiapan Untuk Anak-anak Ke Sekolah; Taska dan Tadika