Kisah P1 Wimax Penipu Dengan Mujadafewa

Kisah Mujadafewa Dengan P1 Wimax Penipu | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Kisahnya bermula dengan bilik Muja di asrama tak dapat wifi. Memang seksa. Kita ada blog, ada facebook, ada twitter, ada 8share, tapi tak de internet. Nothing could be worse than this. Ambooii. :p

p1 wimax penipu, p1 wimax menipu
Bukan Muja yang buat banner ni tapi kempen Boikot P1 Wimax ni agak berjaya nampaknya.

So, Muja had a deal with my room mate untuk gunakan servis P1 Wimax yang dikatakan menggunakan 4G yang hebatlah konon. Harga pun murah bagi Muja pada masa tu. Syukur sangat Ain sudi nak kongsi bayar dengan Muja. Beliau pun hantu online macam Muja jugak. Kah3

Kiosk P1 Wimax Penipu ni ada di Pantai Timur Hypermarket yang dekat dengan IPGKKB, memang selalu kagum bila nampak banner yang menjanjikan macam-macam. Plus, senanglah Muja nak gi daftar dan bayar bil. Masa tu tak tahu lagi pembayaran boleh dibuat dengan Maybank2u. Noob kan I? Tak banyak, sangat banyak je. :'(

Muja subscribe yang 10GB, kontrak 2 tahun. Tak kisah lama pun sebab memang hajat nak guna lama.  Tak de niat nak terminate pun. Sepanjang setahun pertama Muja guna memang tidak dinafikan best, laju dia tu memang semacam. Down kejap-kejap tu Muja anggap biasa saja. Husnudzon kata orang. Download lagu, movie, upload gambar ke blog, semua serba serbi laju. Memang menjadi kesayanganlah senang ceritanya. 

Selepas beberapa bulan, tahun lepas, selepas hampir setahun, masa Muja tengah in the middle of examination season, tiba-tiba P1 Wimax Penipu ni buat hal. Tiba-tiba tak de signal. Muja ingat sekejap je, ada maintenance ke hape, benda-benda biasa. Tapi lama lak kali ni sampai Muja kena langgan Weekly Broadband by Celcom. Then, tamat exam, Muja bercuti sebulan setengah.

Dalam musim cuti tu, macam biasa Muja dapat mesej untuk pembayaran bil, Muja bayar online for the first time walaupun tak guna. Dalam hati suka je sebab, 10GB untuk bulan November Muja tak guna tu, sepatutnya akan diforward ke bulan seterusnya. Tak rasa ralat apa pun walaupun tak tahu masa tu P1 tu dah ok ke tak sebab dah habis exam pun Muja tak try guna sebab memang tak ok.

Sepanjang cuti tu la yang Muja mula nampak Kempen Boikot P1 Wimax Penipu. Kisah bekas pengguna P1 Wimax kena CTOS lepas bertahun-tahun terminate, kisah kiosk P1 Wimax kena serang dengan pengguna yang mengamuk, kisah kiosk P1 Wimax dilanggar dengan kereta. Memang seram. Tambah pula, kawan Muja pun pengalaman 'ngeri' dengan P1 Wimax. Termasuk Shida.

p1 wimax menipu, p1 wimax penipu
Kiosk P1 Wimax diserang pengguna baran

Dekat masuk bulan Januari, sampai bil untuk bulan Disember. Masa tu Muja memang dah rancang, nak tunggu masuk IPG, nak tengok menjadi ke tak dulu, baru Muja nak gi terminate. Bila bukak memang still tak leh guna. Can you imagine how nice I am to give this P1 Wimaxshit dua bulan untuk baiki dan still nak bagi peluang but what did i get??? Losing money to service I dont use. -_-

Sampai kisah di pejabat P1 Wimax di Kota Bharu. Muja cakap nak terminate. Atas meja siap-siap ada notis suruh pengguna telefon sendiri pejabat di Kuala Lumpur untuk terminate. Nampak sangat yang ramai sangat nak terminate sampai pengguna pulak kena buat kerja.

Then Muja call r. Then, dealed pulak dengan ahkak kat situ. Bayar semua yang perlu dibayar; bil bulan Disember yang Muja tak guna dalam RM100, dan denda langgar kontrak dalam RM200. Hancus payment kerja online yang Muja usahakan untuk berjalan-jalan di Kuala Lumpur. T_T


pengguna baran p1 wimax
Pengguna bengang buat luahan perasaan.

Masa tu Muja dah bawak modem untuk dipulangkan tapi kakak tu cakap kena hantar lepas tiga hari. Katanya kena tunggu dapat SMS daripada P1. Sampai 3 hari nak hantar SMS? Aik? Dah kenapa? Selama ni Muja dah terminate macam-macam tak pernah kena tunggu macam ni. Berapa kali nak datang pejabat dorang? Ingat kita ada masa sangat nak bazir macam tu je. Macam cantik sangat je pejabat kaler pepel dorang tuh. Puiiihhh.

Then, Muja tak nak berganjak tambah-tambah bila seorang pak cik kat situ cakap tinggalkan saja. Nanti tak pasal-pasal ke bayar untuk bulan Januari pulak. Uncle ni dok mengamuk-ngamuk kat situ. Muja ada dengar la yang dia cakap sikit-sikit. Kes dia sama macam Muja jugak la lebih kurang. Kena hantar lepas 3 hari, tapi dia datang lepas sebulan, then kena bayar untuk benda yang dia tak guna. Sapelah yang tak bengang kan???

Pelik pulak bila Muja berkeras tak nak balik, kakak yang tertekan tu suruh hantar esok. Aiikkk??? Tadi kata 3 hari, bila kita tak nak balik boleh lak jadi sehari ye??? Muja pun balik. Malam tu terus dapat SMS dari P1. Pelik!!! Esoknya Muja pergi lagi. Hantar modem, dapatkan resit bil tertunggak. Rasanya termination slip tu macam lambat je sikit dia nak bagi. Muja mintak termination proof barulah dia print.

Tak tahu la pulak kalau memang ditakdirkan Muja memang tertanya masa dia betul-betul nak print. wallahu a'lam but I did feel dia ada niat tak nak bagi slip tu. Email service cancellation pun dah dapat.



Yang lagi pelik, lepas sebulan Muja terminate, Muja masih lagi mendapat SMS dari P1 Wimax ni. Memang hot la tittew!

p1 wimax penipu, p1 wimax, p1 wimax scam
Total balance: RM-0.39. So, P1 Wimax berhutang ngan Muja 39 sen la ni ek? LOL!
SMS atas tu dah cakap buat service cancellation, dah kenapa nombor telefon kita masih ada dalam sistem dorang? Kenapa masih sampai SMS Cinta dari dorang? Sampai bila nak terus dapat. Muja ada baca satu komen di group facebook, dia cakap dapat SMS gini la. Dia tanya pekerja P1 Wimax dan dijawab biasa untuk beberapa bulan pertama. So dia tak peduli la, tiba-tiba namanya ada dalam list CTOS. Ketahian apakah ini????

Ada yang sampai RM20K bayaran yang dikenakan. Apa ke gila????

Buat pengguna P1 Wimax, yang setia dan tidak setia, bersedialah korang untuk hadapi situasi yang Muja lalui sekarang. Kalau dah tak menjadi tu, terminate saja.Tak perlu tunggu lama-lama. Rugi masa, rugi duit. Bayaran jalan, servis tak dapat.

Kontrak berat sebelah. Kalau kita terminate sebelum tamat kontrak, kita kena caj RM200, TAPI kalau dorang tak bagi servis apa dorang kena? TAK DE PAPE. Selamat je. Tak de CTOS ke hape. Kita sahaja yang teraniaya.

Wassalaam.

Comments

  1. mama sekarang kena sama dengan muja tau.. sampai sekarang mereka minta bayaran walaupun mama dah lama terminate, mama takde hutang pada mereka, yang pasti mereka janji nak bayar mama ganti rugi ada lah, tapi sampai sekarang takde.....

    sms selalu, siap beremail bagai katanya mama ada hutang tertunggak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe mama,, sabar,, doa je banyak2 p1 wimax ni menjunam rebah ke bumi,, doa orang teraniaya ni mujarab,, :'(

      Delete
  2. Eee.. bahaya ny. Zara ada bca kat fb pasal p1 ni. Tp xtau pula smpai ada kes customer serang counter p1 ni. Kalo da kes smpai terminate pun still kena suru bayar.. mmg confirm hangin satu badan.. ~.~

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg dapat pun,, tengok la atas tu,, refer tarikh sekali :'(

      Delete
  3. Eeeee kalau ena jadi macam muja pun, tak psl2 kereta dalam gamba tu ena bakar. Urghhhhh. Ena sebaik guna berok je. Sebab ena ni tak on selalu masa kat hostel. Kat hostel ena pun susah nak dapat Line UIA, so terpaksa guna berok.. Hurmmm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntah pape je,, bila la nak betul,, bila la kemudahan yang ada kita boleh guna sepenuhnya,, :'(

      Delete
  4. As salam. Disarankan buat report dengan skmm dan tribunal tuntutan pengguna. Bawa sekali semua resit and apa2 dokumen yg berkaitan. Jangan diamkan jer. Nanti makin teruk problem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah ramai yang report,, dorang buat tak peduli,, menteri pun ada dalam group pengguna p1 wimax yang teraniaya,, sampai sekarang p1 masih beroperasi,, sakit ati tittew :'(

      Delete
  5. ish teruknyer..tak guna tapi kene bayar..memang nak kene bakor kedai die ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? yang lagi pelik, mereka yang kena ctos lak kena isi borang apa tah padahal details sume dorang dah ada, tinggal clear kan semua je,, puuiii,, tunjuk baik,, deng sungguh

      Delete
  6. so sekarang ni macam mana? dah settle?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntah la nizarazu, malas nak gi tempat dorang,,, kalau kena ctos ke hape,, termination slip ada,, tinggal report je,,

      Delete
  7. nina pakai p1 :'( cane niiiii ??????????????

    ReplyDelete
  8. Salam Muja.. saya tak kene dengan p1wimax, tapi terkena dengan LINGUAPHONE.. dulu hot juga pasal linguaphone ni.. kes tipu org.. sbb dia punya agrement dengan student tak jelas dan tipu. Biasanya mereka target student U.. Saya terkena time sem1, bayaran permulaan RM299.. Hampir setahun lebih dah.. Harganya rm2k lebih tapi bayar ansur2 tiap bulan.. masa tu memang dia punya staff paksa2 beli.. Mungkin guna teknik pukau sampai saya terbeli.. bila dah beli, baru tahu yang linguaphone ni penipu.. Terus call staff nak batalkan kontrak.. Tahu apa yang dia cakap? "Tak boleh batalkan kontrak, tapi kalau nak juga, kene bayar harga full RM2k lebih tu, pastu barang bagi kat kami".. amboi, bayar pun bayar, barang pun nak.. Lepas tu saya tak bayar2 pun.. Hari2 call, sms.. Saya tak layan.. Sampai sekarang, takde dah call.. Tapi tak pasti lah nama saya diCTOS atau tak.. Takpe lah, saya reda.. Apa yang saya boleh doakan, semoga company yang penipu macam LINGUAPHONE, P1WIMAX ni, jatuh bankrap, miskin. Makan duit haram, sampai anak cucu lah hidup tak aman dan bahagia.. :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa mereka pduli perut buncit dengan rezeki haram ni pun,, dasar tak sedar diri ginilah,, doa orang teraniaya ni makbul,, doa jangan berenti biar melingkup dorang nih.

      Delete
    2. dorang ni kapir laghnat ..
      kite sebarkan je same islam.
      ban 100%

      Delete
  9. Tanya kejap, bilakah anda menerima emel pengesahan cancellation tu? berapa hari selepas cancel?

    ReplyDelete
  10. Dia tulis please check email for further instruction.. Ape instruction tu?

    ReplyDelete
  11. sy baru terminate semalam. bila duk baca banyak sangat isu terminate tipu p1 nie takut jugak. camne nak buat ek.. hmm.. tak senang duduk jadinya.

    ReplyDelete
  12. kak muja, skang dpt email/sms dr p1 lg x ? ada complication apa2 x skang? sy tngah pkai p1 jgk ni. risau msuk CTOS jgk la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama dah tak dapat sms or email from them :)

      Delete
  13. P1 mmg penipu..nak terminate mmg susah...

    ReplyDelete
  14. weh..saya x guna langsong p1max ni tapi tetibe kena byr 1k apa cite?? saya x guna langsong perkhidmayan dorg tapi kena byr wtf

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh sama mcm suami saya.. xpenah tahu pn ada P1 Wimax n tetiba ada bil sampai kena bayar rm1179.89.. mcm mna tuu.. huhu

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD