Gaya Hidup Sihat Mujadafewa Bersama Yeo's

Gaya Hidup Sihat Mujadafewa Bersama Yeo's | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Apabila hidup diteruskan hari demi hari, tanggungjawab bertambah, tekanan hidup pula meningkat. Pastinya kita memerlukan sesuatu yang sesuai untuk memastikan kesihatan badan kita agar kita akan dapat menjalankan hidup ini dengan lebih baik dan menyenangkan.

Pada zaman sekarang, kehidupan kita sangat dipengaruhi oleh apa yang kita makan dan minum. Bagi Muja, Muja selalu ingin memilih sesuatu yang selamat untuk kesihatan diri sendiri dan keluarga. Untuk tujuan ini, tiada yang lebih baik daripada pengambilan makanan dan minuman daripada sumber semula jadi.

10 Sebab Kenapa Kita Perlu Menjalankan Gaya Hidup Sihat

1. Hidup kita akan lebih bermakna apabila kita sentiasa dalam keadaan sihat.
2. Membolehkan kita menjalankan segala kerja dan tanggungjawab dengan baik.
3. Menjauhkan penyakit yang akan mengganggu hari-hari kita yang berharga.
4. Badan akan berasa lebih segar dan bertenaga setiap hari sepanjang masa.
5. Hubungan dengan orang sekeliling akan menjadi lebih baik dan bermakna.
6. Orang tersayang lebih gembira jika kita sentiasa sihat bersama-sama mereka.
7. Dengan badan yang sihat, kita juga boleh beribadah dengan lebih baik.
8. Kita akan lebih berkeyakinan tinggi untuk menjalani kehidupan seharian.
9. Orang di sekeliling juga akan menjadi lebih yakin dengan seorang yang sihat.
10. Prestasi dalam pekerjaan juga akan meningkat dengan kesihatan tubuh badan.

Siapakah Yeo's?

Yeo's adalah sebuah syarikat yang menghasilkan makanan dan minuman di Singapura dan Malaysia. Produk yang dihasilkan oleh Yeo's termasuklah Cintan, Justea, Sparkling H-Two-O, Soyrich dan Hidden Valley. Pastinya semua produk ini tidak asing lagi dalam kehidupan kita sebab produk Yeo's memang selalu menjadi pilihan ramai.

gaya hidup sihat mujadafewa bersama yeo's, gaya hidup sihat, minuman yeo's, minuman kesihatan, hidup sihat dengan yeo's
Produk Yeo's Untuk Gaya Hidup Sihat

gaya hidup sihat bersama yeo's, gaya hidup sihat, yeo's malaysia, minuman kesihatan yeo's
Tahaukah anda Mi Cintan, mi segera pertama di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1969 juga keluaran Yeo's?

Minuman yang dihasilkan oleh Yeo's adalah sihat, tanpa bahan pengawet, rasa yang asli dan sangat sesuai untuk semua orang dengan hidup aktif. Kualiti produk Yeo's juga sangat terpelihara dengan penggunaan teknologi First Aseptic Cold Fill PET pertama di Malaysia yang menghasilkan produk dengan nilai nutrisi yang lebih tinggi dan rasa yang lebih sedap serta menyegarkan.

Gaya Hidup Sihat Bersama Yeo's

Untuk menjalankan gaya hidup sihat bukanlah hanya dengan senaman sahaja, makanan dan minuman yang diambil juga penting dalam menjamin tubuh badan yang sihat. Jadi, Muja mencadangkan produk minuman daripada Yeo's, dengan taglinenya Pilihan Semulajadi, yang pastinya mampu melegakan haus dengan memberikan kebaikan yang diperlukan oleh setiap insan.

Teh Krisantimum mampu membuang toksin daripada udara dan kacang soya pula mampu mengurangkan risiko untuk thrombosis- sejenis pembekuan darah pembunuh. Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, perisa Teh Hijau boleh membantu membakar kalori. Pendek kata, Yeo's menyediakan pelbagai pilihan minuman mengikut keperluan sendiri. Tinggal pilih sahaja.

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014- Daftar Sekarang Sementara Masih Ada Masa

Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

Jangan lupa follow media sosial Yeo's Malaysia sebagai tanda terima kasih menjadi penaja utama Sepetang Bersama Blogger 2014. Banyak info tentang produk Yeo's boleh didapati daripada media sosial Yeo's termasuklah promosi dan kontes yang selalu diadakan.


Mohon like, g+ dan share entri ini. Terima kasih. Wassalaam.

    Comments

    1. Ramai yang membesar dengan produk keluaran Yeo's

      ReplyDelete
    2. Penuhi gaya hidup yang sihat dengan minuman Yeo's. Semoga kehidupan kita akan lebih sihat dan ceria. Artikel yang bagus dengan nasihat pakar nutrisi untuk mengekalkan kesihatan agar lebih sihat sentiasa. Semoga berjaya buat Muja...

      ReplyDelete
    3. Produk Yeo's berkualiti dan berkhasiat...pastinya menjamin kesihatan.
      Semoga anda berjaya dgn artikel ini :)

      ReplyDelete
    4. rasanya ramai tak perasan mi cintan tu produk Yeo's tapi memang popularlah...
      billion terima kasih kerana sudi sertai Contest Yeo’s Malaysia Sepetang Bersama Blogger dan semoga sukses.

      ReplyDelete
      Replies
      1. saya sendiri pun tak perasan,, bila baca dan reseach sikit,, baru tahu,, terima kasih sebab sudi bersusah payah untuk sbb2014 :D

        Delete
    5. akak mmg suka minuman yeos nie...dari kecik sampailah kertu nie dik..hehe

      ReplyDelete
    6. Sedap lak tengok gambar meggi tu :P

      ReplyDelete
    7. yeos soya sedap.. :) gdluck juga muja.. :)

      ReplyDelete
    8. SA pun membesar dgn produk Yeo's ni...suka soya dia..best...

      ReplyDelete
    9. Selamat berjaya muja...:)

      Product yeo's ni memang dari dulu sampai skrg masih kekal kehebatannya.

      ReplyDelete
    10. Zara suka air bunga Yeos ni.. hoho

      ReplyDelete
    11. Zara suka air bunga yeos ni.. hoho. Dr bujang smpai dah kawen.. ^^

      ReplyDelete
    12. membesar dr kecik hgga skrg dok layan yeo's.. terboikk

      ReplyDelete
    13. Dulu Cintan nie femes juga.... dah tiba masa diorang kasi UP balik....GPLUS untuk entry nei

      ReplyDelete
    14. produk yeos sesuai untuk seisi keluarga...

      PM sudah SHARE di facebook ya...=)

      ReplyDelete
    15. Hariz dah tekan Google + untuk muja.

      Good Luck ya :)

      ReplyDelete
    16. saya dtg dari senarai penyertaan #SBBYeos2014 dan tekan G+...Good Luck yer..

      ReplyDelete
    17. Good luck, saya support entri ini dgn G+ dan FB share~

      ReplyDelete
    18. Gud luck muja =)
      Yana suka Yeo's Teh Krisantimum

      ReplyDelete

    Post a Comment

    Popular posts from this blog

    Test Market Atas Manusia

    Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

    IF I MAY CHANGE THE WORLD