Shopping Online Dengan Diskaun Hebat Di iPrice Coupons

Shopping Online Dengan Diskaun Hebat Di iPrice Coupons | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Macam mana kita nak membeli belah secara online sambil berjimat? Lagi benda menarik yang Muja nak kongsikan dengan para pembaca blog Muja. Biasalah, kalau tak menarik, tak delah masuk blog Mujadafewa Dot My ni kan? Kah3

Semakin meningkat dewasa ni, semakin suka pula Muja membeli belah. Tambah-tambah sekarang dengan adanya banyak online shop. Merata-rata. Di Facebook, Instagram malah di Twitter. Namun begitu, macam mana kita nak memastikan online shop itu bukan scammer? iPrice Coupons adalah jawapannya. Muja tak nak orang lain ditipu online macam Muja suatu ketika dahulu. :'(

iPrice Coupons, Pembekal Kupon Diskaun Untuk Membeli Secara Online

iPrice Coupons adalah sebuah laman yang menyediakan dan menyenaraikan kupon diskaun untuk digunakan di laman membeli belah online. Di iPrice Coupons, terdapat banyak kupon diskaun yang dikemas kini setiap hari untuk membeli belah di laman e-commerce yang sudah mempunyai nama besar seperti Zalora dan Lazada. Korang kenal kan? Tipulah tak. :P


iPrice coupons, shopping online, diskaun hebat, membeli online dengan harga diskaun
Paparan laman iPrice Coupons yang simple dan mudah untuk dilayari.

Dengan adanya kod kupon dari iPrice Coupons ni, kita boleh berjimat semasa membeli belah secara online yang dah jadi trend shopping masa kini. Diskaun sehingga 80% disediakan untuk semua yang ingin membeli belah. Muja tengok, tempat yang paling popular menggunakan iPrice coupons ini adalah di Zalora. Macam-macam boleh beli; pakaian, kasut, aksesori dan sebagainya. 

Cara Menggunakan iPrice Coupons Di Zalora Malaysia. 

Sebagai contoh, katakanlah Muja nak gunakan iPrice Coupons untuk membeli di Zalora.

Pergi ke ---)) iPrice Coupons. Klik mana-mana kupon yang korang rasa berminat. Baca dengan teliti spesifikasi barangan yang menggunakan kod kupon itu. Contohnya, harga minimum barangan yang boleh kita beli menggunakan kod kupon tersebut. Nanti frust lak bila dah bukak laman tu tetiba tak boleh guna macam jadi kat Muja tadi. Kah3

Korang klik Get The Code atau Go To Offer. Kalau promosi yang menggunakan Go To Offer, kita akan terus ke laman barangan yang diberikan diskaun tanpa perlu menggunakan kod kupon. (Rujuk gambar di bawah)

iprice coupons, shopping online dengan iprice coupons, diskaun hebat di iprice coupons, shopping online dengan harga diskaun

Apabila korang klik Get The Code, kod kupon seperti di bawah akan ditunjukkan. Korang copy kupon tu, dan klik OK. Secara automatik, korang akan dibawah ke laman yang korang boleh gunakan kod kupon tersebut. (Rujuk gambar di bawah)

iprice coupons, shopping online, diskaun hebat, shopping online dengan harga diskaun

Lepas tu, korang pastekan kod kupon tu di bahagian Enter Coupon Code Here dan klik Use Coupon. (Rujuk gambar di bawah)

shopping online, membeli belah atas talian, shopping online dengan harga diskaun

Kita akan ditunjukkan segala maklumat pembelian seperti jumlah diskaun dan harga yang kita perlu bayar.  Macam untuk baju ni, Muja akan mendapat potongan sebanyak RM65! Banyakkan? Tu sebab kita semua kena guna iPrice Coupon. Jimat weh. Suka tau buat hati kita berbunga masa membeli belah. Seterusnya, klik Go To Checkout untuk pembayaran. (Rujuk gambar di bawah)

shopping online, diskaun hebat, shopping online dengan harga diskaun, iprice coupons

Bila korang dah klik Go To Checkout, korang kena isi semua maklumat yang diperlukan seperti alamat penuh untuk penghantaran barang dan cara pembayaran. Jangan risau. Banyak pilihan korang boleh pilih termasuklah Cash On Delivery, Online Banking dan Paypal. Masa Muja beli Daphne Maxi Skirt dulu, Muja guna Online Banking untuk pembayaran menggunakan Maybank.

Bila semua maklumat yang diperlukan sudah diisi, korang klik Order Now. (Rujuk gambar di bawah)

shopping online, membeli belah online, shopping online dengan harga diskaun, kupon diskaun di iprice coupons


Senang je kan sekarang ni. Membeli belah pun dihujung jari. Sudahlah senang, dapat shopping dengan harga jauh lebih murah pulak dengan iPrice Coupons. Lagilah Muja suka. Memang berbaloi-baloi jadinya. Memang banyak kebaikannya membeli belah secara online. Jimat masa, bayaran parking, tenaga. Serba-serbi jimat. How can things be better than this? Kih3

Jadi, jangan bazirkan kod kupon yang disediakan oleh iPrice Coupons ini semasa membeli barang secara online. Orang dah bagi harga murah, takkan kita nak beli dengan harga mahalkan? Fikir-fikirkanlah. :D

Ps- sebelum beli barang, pastikan baki dalam akaun cukup hockay? Hehehe. Happy shopping guys!! :D

Comments

  1. Bagus dah ada coupon site macam ni. Harap lagi banyak company yang tersenarai, lagi senang kita nak guna coupon. Dan harap company2 lain pun sudi create cuopon jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa,, macam milkadeal gak ni,,, best bila shopping dengan harga diskaun banyak cenggini :D

      Delete
  2. Wahh ?? Zara bru tau pasal kupon ni. Zara pon mmg habit bli online shop ni.. tp besa dr agen dropship laa.. hahaha. So far.. xpena kena tpu.. harap2 d jauhkn, xnak kena mcm tu. Zara xpena bli brg ngan zalora ni.. kakak zara salah satu customer zalora. Maybe dia tau pasal kupon ni.. pelanggan setia lah kata kn.. ^^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD