Bina Insan Guru Fasa 3 PISMP Semester 3

Bina Insan Guru Fasa 3 PISMP Semester 3 | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Tergagau jugak aku mencari idea nak menghapdate apabila terlalu banyak yang cross my mind tapi bila bukak New Post terus blank. Lastly, tengok gambar terbukak album Bina Insan Guru yang dah berzaman dulu. Ok. Tulis pasal Bina Insan Guru oleh bakal guru Bahasa Inggeris la pulak. :)

Bina Insan Guru Fasa 3


Buat pengetahuan korang, program atau aktiviti Bina Insan Guru ni wajib dijalankan oleh semua pelajar Institut Pendidikan Guru pada setiap semester, termasuklah para pelajar twinning yang belajar di United Kingdom. Ada yang sesama join program batch lain untuk memenuhi sukatan pelajaran dorang. Semester lepas kami buat gotong-royong dalam kawasan IPKKB je tapi emester ni pulak kami ditugaskan untuk membuat aktiviti khidmat masyarakat.

Bina Insan Guru Fasa 3
Presentation slide pun dah cantik. Oleh Azizi Muhamad aka Designer Terhebat ni. :D

Bina Insan Guru Fasa 3
Gara-gara jelez tengok banner orang lain yang sedia ada. Kami buat gak di sana. Hehehe

Program: Bina Insan Guru Fasa 3 PISMP Semester 3
Anjuran: Tesl 2 PISMP Semester 3
Tempat: Hospital Universiti Sains Malaysia
Tarikh: 22 Februari 2014

Untuk semester ni, kami memilih untuk membuat program Bina Insan Guru Fasa 3 di Unit Pediatrik Hospital Universiti Sains Malaysia. Kami memilih untuk lari daripada kebiasaan di mana program khidmat masyarakat mesti dilakukan di rumah anak yatim dan orang tua. Kami ingin membuat kelainan di samping mahu lebih pengalaman bergaul dan berinteraksi dengan golongan kanak-kanak; golongan ni la nanti akan jadi murid kami. Insya Allah. :D

Bina Insan Guru Fasa 3
Pusat Sumber Kanak-kanak Hospital Universiti Sains Malaysia. Comel kan? :D

Untuk kali ni aku diberi jawatan menjadi Naib Pengerusi program. Rasa macam tak banyak sangat menyumbang untuk program ni sebab yang paling banyak handle adalah Ruqaiyah selaku pengerusi dan Siti Nadiah sebagai setiausaha. Tapi aku diberi tugas untuk handle permohonan LO dengan pihak IPG. Baru rasa kepentinganku di sini. Bab duit kot. Ekekeke

Bina Insan Guru Fasa 3, belon
Mula-mula gantung. Time habis program, dorang berebut nak belon. Cute dorang nih!! :D

Bina Insan Guru Fasa 3, belon
Pemandangan semasa program Bina Insan Guru berlangsung.

Sampai di Hospital Universiti Sains Malaysia

Sampai je kat sana, kami diberi taklimat ringkas oleh wakil HUSM dan teruk dibawa ke perpustakaan kecil yang disediakan untuk pesakit kanak-kanak. Cantik tempatnya. Tanpa lengah, kami mula menyusun buku, membuat bunting segera, menggantung belon dan persiapan lain untuk menyambut para kanak-kanak yang terlibat. Aku ingatkan sikit je. Ramai jugak yang berminat. Aku harap sangat dorang suka je dengan apa yang kami sediakn untuk dorang.

Kami dibahagikan pula kepada dua kumpulan. Satu kumpulan untuk menjalankan aktiviti di perpustakaan dan satu lagi untuk melawat wad sambil memberikan hadiah untuk kanak-kanak di sana. Aku memilih untuk melawat wad sebab, lepas lawat wad pun boleh masuk library balik. Keh3. Ada seorang budak ni, kalau tak silap aku, dia menghidap penyakit darah tinggi. Tak pun kencing manis. Terkejut jugak. Rasanya umur dia muda lagi. Dalam 10 tahun gitu. Terukkan kehidupan kita sekarang? Bahaya. Kesihatan terancam di mana-mana. #sigh

budak bertopeng
Topeng comel pun dah cukup buat dorang teruja. Cadangan alat bantu mengajar. Kena rajin sikit je. :)

Bina Insan Guru Fasa 3
Mereka yang dah buat saya terharu. Great people! :D

Alhamdulillah, penyertaan dari kanak-kanak ini amat menggalakkan, malah melebihi bilangan asal yang sepatutnya join. Terharu jugak bila usaha kita dihargai sebegini rupa dan mereka berminat dengan apa yang kami jalankan. Kerjasama dari petugas HUSM pun sangat baik. Terima kasih sangat. Sampai orang besar HUSM pun turun padang untuk melawat tau. Jangan main-main. Insya Allah nak datang lagi la ke sini. Lepas ni bawak bakal husband pulak. Ihiks!

Kanak-kanak ni nampak excited sangat bila dapat mewarna, hadiah, topeng. Keseronokan dorang ni buat aku tertanya-tanya, betul ke dorang ni sakit? Pada hakikatnya, dalam kalangan dorang ni, ada yang menderita leukemia, barah, luka di kaki, dan sebagainya. Ada juga yang datang ke program ni sementara menunggu rawatan kimoterapi. Betapa hebatnya dugaan yang dorang hadapi di usia semuda ini dan betapa kuatnya hati mereka untuk terus berjuang meneruskan hidup.

I am still amazed seriously. :')

Tiba Masa Untuk Pulang


Dalam pukul 5 petang, bas datang untuk bawa kami pulang ke IPGKKB. Rasa puas hati sangat dengan program yang amat bermakna kali ni. Alhamdulillah. Buat semua yang terlibat, terima kasih kerana telah sesama menjayakan program ni terutamanya pihak HUSM yang sudah sudi menerima kedatangan kami. Moga ukhuwah yang terjalin akan berkekalan selamanya. Insya Allah. :D

Hospital Universiti Sains Malaysia
Cantik juga dekorasi di HUSM ni.

Hospital Universiti Sains Malaysia
Dulu lain, sekarang lain. Makin jambu nampaknya bangunan HUSM ni. Kah3

Bina Insan Guru Fasa 3
Orang kuat program Bina Insan Guru Fasa 3 PISMP Semester 3

Bina Insan Guru Fasa 3
Menunggu bas pun boleh bergambar lagi. Keh3
Wassalaam.

Comments

  1. NN ada tak dalam gambar tu? Tak nampak pulak.

    ReplyDelete
  2. seronoknya jadi cikgu. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat seronok tau,, jadilah cikgu jugak,, hehe

      Delete
  3. I love babies and kids..

    It is an honoured to spend time with them.
    playing, laughing and do everything together..

    such a priceless experience.. right, kak muja? :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat,,, bila la nak jumpa dorang lagi,, mmm

      Delete
  4. Zumal pun teringin jadi cikgu tapi terbantut lak :(

    ReplyDelete
  5. Miss my old days. Join program mcm ni mmg best. Happening...

    ReplyDelete
  6. eh ! laaa... ingatkan masuk spital jadi nurse... hoho...

    ReplyDelete
  7. kak muja, update blog please. :(

    ReplyDelete
  8. pasni kena reset minda untuk jadi real teacher...wat masa sekarang kekosongan banyak kat sabah sarawak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. errrkkkkk,, dah reset tapi tetap berat hati nak gi sana,, uwaaaaaa

      Delete
  9. Moment yang tak dapat dilupakn bila program2 macam ni :)

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. institut pendidikan guru kampus kota bharu la cikgu.. :-)

      Delete
  11. moment mcm ni mmg best..tak boleh dilupkn..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD