Mujadafewa Pergi Kursus Kahwin ??

Mujadafewa Pergi Kursus Kahwin? | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Fuhhh! Dah berkurun rasanya tak hapdate blog. Baru seminggu je pun. Terharu jugak bila ada Cik Anon mintak dahku menghapdate blog di entry Bina Insan Guru ni. Rindu lettew. :3

Nak buat marathon mengupdate blog sebelum aku buat marathon membaca dan mengulangkaji pelajaran untuk ujian akhir semester yang dah memang paras hidung dah. Tak lama sangat dah. Mohon doakan aku berjaya absorb semua benda dan mampu terjemahkan atas kertas peksa nanti. 

Eh, jom baca kenangan aku pergi kursus kahwin pulak? 
Ehemm.. Best tau. Rugi tak gi awal-awal. ^^ 

Pentingkah Pergi Kursus Kahwin???


Kursus Perkahwinan Dan Kekeluargaan Islam wajib disertai oleh setiap orang yang ingin melangsungkan perkahwinan. Hal ini untuk memberi pendedahan awal tentang alam pernikahan yang mencabar di sebalik keindahan dan hikmah yang ada padanya. 

Objektif utamanya sudah semestinya untuk memberi panduan kepada pasangan yang ingin berkahwin dalam mengharungi bahtera perkahwinan. Berkahwinlah dengan niat kerana Allah SWT. Sesungguhnya Dia sentiasa ada untuk menunjukkan jalan yang benar. Insya Allah. :)

Tak Rancang Pun Nak Pergi Kursus Kahwin Ni...


Aku memang tak pernah jangka akan pergi Kursus Perkahwinan seawal usia 22 tahun. Layak ke aku walaupun aku memang dah tahap kalau kawin boleh beranak 2 or 3 orang dah sekarang ni. Siyes. Aku? Kawin? Abah dah siap risau aku ni tak de orang nak tetiba join kursus kawin? Jadah?

-_-

Aku ingatkan orang yang lagi 2 or 3 bulan lagi nak kahwin je yang akan kalut ribut nak join kursus ni. Plus, aku rasa macam budak kecik lagi. Masa tu pulak aku dok tengah frust sebab kena reject dengan someone. Lagilah tak de mood cakap pasal kahwin ni. :'(

memasuki gerbang perkahwinan, kursus kahwin, wajibkah kursus kahwin
Buah tangan untuk dibawa pulang. Tak baca lagi buku tu. *sigh
Nama kursus:
Kursus Perkahwinan dan Kekeluargaan IslamTempat:
Pusat Qiraati Al-Hidayah, Pengkalan ChepaTarikh:
14 dan 15 Mac 2014 , Jumaat dan Sabtu Masa:
8 pagi hingga 5 petang

Macam mana boleh Terpergi Kursus Kahwin Ni???


Bermula dengan kejadian aku masuk koop IPGKKB. Kakak cashier tu la yang mintak aku ajak kawan-kawan supaya join kursus kahwin. Mulanya macam tak berminat lagi. Malu kokrang weh. Umur setahun jagung, merenyam nak kawin pulak. Pakwe pun tak dak lagi. Puiii.

Tetiba, aku dapat khabar angin puting beliung yang cakap bermula tahun depan kursus kahwin akan dibuat selama 2 minggu. Mak aiihhhh! Parah macam ni. Yang dua hari tu pun habis daya aku tongkat mata, tutup mulut ternganga. Maka aku sebarkan perkhabaran ini kepada budak kelas aku.

mujadafewa, kursus kahwin, kahwin, kursus perkahwinan dan kekeluargaan
Setengah kerat yang join. -_-

Mulanya banyak kerat gak nak join. Tup tup tinggal setengah kerat. Ces. Yang ni nak balik rumah. Yang ni ada kenduri. Malas nak tulis alasan yang lain tu. Buang karan. Aku berulang alik dari rumah untuk ke Pusat Qiraati Al-Hidayah, Pengkalan Chepa.

Dekat amat je dengan IPGKKB tapi aku rela ulang alik weh. Hujung minggu adalah untuk aku bermaharajalela di rumah. Malas nak terikat ngan peraturan fuuii IPGKKB. Sapa budak asrama tak suka balik rumah? Nak tengok wujud ke tak. Eh, tak de yang angkat tangan. Kah3

Memang ayu sungguh dahku hari pertama tu. Ingatkan kami berlima je budak IPGKKB yang ada, sampai je kat depan bangunan Qiraati, bersusun budak-budak lelaki aliran agama Islam menunggu. Siyes rasa macam muka sedia kembang aku ni meningkat lagi 5 inci tebal. -,-'

kursus kahwin, kahwin, kursus, kursus perkahwinan dan kekeluargaan
Muat-muat je satu kereta. Baguslah. :)

Sepanjang Kursus Kahwin Berlangsung

Malunya orang tahu aku gi kursus kahwin. Ada pulak budak laki yang tuduh aku mencuri dulu. Sampai sekarang tak baik ngan aku tuh. Tak masal dorang cakap aku nak kawin lagi dua tiga bulan karang. Parah. Eh, memang aku nak kahwin ngan NN tak lama lagi pun kan? 

*Uhuk3 sambil sengih gatal. :P

Para penceramah yang dipanggil memang dalam kalangan orang yang hebat. Ustaz di situ, kaunselor di sini. Doktor pun ada gak dipanggil untuk menceritakan penyakit kelamin yang juga sangat berperanan dalam mengganggu gugat sebuah perkahwinan. 

kahwin, kursus kahwin, kursus perkahwinan, kursus praperkahwinan, kursus perkahwinan dan kekeluargaan Islam
Tempat duduk aku dekat dengan budak lelaki.
Kalau penceramah cakap pasal tuut. Perghhh. Malu beb!!
Banyak benda yang kami belajar tentang perkahwian daripada mereka yang hebat ni. Agak terperinci jugak. Dah nama kursus kahwin memang cerita pasal kahwin jela yang banyak. Antara yang diterangkan semasa Kursus Kahwin ni yang aku ingat adalah: 

  • rukun nikah yang wajib ditunaikan untuk sah nikah
  • kes-kes kahwin lari yang menyusahkan banyak pihak
  • pemberian nafkah oleh suami kepada isteri
  • harta suami dan isteri
  • penjagaan dan pendidikan anak-anak
  • tanggungjawab suami dan isteri dalam rumah tangga
  • perkara yang membatalkan pernikahan
  • pihak yang boleh dirujuk jika timbul masalah
  • kes-kes penceraian yang semakin meningkat
  • penyakit-penyakit kelamin
  • poligami
  • hubungan kelamin antara suami dan isteri. (highlighted. kah3)

Banyak lagilah. Kalau tak sabar nak tahu, join cepat. Ada juga kisah pergolakan rumah tangga diceritakan. Rupa-rupanya, kalau sebut orang ketiga dalam rumahtangga, bukanlah merujuk kepada kecurangan sahaja. Orang ketiga juga boleh jadi dari ahli keluarga dari pihak suami atau isteri juga. 

Ooooo... baru tahu.... 
*cakap sambil chatting dengan Nik Nashram. Aku mengaku je aku tak fokus. Kah3

kahwin, mujadafewa, kursus kahwin, syarat berkahwin
Mata kuyu semacam gara-gara tak pakai eye liner. Sobbsss
Ustaz pesan, kita yang kena jaga rumahtangga kita walaupun kita boleh dapatkan nasihat daripada ibu bapa. Segala keputusan haruslah dibuat hasil perbincangan suami isteri. Jangan pernah membenarkan unsur orang ketiga memporak perandakan masjid yang dibina. 

Sudah susah payah, runtuh macam tu je. Mahu???

sijil kursus kahwin, kursus kahwin, kahwin muda
Sijil Kursus Kahwin. Yahoooo! Aku dah boleh kawin!!! :D

Takde Salahnya Pergi Kursus Kahwin Awal

Kesimpulannya, pergilah kursus kahwin cepat-cepat so that korang pun jadi beruntung macam aku. Sebelum kena pinang, dah join dah ada sijil perkahwinan. Sekarang, dah kena pinang, tunggu akad nikah je. Senang. Tak payah kalut ribut nak set tarikh ke hape.

Alamak, macam dah pecah satu rahsia je. Mih3 :3

Kursus perkahwinan ni bukan boleh ikut kesesuaian kita. Dia ikut tarikh orang yang anjurkan. Jadi, kalau ada orang ajak join ramai-ramai tu, terima je. Tak yah nak malu-malu. Kita buat awal untuk kebaikan jugak. Plus, perkahwinan ni kan perkara baik. Apa yang nak dimalukannya?? Ye dak?

Kalau boleh tahun ni juga supaya tak kena buat sampai 2 minggu. Kalau betullah perkhabaran yang aku terima tu, naya gak korang nak tetapkan tarikh semua. Tambah-tambah kalau masa tu korang dah keja. Jenuh weh. Tunggu press conference tarikh kahwin aku nanti naaa..

Hahhh, jemput datang reramai. *cakap macam nak kawin lagi dua tiga hari. Fuiii.

Tu jelah kot. Babai. Wassalaam.

Comments

  1. hehehe.. sue pon pergi kursus kawin umur 21.. bukan gatal tp dengar orang cakap nanti kursus kawin lebih rumit, ada qiamulail lah ape laa, terus cepat2 pergi ambik kursus kawin bulan 2 haritu.. haha, lgpun next time lagi mahal orang cakap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulaa,, tak rancang pun nak pergi ni sebenarnya,, terpergi,, Allah nak mudahkan kot,, insya ALLAH :)

      Delete
  2. Kadang2 ada orang malu pegi kursus kahwin.. Taktau apa yg dimalukan.. Apa salahnya pergi kursus awal kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la yang peliknya anarm,, hadooooiii,, tak pe,, yang penting muja dah setel,, hehe

      Delete
  3. pergi awal ler bagus..
    lambat2 nnti silibus dah baru..
    katanyer lepas ni silibus baru ada tambahan masa.
    ntah betuil ntah tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. dgr kata mmg btul btul kursus dh masa tu.. nasib baik dh leps.. heee

      Delete
  4. ingatkan muja betul2 nak kahwin tahun ne :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. klau muja nak kawin.. tajuk entri pn dah lain.. ekekeke

      Delete
  5. My turn...this weekend. Kena bersongkok dan baju melayu. Pasrah aku dgn tok kadi Johor ni

    ReplyDelete
  6. ok amik awal.. psediaan.. kira satu hal ntuk psiapan kawen kelak daa selesai. xsemesti nya org nak kawen jee pegi kursus kawen ni.=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup,, muja setuju tu zara,,, hundred percent :D

      Delete
  7. aku pn tk g kursus kawin lagi. ko dlu la ni kawin muja

    ReplyDelete
  8. baiklah..

    nak pergi kursus kawin jugaklah.. :D

    ReplyDelete
  9. Aku tak pergi-pergi lagi. Aku imagine je kalau ada yang heran tgk aku pergi kursus kahwin nanti, (ye la aku ni kan dah senja baru nak pi kursus, hahaha) aku cakap je la, "Dulu 1st marriage gagal. So ni nak kursus balik, nak tengok apa sebab gagal. Harapnya yang 2nd ni kekal la hendaknya!"

    Hahahaha. Hampeh jawapan. Kakak aku yang umur 36 tu pun baru kenen dgn aku cakap, "Kalau you nak pergi kursus, I nak ikut."

    Yay, ada kawan.

    InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah.. macam nak ada double wedding je tu.. huhuu.. mhon jmput naaa

      Delete
  10. one step dah complete.
    wait for another step pulak.
    mohon dipermudahkan dan dipercepatkan.
    amin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah.. im praying for the same thing. :-)

      Delete
  11. Akak dah terbau nasi minyak ni Muja....ehem2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti.. makin lama makin kuat baunya tau.. be prepared.. hahaha

      Delete
  12. InshaAllah tak lama lagi ni. Bawa-bawa antau kad jemputan ke penang ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah.. moga sampai la kad tu nanti.. haha

      Delete
  13. kursus kawin thn sekli seumur hidup..dh pergi awal senag..mmg kata ade 2 minggu ..pergh nsibla

    ReplyDelete
  14. Oh Buleh tunggu kad jemputan kahwin muja lepas ni. Kahwin jgn tak kahwin...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

Persiapan Untuk Anak-anak Ke Sekolah; Taska dan Tadika