Abang Ensem Di Mata Aku

Abang Ensem Di Mata Aku | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Dalam setiap hobi yang kita gemari, bidang yang kita, dan kecenderungan yang ada dalam diri, pastinya kita mempunyai idola atau inspirasi yang dijadikan satu contoh untuk menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dan lebih berjaya. Idola online? Korang ada? Aku ada. Heee

Tidak ketinggalan, aku juga ada harapan dan inspirasi aku dalam berblogging. Aku juga tidak mahu hobi blogging ini menjadi sesuatu yang sia-sia; pada diri aku sendiri dan pada para pembaca. Join syarikat pengiklanan pun ok dah. Salah seorang idola dan inspirasi aku dalam dunia blogging ni adalah Abang Ensem. Okay. Macam kena je dengan tajuk entri; Abang Ensem Di Mata Aku.

abang ensem, abang ensem di mata aku, info pelaburan, tokoh pelaburan, tokoh hartanah, jutawan hartanah
Abang Ensem memang tak lari dari bergaya dengan warna pink. Definisi ensem bagi beliau mungkin. :D

Abang Ensem Di Mata Aku 


abang ensem, tokoh hartanah, tokoh pelaburan, jutawan hartanah, abang ensem di surat khabar
belajar dengan Abang Ensem. ye, in progress la ni..

Dulu aku ada terbaca tentang Abang Ensem di Facebook. Beliau pernah diperkecil oleh bekas bosnya sebelum meninggalkan kerjaya yang terdahulu untuk lebih serius dalam bidang pelaburan dan hartanah. Kisah itu buat aku kagum sebab bukan calang-calang orang berani membuat perubahan yang cukup drastik sehingga mempertaruhkan kerjaya sendiri. Aku sendiri tidak berani untuk menjadi sedrastik itu. Blogging bagi aku juga masih aktiviti sampingan semata.

Entah bila la nak maju.. -_-'

Abang Ensem di mata aku. Agak menyeramkan juga tajuk entri ni. Macam manalah aku yang biasa-biasa nak mendeskripsikan beliau yang sudah berada di puncak kerjayanya. Yang pasti, Abang Ensem memang seorang yang sudah berjaya tetapi tidak menyimpan segalanya untuk beliau sendiri sahaja. Pekongsi ilmu, pekongsi rahsia untuk berjaya. Itulah Abang Ensem di mata aku. Yang tidak mahu berjaya seorang diri sahaja. Berjaya berjemaah jadi matlamatnya. Mungkin. :)

Abang Ensem, Bangsaku, Bangsa Melayu Yang Berjaya


Tambah lagi, Abang Ensem merupakan bangsaku, orang Melayu. Bangsa yang sering dikecil-kecilkan oleh dunia, dimain-mainkan maruahnya merata-rata, termasuklah oleh bangsa Melayu sendiri. Nah Abang Ensem sebagai salah satu bukti orang Melayu juga boleh berjaya. Bukan semua orang Melayu itu suka melayu dan terus melayu. Cuma kita kurang di bahagian usaha sahaja. Aku juga yakin kalau kita berusaha keras sikit lagi, kita akan memecut ke depan dengan megahnya.

Abang Ensem, Penyebar Ilmu Yang Walau Tidak Bergelar Guru


Abang Ensem bukanlah digelar guru, tapi bagi aku beliau penyampai ilmu. Mungkin beliau berpegang teguh pada kata-kata; sampaikanlah ilmu walaupun sepotong ayat. Jujurnya, membaca bukan hobi aku apatah lagi dalam bidang hartanah. Tapi, seteruk aku ni pun tak bosan baca info hartanah di wall Facebook Abang Ensem, dengan #infohartanah. Tambah ilmu sambil scroll timeline Facebook apa salahnya. Manalah tahu suatu hari, terbuka hati nak menyertai bidang pelaburan dan hartanah. Sekurang-kurangnya, aku sudah ada sedikit sebanyak ilmu di dada.

Abang Ensem Di Mata Aku, abang ensem pakar hartanah, pakar pelaburan, tip hartanah, tip pelaburan, rumah sewa, ilmu pelaburan
tengok berapa like untuk satu info hartanah AE nih. retis niiiii. jangan mainnnn

abang ensem, tip pelaburan, tip hartanah, info hartanah, info pelaburan, tip rumah sewa
dah kukata, ayat AE ni boleh tarik perhatian pembaca. Kan betulll.. hahaha

Apabila tersenarai dalam senarai kawan di Facebook, aku tengok Abang Ensem berusaha untuk menyampaikan ilmu untuk pengikutnya. Hari-hari, ada sahaja informasi tentang pelaburan dan hartanah yang dikongsikan dengan susunan ayat yang cukup mudah difahami dan santai. Memang cukup jelas kelebihan Abang Ensem dalam membina frasa-frasa catchy yang menarik perhatian para pembaca. Rasa bangga pun ada kalau status aku dapat komen daripada dia. Kih3

Walaupun tidak dapat dinafikan yang bidang hartanah lebih dikuasai oleh kaum lelaki, beliau sudi untuk mencipta group Bloggirls, group Facebook khas untuk berkongsi ilmu dengan kaum wanita apabila menyedari kaum wanita mempunyai kurang peluang untuk mendapatkan ilmu dalam bidang ini. Yelah, jarang kaum wanita ada masa untuk lepak lunch or ngeteh kat mamak dengan beliau. Terima kasih sangat untuk perkongsian di group tu. Usahamu sangat dihargai wahai Abang Ensem.

By the way, di group tu, Abang Ensem bertukar menjadi Abang Di. Opss! :D

Abang Ensem Di Mata Aku, seminar hartanah abang ensem, pakar hartanah, pakar pelaburan
dari Facebook Melastik Bintang. Sorry, tercuri. heee

Seminar hartanah Abang Ensem juga selalu full house. Ada sahaja yang nak menimba ilmu daripadanya. Ebook Abang Ensem pun hebat juga. Dah ada 6 e-Book yang beliau hasilkan. Dijual dengan harga yang cukup murah berbanding dengan harga ilmunya. Selalu juga, mereka yang hadir berkongsi kejayaan mereka, untuk menunjukkan tekad mereka telah berjaya mengubah kehidupan mereka dengan perkongsian ilmu tersebut.  Aku di sini hanya boleh tumpang bahagia. :')

-----

Last but not least, kalau korang masih tak tahu hala tuju dalam hidup korang, korang boleh cuba bidang pelaburn dan hartanah. Manalah tahu, ini punca rezeki korang. Satu lagi, bidang ni tak semestinya untuk mereka yang masih tidak berkerjaya, yang berkerjaya pun boleh. Contohnya dengan mempunyai rumah sewa. Tiap bulan kutip duit sewa. Tak ganggu pun kerjaya korang yang utama. Homestay pun ok. See? Rezeki ada di mana-mana. Tinggal cari dan buat sedaya upaya. :)

Berminat, boleh beli eBuku Abang Ensem. << Klik dan tempah. Murah aja. Itu pasti. :D

Wassalaam.


Comments

  1. Abang Ensem memang terbaik! Dah la baik hati. Macam macam yang ena ketahui mengenai hartanah ni sejak baca status Abang Ensem sharekan di facebook. Walaupun tak ketahui dengan lebih mendalam tapi at least adalah input input sedikit. Terima kasih Abang Ensem

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat setuju,, makin hari makin tertarik dengan bidang hartanah sejak kawan ngan ae kat fb,, heee.. tq ae :D

      Delete
  2. hebatnya dya.. mampu terus bergerak walaupun ada yang memperlekeh.. dan tak sangka hari ni dya dah berjaya.. suka laa tengok orang banyak ilmu nih..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula kan.. kalau muja.. memg cpt emo.. melatah.. then mula la nk putus asa.. huhuu.. harp noleh jd sekuat beliau nnti. heee

      Delete
  3. Baru ku tahu siapa itu abang ensem

    ReplyDelete
    Replies
    1. rugi tak kenal beliau.. kalu ada mslah.. mmg akan tlg.. almost pasti akan tlong.. huhuu

      Delete
  4. Kita yang tak tau padal hartanah dpt tau sikit2 las AE berkongsi ilmu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. untung kita ada gak org melayu yang berjaya.. :-D

      Delete
  5. Replies
    1. tq ae sebab sudi pilih entry sy.. nnti org bgi details kt rumah.. hehe

      Delete
  6. Tahniah!! berjaya memenangi Contest ini.. boleh belanja ABC ni… ;)

    ReplyDelete
  7. Fuyoo taniah memang contest. Lanjee domino

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Persiapan Untuk Anak-anak Ke Sekolah; Taska dan Tadika