Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta- Lagu Tema Hari Kemerdekaan Malaysia ke-57

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta- Lagu Tema Hari Kemerdekaan Malaysia ke-57 | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Rasa patriotisme aku macam berganda lak tahun 2014 ni bila aku dengar lagu Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta nyanyian Bob AF ni. Aku memang suka sangat suara dia dari zaman AF masih kutonton dulu. Sedap sungguh. :')

Tambah pula, dan dan je tahun ini, bulan ini, Palestin berjaya mendapatkan persetujuan untuk gencatan senjata selama sebulan. Ini bagi aku adalah kejayaan permulaan. Insya Allah tak lama lagi kejayaan lebih besar bagi negara Islam. Amiin.

Rasa macam berganda-ganda pula rasa yang tak terucap di dada ni. Jadi, aku kongsikan dengan korang lagu yang kitorang akan nyanyikan sempena sambutan Hari Kemerdekaan IPGKKB tahun ni. Kami kan pelajar TESL yang pada masa yang sama pelajar minor muzik. Sabow jeler.

Urghhh. Lejen sekali rasanya tahun ni. Huhuhuuu

di sini lahirnya sebuah cinta, lagu tema hari kemerdekaan malaysia ke-57, nurmujahidah, tema hari kemerdekaan 2014
Daripada: Melvister

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta 
oleh Bob AF
Ciptaan: Sharon Paul
Lirik: Ahmad Fedtri Yahya

Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi

Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya

Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu

Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua

Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang

Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua

Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Ayuhlah berbakti
Hingga akhirnya

PS- tahun ni, tahun pertama aku letak bendera Malaysia di kereta aku. Hehehe.


Comments

  1. Selamat hari merdeka kak Muja. ^_^ suka gak lagu ni..

    ReplyDelete
  2. Salam kemerdekaan buat Muja... semoga ceria di hari merdeka. Kecintaan kita pada negara Malaysia tetap teguh bersemi. Insya Allah...

    ReplyDelete
  3. Salam kemerdekaan buat Muja.. Semoga sejahtera hendaknya. Moga kemewahan hidup dan ketenangan yang kita kecapi kini terus subur selamanya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD