Hari Raya Mujadafewa Cukup Indah Tahun 2014 Ini. Chewah!

Hari Raya Mujadafewa Cukup Indah Tahun 2014 Ini. Chewah! | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sedar tak sedar, Ramadan dah dekat sebulan tinggalkan kita. Syawal pulak tinggal beberapa hari je lagi. Aku pulak baru terhegeh-hegeh nak update pasal raya. Ko rasa ada ke yang nak baca?? -_-

Kumahu Hari-hari Hari Raya

Raya tahun ni memang sangat lejen sekali. Bukan nak cakap raya sebelum ni tak berapa lejen cuma tahun ini kelejenan beliau bertambah. Kenapa? Sebab ittew beraya dengan taman bunga warna warni harum dalam hati. Ada bunga ros dengan bunga kekwa juga. Ewaaah! Jangan tacim lak baca aku bahagia ye. Korang pun bahagia la sama.

Heran aku dengan orang yang hot bila baca orang lain bahagia. Korang raser?

Tahun lepas, aku beraya dengan hati kecewa. Dikhianati orang yang aku percaya. Tahun ini pulak, beraya dengan dia yang cukup istimewa dalam hidup aku selepas my keluarga. Haa. Tahun depan, insya Allah beliau akan jadi insan terpaling istimewa pulak. Dari jauh kupohon doa. Serious ni.


Kisah Baju Raya Yang Fail

Baju raya pertama aku tahun ni tersangat fail bagi aku. Bahu aku memang tak padan dengan model cut nih. Bahu aku terlebih bidang mungkin. Walaupun tak dinafikan cantik di pandangan mata aku yang rabun ayam ni, memang jubah dari nile.com.my kali ni tak sesuai la dengan aku.

Tunang aku cakap okay. Siap kena marah la sikit bila aku bagi baju tu kat orang lain. Namun, terlambat dah masa dia tacim tu. Baju tersebut telah selamat kuhadiahkan kepada anak sepupu aku yang selim melim. Baju raya pertama sesama sedondon pulak tu.  Dah terbagi dah pun.

Yelah, dah nak bergerak pun susah acanor? :'(


Wide Shawl Raya Terlebih Besar La Pulekk

Bab tudung pulak, terbeli di KB Mall time dating dengan Hazanis, Rara, and Hana. Nak warna purple kengkonon nak sedondon dengan tunang. Sekali, oversize sangat wide shawlnya. Lagi besar kot daripada wide shawl aku yang biasa. Kena lipat dua baru boleh pakai.

Urghhh! Tetiba pulak rindu mereka yang sejiwa bila tulis entri ni. Ceit. T_T

Aku Pejuang Wanita Pemberani

Raya tahun ini juga melihatkan aku berkonflik dengan one of my family members yang sudah berjaya aku setelkan sebelum berakhirnya bulan Syawal ini. Cukup bangga bila aku dulu yang memulakan langkah pendamaian walaupun kurasakan pihak aku yang teraniaya. Bukankah orang yang berani itu orang yang meminta maaf? Bukankah orang yang meminta maaf itu adalah orang yang menang?

Ada sorang lagi kawan yang tak setel. Mungkin takkan setel kot. Huhuu

Aku cukup berbesar hati apabila berjaya mengalahkan godaan syaitan yang berusaha merenggangkan silaturrahim dan menundukkan ego yang aku kira cukup tebal yang terbenam di hati. Maka dengan itu, aku ambil kesempatan ini untuk nasihat diri sendiri dan korang semua, jagalah jari jemari time menaip. Kalau tak, korang bersedialah jadi macam aku. :)


Sekarang, bahagia sangat boleh amik gambar banyak-banyak bila ada occasion yang kita rasa bermakna. Yelah, pensyarah aku cakap, setiap gambar tu ada cerita. Setiap cerita itu pula tiada peluang lagi untuk berlaku semula. Sebab ia berkait dengan masa yang terus berlalu tanpa rehat.

Haih. Tetiba lagi. Tetiba aku rasa tua. :'(


Aku berharap sangat yang satu hari aku akan ada duit yang cukup banyak untuk mencetak semua gambar yang aku ada. Aku nak hargai semua momen yang ada. Aku tahu aku tak punya banyak masa untuk bersama-sama dengan semua. Tak semestinya kalau kita ada 9 hari ni, esok pun masih 9. Kalau jadi 11, ok gak. Kih3

Kalau boleh, aku tak nak dah gambar hanya kekal dalam laptop je manjang. Bahaya kan. Kena virus ke hape. Haduiiish. Boleh nangis mengenangkan kenangan yang tidak berjaya lagi dikenang. Sobsss.

Muja the Lady Warrior Is Now Engaged to Nik Nashram! :D

Rabu, Raya ketiga. 30 Julai 2014. Tarikh di mana aku dah ditanda. Hari di mana aku mula haram dipinang oleh lelaki lain selagi pertunangan kekal. Ya Allah, semoga segalanya berjalan macam yang kami pinta, yang selalu kami doa, yang sentiasa kami mimpikan. Jauhkan anasir pemusnah, anasir pengacau bilau. Kurayu, menadah tangan kecilku.


Aku pernah terfikir yang aku akan hidup bujang sampai bila-bila. Yelah, ada ke yang sanggup melayan kerenah aku dan terima segala kelemahan aku ni? Aku bermonolog selalu dalam hati suatu ketika dulu. 

Rupa sekadar ada semua organ yang manusia lain punya. Tu pun kulit tak licin mana. Pakaian selalu digelakkan orang. Tua dan pelik katanya. Suka mengadu, suka menangis, cepat tacim, selalu terlepas cakap, suka merajuk, cepat jump into conclusion. Paling besar sekali masalah tak pandai masak. 

Huh. Heran aku bila tunang aku ni boleh tersuka dan terpinang aku. Kah3

Eh, famili aku dah ada 10 ahli sekarang. Ehem.
Orang kata, dugaan bertunang memang besar. Memang tidak dapat dinafikan. Tetiba ex datang lah. Dan dan je rasa ragu. Ada masa rasa tak percaya. Banyak masa tacing sentiasa. Tu semua dugaan. Adik aku cakap cubaan syaitan. Nak halang kita dirikan rumah tangga. Bernikah seperti yang disunnahkan. Nak kita terus bergelumang dengan dosa. Tak nak kita mendapat segala nikmat dan hikmah disebaliknya. Bertahanlah. Nescaya kita akan berjaya. Amiin.

Hello, kita ni sebaik-baik umat k. Oh ye. Tahun ni aku berjaya juga habiskan puasa 6 selepas bertahun-tahun failed.

Wassalaam. :)



Comments

  1. good to hear that u have splendid raya moments sis :)

    ReplyDelete
  2. semoga kekal sa,mpai jinjang pelamin..jangan denagr cakap orng lain..percaya pada psangan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD