Betul Ke Ais Buruk Untuk Kesihatan dan Kecantikan?

Betul Ke Ais Buruk Untuk Kesihatan? | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Rasa berfaedah juga aku ada instagram bila aku start follow akaun yang berfaedah. Sekarang, aku banyak follow akaun kesihatan; akaun nak dapatkan 8 pax la, nak kempiskan perut, cara betul untuk squat, dan banyak lagi.

Semua page mat salleh. Dorang memang komited habis. Bilalah orang Melayu macam aku lak nak jadi komited macam dorang. Setakat ni, hanya mampu tengok. Buatnya still TIDAK.

T_T

Ais Boleh Jadi Bagus dan Tidak Bagus Untuk Kesihatan


air baik untuk kesihatan, betul ke ais buruk untuk kesihatan, main salji, orang salji, salji di turki
Adik aku suka cuaca sejuk. Ais jugak. Di Turki ni. Kemain lagi. *Jeles :@
Dalam dunia ni, setiap benda ada pros and cons. Termasuklah ais. Ramai orang cakap ais buruk untuk kesihatan. Ada yang cakap ais buat perut jadi buncit. Ada gak yang cakap kalau nak awet muda, jangan minum ais. Semua ni buat kita jadi takut dengan ais. Tapi kalau kaki kejang ais gak dicari.

Padahal, Rasulullah sendiri sukakan benda-benda sejuk. Why is that?

Ais Buruk Untuk Kesihatan Apabila


abc, air batu campur, ais kacang, ais baik untuk kesihatan, betul ke ais buruk untuk kesihatan
Air Batu Campur; antara jenis ais kegemaran akau. :3

Dulu aku pernah duduk minum-minum dengan kawan-kawan aku. Then, ustaz aku datang buat perkongsian ilmu dengan kami. Intipatinya berbunyi, 'Jangan minum air berais semasa tengah makan sebab lemak daripada makanan tu akan menempel di saluran darah dalam badan. Then, saluran darah akan tersumbat. Itulah antara punca sakit jantung'

Ooo. macam tu sebenarnya. Ais akan jadi buruk jika kita minum semasa kita sedang makan. Bukan ais je tak baik diambil semasa makan, air pun harus dielakkan. Sebaik-baiknya, kita kena minum air setengah jam sebelum dan selepas makan untuk elakkan perut buncit dan buatkan kita berasa lebih cepat kenyang. Penghadaman pun akan jadi lebih baik. Insya Allah.
 
Elakkan guna ais untuk mencuci muka tetapi ais bagus diletakkan pada jerawat untuk kecutkan jerawat. Dedua di muka. Herankan?


Ais Baik Untuk Kesihatan Apabila


Hasil daripada aku follow Instagram omputeh pasal nak dapatkan kesihatan terbaik dan bentuk badan cantik ni, aku dapat satu info yang sangat menggembirakan. Kalau umi aku yang dah macam ketagih dengan ais tu tahu, memang berbunga hati. Lain bebenar dengan info yang salu kita dapat. Katanya,

'bawalah ice-cold drink atau minuman bersuhu sejuk ais semasa bersenam. Ia adalah sangat baik.'
Kenapa? Bagaimana?

Begini. Manusia adalah sejenis makhluk berdarah panas. Sistem badan kita akan sentiasa berusaha untuk mengekalkan suhu badan pada takat 37 darjah Celcius dalam apa jua keadaan dan cuaca. Pengekalan suhu ini diperlukan supaya segala sistem, enzyme dan sebagainya berfungsi pada tahan optimum. Tak boleh kurang, dan tak boleh lebih.

Kegagalan mengekalkan suhu badan pada tahap normal 37C boleh membawa maut!

Inilah juga yang terjadi apabila kita meminum minuman sejuk. Suhu air berais adalah sangat rendah berbanding suhu badan. Secara automatik, badan kita akan menggunakan tenaga yang banyak untuk menaikkan suhu air yang masuk ke dalam badan sehingga mencapai suhu badan normal. Bila tenaga digunakan, kita sebenarnya sedang membakar lemak.

Nampak tak teorinya di situ?

Kami Penggemar Ais Yang Bahagia


ais baik untuk kesihatan, betul ke ais buruk untuk kesihatan, minum air berais untuk bakar lemak, ais untuk kurus
My family; a family of ice fans. Peace yooo

Kesimpulannya, semua benda ada baik buruknya, termasuklah ais. Janganlah bias untuk penggemar ais macam kami. Semuanya bergantung pada keadaan dan situasi. Untuk penggemar aktiviti bersenam dan pengunjung tegar gym, korang bolehlah mula membawa air detox bersuhu rendah kalau korang tengah aim nak bakar lemak. Lemak tak de baru 6pax boleh ada. Tak gitu?

Jangan risau. Ais tu dah la sedap, menyegarkan, paling efektif pulak untuk bakar lemak. Tak rasa ke ais juga nikmat dunia? :3


Comments

  1. Kalau cuaca panas dapat minum abc sangat best. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni, kalau dapat abc, musim hujan pun tak de masalah,, hahaha

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD