Fenomena Tudung dari IRRARA LABEL- Mutiara Shawl

mutiara shawl, tudung mutiara, pearl shawl, pearl tudung, irrara label, shawl chiffon cantik, fenomena tudung, nurmujahidah
Mutiara Shawl yang awesome! :D

Fenomena Tudung Dari IRRARA LABEL- Mutiara Shawl | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aku memang peminat tegar tudung panjang yang kita dok panggil shawl. Dari zaman aku kat Universiti Malaya lagi. Masa tu trend shawl ni baru nak up. Then, bawal take over. But for me, aku masih setia dengan shawl.

Sebab utama aku suka shawal adalah malas nak bentukkan bahagian depan tudung bawal. Leceh giler!

Kenapa Aku Suka Long Shawl Daripada Square Shawl


Aku malas bersusah payah nak bentukkan bahagian depan tudung bawal kasi gelembung tu sempurna. Aku kedekut nak bazir duit beli kanji sembur nak kasi gelembung yang sempurna kekal lama. Aku tak suka kain tudung bawal yang see through (dulu tak de bawal satin ke hape).

Aku jugak rasa bergaya dengan tudung bawal agak static sebab aku memang tak kreatif, but I dont like being static. Aku bukan Hazanis the Fashion Blogger yang pakai apa pun cantik. So, since 4 years ago, memang aku setia dengan tudung panjang aka tudung segi empat tepat aka rectangle shawl.

Kenapa Aku Suka Irrara Label; Pencetus Fenomena Tudung


Teruja sangat aku memperkenalkan kat korang, pencetus fenomena tudung terbaru; IRRARA LABEL. Kenapa aku cakap Irrara Label pencetus fenomena tudung? Sebab tudung dari Irrara Label memang ekslusif terutama signature shawl Irrara Label iaitu Mutiara Shawl.

Aku pernah makan kat Burgerbyte dengan owner dia tau. Muahahaa. Ceyh.. Bangga. -_-

Unbelievably Beautiful Weh!!! :D


irrara label, mutiara shawl, tudung mutiara, pearl shawl, tudung pearl
Mutiara Shawl in blue. Biru yang melambangkan ketenangan.

Mutiara Shawl ni cantik sangat!!! 


Aku suka giler manik mutiara pada tudung panjang nih. Kalau letak atas kepala, sebijik nampak macam crown. Tak payah susah payah bazir duit beli flower crown ke hape dah. Dengan Mutiara Shawl ni, tudung dapat, crown pun dapat. Dedua dapat. Jimat seyh! :D

irrara label, mutiara shawl, tudung mutiara, pearl tudung, pearl shawl, tudung panjang, shawl
Mutiara yang boleh digayakan dengan pelbagai cara.

Saiz Yang Sempurna Untuk Gaya Muslimah Yang Sempurna


Panjang dan lebar Mutiara Shawl memang boleh kata just nice. Senang nak pakailah bagi aku.  Menutup apa yang patut ditutup dengan sempurna. Tak de la nak kena tarik-tarik macam shawl aku zaman noob dulu. Tarik sini senteng sana. Lastly biar aurat tak tertutup dengan sempurna. T_T

Moga aku boleh jadi muslimah yang lebih baik setiap hari. Amiin.

irrara label, mutiara shawl, tudung mutiara, tudung pearl, pearl tudung, pearl shawl, tudung cantik, shawl cantik
Mutiara Shawl in pink- Kegadisan terserlah.

Material Yang Berkualiti Tinggi


Since ages, I just love chiffon tapi salunya chiffon shawl yang aku jumpa mesti jenis jarang. Jenuh cari inner neck. Terpaksa pakai walaupun panas dan tak selesa sebab dia melekat kat leher dan peluh pun menjejer keluar. This is totally not convenient sebab aku sangat sangat mudah berpeluh. T_T

Dengan shawl dari Irrara Label, tak perlu risau dah. Material chiffon yang dorang guna berkualiti tinggi. Memang tak jarang dan tak panas. Sesuai sangatlah ngan aku yang memang terdesak nakkan tudung yang tak buatkan aku bertukar menjadi mesin peluh.

Tambah-tambah time musim kemarau kat Malaysia nih. Boleh banjir dengan peluh aku je. Sobsss  

irrara label, fenomena tudung, mutiara shawl, shawl mutiara, pearl shawl, shawl pearl, fesyen tudung terkini
Ok. Character berubah. Happynya pakai Mutiara Shawl daripada Irrara Label ni!! :D

Bestnya la Mutiara Shawl by IRRARA LABEL nih!!


Korang kat luar mesti dapatkan Mutiara Shawl ni tau. Harga mampu milik je. Aku pun tak nak korang bazir duit beli barang mahal just to look good. Kalau ada barang bagus dengan harga rendah, perlu ke nak cari lagi yang harga tinggi? Mohon korang rajin-rajinkanlah jengah link di bawah;

Instagram - @irraralabel
Facebook- Founder Irrara Label
Blog- Mastura Rama Rama

Nak Tanya Pasal Tudung Sikit Boleh?


Dalam komuniti kita nih, shawl refer pada tudung panjang dan square shawl refer kepada tudung bawal. Kalau bawal kita panggil square shawl, nape tudung panjang orang tak panggil rectangle shawl? Mohon jawab di bahagian komen.

Wassalaam. :D


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD