Penyakit Bila Cuti Sekolah

Penyakit Bila Cuti Sekolah | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Bagi pelajar IPG, hari cuti kitorang sama dengan cuti budak sekolah. Jadi, aku masih lagi ada bulan Disember yang heaven tetiap tahun. Korang hado? Kalau korang nak hado jugak, jadi pelajar IPG ye. Alahh. Pelajar uni lagi lama dorang cuti kot, cuma dorang cuti sekali gus, kitorang cuti sikit-sikit. Heee

Cuti Lebih Daripada Seminggu Yang Dinanti-nanti


Aku sangat ternanti-nanti cuti yang lebih seminggu ni sebab tunang aku yang koya bizi akan balik Kelantan. Kalau setakat 3 hari, memang non hado dia nak balik. Yelah, 2 hari dah perjalanan pergi balik, takkan nak dok rumah sehari je? Tak sempat hilang pun penat driving balik rumah, dah kena pergi lagi. Semasa menulis ni, aku masih cuba untuk menjadi tunang yang memahami. :'(

Macam ada rambut warna hijau je atas kepala den. -_-

Dalam cuti yang lebih seminggu barulah ada peluang bertemu mata dengan Nik Nashram nih. Nak tengok makin gemuk ke, makin kurus ke, biceps semakin besar ke kecik, makin cerah ke, makin gelap ke, haaah, masa ni jelah. Nak harapkan dia hantar gambar? Sekali sebulan pun non hado. Video call hanya mampu bermimpi. On the phone jela manjang. T_T

Kau ingat boleh ke aku amik gambar ngan beliau kalau belum cuti sekolah? NON HADO.
Hari tu jumpa selepas 4 bulan, lepas ni selepas 3 bulan pulak. He really should be grateful to have me, the most loyal fiancee evaaahh. -_-

Penyakit Bila Cuti Sekolah


Dalam keterujaan aku menanti beliau yang dirindu balik Kelantan, aku ada satu penyakit bila cuti sekolah lama sangat. Aku jadi rindu sangat dengan kengkawan aku di IPG. Pasangan dengan kawan ni berbeza tau. Kalau aku tacim dengan tunang aku yang sorang nih, kawan aku salu ada. Salu sudi mendengar. Dalam hati menyampah pun, dengar jela aku membebel.

Teman aku time makan, mereka nilah. Tq so much. Seriously, with all of you there with, i no longer feel lonely. :')

Bila dorang tak de, takkan aku nak mengadu sakit hati dengan tunang kat tunang tu sendiri? Tak lojik sangat. Rindu sangat terutamanya ain the best room mate evah. Aku jadi rindu kat Azizi, Bahij, Ilah, Sarah, Arip, Alang, Ada, and all my other classmates. Not to forget my course mates yang boleh jadi rapat with only a dinner together. *Heran jugak ada orang cakap aku sombong T_T

Hari last exam hari tu, kitorang pakat nak makan kat Warung Pak Mat, tapi tutup. Sampai 3 tempat kitorang pergi nak makan sesama, semua tutup. Lastly, kitorang ended up sampai kat Restoran Nasi Ulam Kota Bharu. Selalunya aku makan kat cawangan Pengkalan Chepa je. First time aku makan kat sana. Seriously, aku tak tahu jalan nak gi sana sampai sekarang. T_T

Makan di Restoran Nasi Ulam Kota Bharu
Cantik pulak bangunan belakang restoran ni. Inilah Kampung Kraf Tangan. Dan dan je kami nak balik, keluar air pancut. Pe lagi, amik gambar beramai-ramai dulu buat kenangan. Ingat senang ke kami nak beramai-ramai macam ni? Rindu menyerang lagi. :'(

Ada, Muja, Irna, Diah, Fadhil, Mirah, Azmeer, Fadzrul, Arip, Amsyar, Bahij, Sarah, Ilah

Macam biasalah, bila di rumah, nak balik ipg. Dan vice versa. :'(


Comments

  1. kann. bila jauh dari mata mulalah teringat ingat. hihi :)

    ReplyDelete
  2. untunglaaa untunglaaa ... kite duduk rumah makan, tidur, layan fon, makan ,tidur ,layan fon , then krik krik . haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. samala kita eyma oiiii.. itu je yang mampu.. agagaga

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD