Aku Nak Jugak Baucer Shopping RM100 Lazada!!!

Aku Nak Jugak Baucer Shopping RM100 Lazada!!! | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Ingat tak aku pernah bagi idea bergaya dengan Lazada? Kalau tak ingat mohon baca sebab aku nak tahu korang rasa idea aku bernas ke hampas. Cer komen la sikit. Nak gak jadi ratu fesyen yang suka shopping online. Cool.

Untuk aku dapat baucer shopping RM100 daripada Lazada, aku terpaksa pilih 5 barang yang paling aku nak. They can be considered as Muja's Most Wanted Stuff of the year 2015! Gitchew. Kalaulah aku dapat baucer RM100 tu, boleh juga lepas gian online shopping yang dah lama aku tak buat. Tengah saving untuk kawin katakan. Sabo jela. Huhuu

1. Untuk Aku Bila Keluar dengan Abbang

royal gold radiant foundation

Royal Gold Radiant Foundation

Kulit aku memang tak rata. Jadi, aku memang suka tepek foundation followed by compact powder. Leceh jugak nak buat banyak benda. Tetiba, aku tertengok review Royal Gold Radiant Foundation di GoShop. Giler tak power bila semua jerawat dengan parut kat muka Sharifah Sakinah dia cover habis dengan sedikit sapuan jer! Tak guna bedak pun! O_O

Kalau aku ada fulus berkepuk, memang aku setia ngan foundation ni je. :')

2. Untuk Aku Rasa Lebih Kewanitaan

deparis eternal love ring necklace

DeParis Eternal Love Ring Necklace

Orang keliling aku selalu cakap aku macam lelaki. Tak naklah nanti bakal suami aku pun fikir macam tu. Aku yakin kalau aku dah pakai DeParis Eternal Love Ring Necklace ni, aura kewanitaan yang tersimpan rapi akan terserlah.  Orang kata, bila perempuan pakai barang kemas walaupun orang tak nampak, seri wajah tu melimpah-limpah keluar. 

Itu orang la kata. Aku tak kata, aku cuma.. Mmm. Next.

3. Untuk Aku Tampil dengan Gaya, Mutu dan Keunggulan


esprit flamboyance ladies' watch

Esprit Flamboyance Ladies' Watch Silver & Rose

Salah satu masalah besar aku adalah, tak berjaya jadikan pemakaian jam tangan suatu habit, padahal aku tahu sebagai bakal guru, aku tak nampak profesional tanpa jam tangan. Mungkin jugak aku kena ada jam tangan yang ada that magnet factor untuk aku ingat untuk pakai hari hari. Nampaknya macam dah jumpa bila aku terjodoh dengan jam tangan Esprit Flamboyance Ladies' Watch ni. 

Eh, korang pun dah tertarik sama! Haha

4. Untuk Abbang pada Hari Lahirnya


kinohimitsu collagen

Kinohimitsu J'pan Collagen Men Drink


Selain daripada sangat beauty conscious, cerewet, sensitif, pengemas, dan pembersih, aku tak tahu lagi macam mana nak describe my tunang. So, untuk birthday gift dia, I can only think of giving him health supplement. Kinohimitsu J'pan Collagen Men Drink ni macam sesuai je untuk tunang aku yang sangat nak kulit cerah untuk wedding kami nanti.

Abang, abang nak benda ni tak? :P

5. Untuk Aku Yang Kehilangan

asics gt 2000 women d

Asics GT 2000 WOMEN D

Cerita sedih tahun 2015 aku bermula dengan kehilangan kasut sukan Adidas yang sudah banyak berjasa. Aku letak bawah katil before balik bercuti sebulan tahun lepas. Balik ipg tengok dah tak de. Tanda jejak, tanpa kesan. Sedih sangat sebab I love the shoes so much and first time aku beli kasut sukan yang ada brand. Tup tup hilang. T_T

Asics GT 2000 Women D ni sesuailah korang hadiahkan untuk aku sempena birthday aku Februari nanti ye. Tak lama dah tu. :P

---------------------------------------------

Seriously, berejam aku dok belek web Lazada to come up with these 5 Muja's Most Wanted. Mana taknya, rambang mata aku tengok banyak giler pilihan. Harga pulak memang murah yang korang takkan dapat dah tempat lain. Aku pernah menyesal beli Genie Bra kat page lain sebab tak check dulu kat Lazada. Jauh lebih murah k.

Jadi, tip bijak shopping online, check dulu di Lazada boleh masuk dalam list. Kalau korang, korang pilih apa? Sebabnya? Share la ye.

ps:
1. mohon like and share entry ni untuk bantu aku dapat baucer tu k. heee
2. kalau korang nak join, klik ShopCoupons Blogger Contest

You can check out the products at Lazada This post is an entry for the ShopCoupons Blogger contest. Being hosted by ShopCoupons. Lazada vouchers sponsored by Lazada Malaysia.

Wassalaam.

Comments

  1. kenapa tak boleh tekan link shopcoupons :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tekan yg kat bawh sekali.. ps no 2 tu.. ada link

      Delete
  2. kasut hilang tu paling sadis :(

    amal singgah sini ya... moga tuan blog dimurahkan rezekii.. aamiiin :)

    ReplyDelete
  3. As Salam.. bila awak apply Royal Gold Foundation tu memang x perlu pakai loose powder atau compact powder..? terus make up erk? Mohon pencerahan.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD