Tip Mujadafewa- 5 Tip Jual Barang Secara Online Part 1

Tip Mujadafewa- 5 Tip Jual Barang Secara Online Part 1 | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Alhamdulillah. Perancangan untuk berniaga dan cari pitis dalam masa sebulan bercuti berjaya. Tapi macam biasa, kita cari duit, kita guna duit. Biasalah tu kan. Aku kan perempuan. Cari duit untuk kosongkan wishlist dalam notes kat hp aku. Kih3

tip jual barang secara online, tip dropship, tip mujadafewa, tip berniaga online, tip jual barang atas talian
Dalam perniagaan, hanya ada bangkit selepas jatuh. Tiada masa untuk putus asa.


Walaupun baru sebulan aku mula aktif  dropship ni, adalah juga pengalaman yang aku boleh kongsikan dengan korang. Manalah tahu korang baru nak start, boleh jadikan pengalaman aku ni sebagai peringatan dan pengajaran. Yang baik korang hadamkan, yang buruk, korang elakkan. Insya Allah usaha korang akan membuahkan lebih ganjaran. Amiiin.

1. Niatkan Membina Sebuah Perniagaan Untuk Mendapat Keredaan


Niat yang betul adalah paling utama. Niatkan berniaga untuk beribadah kepada Allah. Apa-apa pun yang kita lakukan, mulakan dengan Bismillah. Niatkan kita berniaga sebab Rasulullah dulu berniaga dan kita ingin mengamalkan sunnah Baginda. Insya Allah segalanya akan berjalan lancar.

Untuk lelaki pula, berniagalah untuk mencari nafkah dan rezeki untuk keluarga. Jangan sesekali menipu untuk untung banyak dengan cepat. Ingat, things easy to get are easy to lose. Kalau rajin, dirikan solat Dhuha untuk membuka pintu rezeki. Kalau malas pun, rajin-rajinkanlah.

Jangan jadi macam aku. :'(

2. Buka Pelbagai Jenis Akaun dan Aktifkan Perbankan Internet


Buka pelbagai akaun bank dan aktifkan perbankan internet terutamanya Maybank dan CIMB sebab dua bank ini paling popular dalam kalangan pelanggan aku. Internet banking akan memudahkan kita membuat pemindahan wang secara atas talian dan memeriksa duit keluar masuk. Jangan lupakan bank lain so that senang kalau ada pelanggan rare jenjarang.

Untuk tujuan keselamatan, wujudkan satu akaun tanpa internet banking untuk jadi tempat korang menabung duit. Bila sampai satu jumlah yang korang tetapkan di akaun lain, pindahkan wang ke akaun menabung ini.  Jangan sesekali keluarkan duit daripada akaun ini selagi tidak betul-betul terdesak!

tip jual barang, jual barang, dropship, jual barang secara online, online selling, jual barang atas talian
See? Sebab aku ni 'woman' who is always right, korang kena dengar cakap aku tau :P


Walaupun internet banking ini memudahkan, ia sangat berisiko untuk digodam. Lainlah kalau akaun korang macam akaun aku. Penggodam pun tak de nafsu nak hack. :'(

*Dapatkan Krim Herba Kemboja, Penawar Jerawat dan Parut.

3. Cari Maklumat Tentang Barang Yang Dicari Oleh Orang Ramai


Tetapkan target pelanggan. Korang boleh tetapkan dengan melihat majoriti follower blog atau twitter atau instagram korang, likers fanpage korang dan friends di facebook profile. Mereka inilah yang akan menjadi bakal pelanggan untuk kita yang berniaga online

Contohnya, kalau target pelanggan perempuan, promosikan produk kecantikan, pakaian dan alat solek. Kalau lelaki, produk kesihatan, pakaian dana peralatan gym adalah yang terbaik.

Tetapkan harga yang bersesuaian. Jangan fikir kena tambah semberono RM5 untuk semua benda. Kena selalu consider kos pembuatan, penghantaran, internet, promosi dan lain-lain.  Kita berniaga nak untung. Bukan nak rugi. Macam aku. :3

4. Dapatkan Supplier Yang Terbaik dan Dipercayai


Supplier yang terbaik dan dipercayai tersangat penting. Supplier yang profesional akan menghasilkan produk yang dijamin selamat dengan pengesahan oleh KKM, berdaftar dengan SSM, menjimatkan masa, dan menjadikan perniagaan kita lebih teratur dan tidak menyusahkan.

Kalau boleh, pilihlah supplier yang memberikan perkhidmatan terbaik dengan harga paling rendah. Paling berbaloi. Macam aku. :3

5. Selalu Ada Akses Internet dan Download Aplikasi Percuma Dalam Telefon Pintar


Disebabkan kita berniaga secara online, kita tidak boleh berniaga dengan baik tanpa aplikasi telekomunikasi percuma untuk menghubungkan kita dengan pelanggan seperti Whatsapp, Telegram, Wechat dan Line. Pilihlah aplikasi yang percuma. Elakkan guna panggilan telefon atau sms.

tip jual barang secara online, tip jual barang di internet, tip jual barang atas talian, tip mujadafewa, tip nurmujahidah
Sukanya berniaga. Korang bila lagi? Terbuka luas pintu rezeki. :)


*Dapatkan Syma Beauty Skincare, Produk Kecantikan Semulajadi Paling Popular Masa Kini.

Setakat ni aku bagi 5 tip jual barang online secara online ni dulu. Ada lagi 5 dalam entri berikutnya. Terpaksa asingkan sebab entri ni dah terlalu panjang. Kih3

Wassalaam.

Comments

  1. Tq utk tips...;)

    Jemput singgah

    http://nazirahnyerr.blogspot.com/2015/01/kaki-makan-air-mak-dah-sembuh.html?m=1

    ReplyDelete
  2. Memang best berOnline Shop ! eheh xsabau nak kembangkan lagik

    ReplyDelete
  3. Ramai yang ingin mencari pendapatan tambahan dengan berniaga. Berniaga dengan jujur dan ikhlas.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD