Kurangkan Berat Badan Dengan Teh Je? - Cuppatea 14 Day Teatox

Kurangkan Berat Badan Dengan Teh Je? - Cuppatea 14 Day Teatox | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Alangkah bestnya kalau kita minum teh je, terus rasa nak membuang. Leganya la rasa. Aku dah la suka sangat dengan teh. Tak de la seksa sangat nak telan macam telan ubat pahit. Uhhh! Perit!

You know detox right? Detox ni proses yang badan kita buat untuk buang bahan buangan daripada sistem badan. Bila bahan buangan tu cepat keluar, tak de la toksik dengan bahan buangan tu berkumpul, terus jadi lemak ke hape. Tu yang mudah mengembang badan tu.

Now, kita dah ada Cuppatea ^^ Alahai senanglah hidup lepas ni bila dah jumpa cara senang nak kurangkan berat badan macam ni. Fuuuh, lega. Cuppatea ni ada 2 set. Ada yang 14 day teatox, ada 28 day teatox. Boleh pilih ikut selama mana kita nak detox sistem badan.

Kalau rasa banyak kilo nak kena turun, selalu rasa perut tak selesa, gunalah yang lama sikit. Macam yang aku nak share kat bawah ni, 14 day teatox. Detox dua minggu.

Cuppatea 14 Day Teatox


Cuppatea ni dirumus khas dengan 100% ramuan semulajadi. Jadi, kita tak perlu risau pasal ada bahan kimia berbahaya ke apa. Memang tak de, memang selamat.

cuppatea, 14 day teatox, kurangkan berat badan dengan teh
Cuppatea 14 Day Teatox- Cara Paling Mudah Kurangkan Berat Badan. Guna teh jer...

Bagaimana Cuppatea ni memberi kebaikan kepada kita?


Cuppatea 14 Day Teatox ni boleh bertahan untuk 2 minggu. Dalam masa tu, kita akan dapat lihat kesan yang terang dah nyata. Dalam Cuppatea ni, ada ramuan yang boleh membersihkan dan detoks-kan sistem badan kita.

Apa Yang Kita dalam Dalam  Cuppatea 14 Day Teatox ni?


- 14 uncang teh Morningtime Detox untuk bekalan 2 minggu. 1 uncang setiap pagi. Wah, apa yang lagi bagus daripada teh yang menyegarkan untuk memulakan pagi kita?
- 7 uncang teh Bedtime Cleanse. 1 uncang setiap selang sehari bermula daripada hari pertama
- Beza 14 Day dengan 28 Day tu cuma bilangan uncang teh je. Kita boleh sambung pengambilan lagi kalau nak.

Cara Pengambilan Cuppatea 14 Day Teatox


cara kurangkan berat badan dengan teh, cuppatea 14 day teatox
Ikut je cara Cuppatea 14 Day Teatox ni. Mesti perut lega je. Kalau ada mulut, perut dah say thank you. Hik3

Morning Detox
Bangun pagi, buka 1 uncang, letak dalam air panas dalam 3 minit, biar sejuk sikit, minum. Amalkan selama 2 minggu. Rasa dia macam teh hijau. Sedap je.

Bedtime Detox
Sebelum tidur, korang minum la jugak. Tapi, selang sehari tahu. Bermula hari pertama. Contohnya, kalau korang start hari Ahad, pagi tu minum Morning Detox, malam tu minum Bedtime Detox. Isnin pula, minum Morning Detox je. Selasa tu barulah minum Bedtime Detox lagi. Macam tu jelah sampai habis 2 minggu. Rasa dia macam bunga chamomile. Wangi. Boleh tambah kualiti tidur kita lagi tau.

Kalau korang suka, korang boleh tambah lemon ke, pemanis ke. Terpulang. Tapi, tak de tambahn pun memang dah sedap pun. Lepas dah guna, tutup balik pembungkus Cuppatea tu. Dia dah ada macam tempat zip gitu. Barulah kesegaran dia terjaga sentiasa.

Masa memula proses detox ni, mungkin kita akan rasa tak selesa sebab badan tengah alami perubahan, tapi lelama kita akan biasa. Mungkin rasa mual atau selalu nak pergi tandas. Baguslah kalau gitu. Ada kesan. Boleh buang toksik tu banyak-banyak. Kalau untuk program 2 bulan, kita dinasihatkan untuk berehat dulu 2 minggu, pastu boleh sambung balik. Gituuu.


cuppatea 14 day teatox, kurangkan badan dengan teh
Aku punya Cuppatea. Hehehe

Cuppatea 14 Day Teatox boleh mengurangkan berat badan kita kalau kita memang disiplin dan istiqamah. Tak payah dah amalakan diet tak makan macam yang selalu kita buat tu. Bukan elok sangat berlapar. Lagi, buat badan lemah. Lagi susah badan nak bakar lemak.

Tapi, lagi bagus kalau kita ambil pemakanan seimbang diselitkan dengan rutin senaman yang istiqamah. Lagilah proses kurangkan berat badan tu jadi efektif. Badan pun lagi sihat, lagilah bertenaga. Detox dalaman tambah keluar peluh. Semua yang tak elok keluar. Best3!! :D

Kalau korang berminat, korang boleh lawat semua media social Cuppatea macam kat bawah ni.

Laman Web: Cuppatea
Facebook: Cuppatea
Instagram: @Cuppateauk
Twitter: @Cuppateauk

Tu jelah update aku untuk hari ni. Moga bermanfaat. Wassalaam. 
#jomjadicantikmacamsaiyang 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

Persiapan Untuk Anak-anak Ke Sekolah; Taska dan Tadika