Hati-hati Memilih Bridal Kalau Tak Mahu Jadi Pengantin Sedih Macam Aku

Hati-hati Memilih Bridal Kalau Tak Mahu Jadi Pengantin Sedih Macam Aku | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Lepas baca entri luahan hati seorang blogger ni, aku terpanggil untuk bagi amaran ni kat korang. Yelah, korang yang single insya Allah tak lama lagi akan kahwin jugakan. Lama aku simpan. Biarlah orang nak cakap apa. Jangan tanya bridal mana. Aku just nak mintak korang hati-hati sahaja.

Sebelum aku sambung kenangan pahit persiapan perkahwinan yang sepatutnya jadi the most perfect day of my life ni, aku ingin buat pengakuan yang ada part yang memang salah aku. Aku salah sebab tak fokus, terlalu percaya, terlalu tidak berkira, terlalu mengalah, mulut tak laju, tak cukup berusaha untuk buat majlis yang terbaik. Aku ingat aku dah buat bagus, tapi tak cukup lagi nampaknya.

Aku juga salah sebab tak mendengar nasihat dan tak mintak tolong orang lebih tua. Dah dua orang cakap jangan ambil servis dengan mak andam yang aku ambik ni. Tapi, aku tak percaya. Sebab yakin dengan kepetahan dia berkata-kata. Seriously, lepas ni, kalau ada yang komen negatif, kena ambil port sebab kemungkinan untuk menyesal tinggi kalau buat tak kisah. Nanti end up macam aku.

Janji Manismu Wahai Bridal- Baju Pengantin


Aku buat persiapan untuk kahwin bulan Disember 2014. Selesai beli  barang hantaran dan baju akad nikah, mula cari bridal. Baju akad nikah beli sebab nak simpan. Memula pergi ke Rinsz Suzana. Cantik, tapi jauh dan mahal. Teruskan cari lagi. Sampai ke satu bridal dekat rumah. Lepas tengok baju, tak berkenan. Aku tak kisah sangat sebab murah. Aku ok je kalau terpaksa pilih memana baju kat situ sebab pemilik bridal tu kawan umi aku dan kedai memang dekat dengan rumah.

TAPI!

Dia yang janji akan ada banyak lagi baju lain yang akan masuk dalam kedai dia dalam tempoh 6 bulan. Siap janji akan jahit ikut saiz badan aku dengan suami. Lol!

Perjanjian kami

  1. Baju dua pasang, katanya akan masuk banyak, boleh pilih suka hati, akan jahit untuk ukuran kami.
  2. Khemas dengan scallop dua buah, kerusi 80 biji dengan cover. 40 penutup kerusi percuma. 
  3. Hiasan bilik pengantin.
  4. Hiasan tempat makan beradab.
  5. Pelamin.
  6. Mekap sekali.
Nampak macam lengkapkan? Jangan senang hati dulu. :)


Baju pengantin: baju sanding dengan outdoor photoshoot.


Aku tunggu berbulan-bulan. Pernah jugak call tanya dah sampai ke baju yang katanya banyak nak masuk tu. Katanya, tengah jahit. Aku pelik sebab dia tak mintak pun ukuran aku dengan Nik. Tapi, aku kan tak kisah? Baju Nik pulak tak siap lagi. Aku pergi tengok. Yang dia cakap banyak tu, 2 pasang je rupanya. Bila dah siap pulak aku punya, besar. Pink dengan peach, both colours we both hate. Bila kami nak yang pink sebab pink terang sikit, tak boleh pulak. Orang lain dah book. Mana janji kata nak bagi kat kitorang tu? Lupa dah? Kami dapat baju yang warnanya very light which we both hate, tapi aku tetap membisu.  Tapi, tak tak suarakan pape.

Rungsing sungguh aku fikirkan baju Nik yang ada di Johor. Dia memang cerewet giler. Takut dia tak nak pakai je. Dalam seminggu dua sebelum kahwin, aku ambil inisiatif sendiri hantar baju contoh yang sepatutnya aku letak atas dulang hantaran. Nasib baik baju tu dah siap jahit, Kalau tak pergi hantar sendiri, memang tak pakai baju kot suami aku yang cerewet tuh. Nak beli baju lain, memang tak de bajet sebab baju akad nikah memang kami beli.

Dengan bridal nih, kitorang ambil 2 pasang baju, baju untuk sanding dan baju untuk outdoor photoshoot. Bila sampai ke tangan kitorang, baju kitorang tu dok berlipat dalam paper bag, tak bersangkut. Memang presentation yang hancur. Tapi, aku ok je sebab bukannya nak gosok pun. Memang tak berkedut pun. Baju Nik, pandai-pandai dialah.

Bila nak pakai baju untuk sanding, ada veil je. Tudung tak de! Tak diberitahu. Masya Allah aku terkejut beruk. Betapa lalainya aku. Memang aku jenis percaya. I couldn't help it. Nasib baik Allah dah tetapkan aku terbeli tudung bawal satin metallic yang aku rancang nak pakai masa outdoor photoshoot. Memang Allah nak selamatkan majlis aku semata-mata. Alhamdulillah sangat.

Baju untuk photoshoot? Tak pakai pun sebab baju Nik memang horror. Masa tengok kat kedai dia, yang ada pakaian perempuan je. Aku nak tengok baju lelaki, dia asyik tak bawak. Dia siap cakap, boleh tak jahit sendiri and i was like what??? Mana janji?? Sekali bila bawak, seluar Nik tu dia jahit macam jahit jala. Jahitan yang bila kita tengok, kita tahu dia tak ikhlas. . Berkedut-kedut tanda tak gosok. Kalau jala pun, nelayan jahit better than that kot. Dah la besar gedabak. Aku kecewa.

Pelamin Bukan Design Yang Dipilih


Warna dah betul. Design lain. Nape kena lain daripada dalam gambar yang ditunjuk pulak???

Masa pilih pelamin, aku specifically mentioned yang aku nak pelamin aku ada macam bentuk-bentuk. I mean langsir tu biar ada design, alun alun, you know what I mean kan? Lepas tu, aku juga ada bagitahu, aku nak ada lampu kat belakang kerusi. Masa tu, semua boleh. Aku sukalah dalam hati.

Photographer tak ambil gambar pun dalam bilik pengantin. You know why la kan? Antara dua langsir pun tak dipinnya. Angin sikit, terbukak. Ni lah yang dia kata terbaik untuk aku tuh.

Dia datang pasang pelamin awal daripada jadual. Hari tu pula, aku terpaksa pergi airport untuk ambil adik aku yang baru datang dari Mesir. Memang tak de orang yang perhatikan dorang pasang pelamin. Aku pun cakaplah buatlah macam mana yang cantik. Tapi, dalam fikiran aku, dia kena consider lah all my requests tu. Aku siap ingatkan lagi pasal design langsir tu.

Cer compare dengan hiasan bilik pengantin rumah Nik? Simple yet nice. Tacimnya aku!

Balik dari airport, it was shocking to death. What I got was, langsir stret kejung dan lampu hijau kat belakang kerusi yang photographer suruh tutup sebab sangat hodoh. Memang sadis sekali. Memang orang cakap cantik, tapi ini bukan yang macam aku nak!!! T_T

Look at the curtain. Macam tu pun dah ok. Bukan nak bungan lebat segala. Tak nampak sangat malasnya!
Malam sebelum majlis, Nik datang. Dia suruh aku call bridal, suruh baiki sikit sebab dia memang tak suka. Masa dah lewat. Aku called juga just to ask untuk tukar lampu dengan buat corak kat langsir. Tu je. Aku ada juga pesan kat budak penghantar baju tu. Bukan nak suruh dia buang semua. Tapi, dimarahnya aku. Dia cakap, aku cakap aku serahkan kat dia je dan dia dah buat terbaik untuk aku. Siap cakap aku marah kat penghantar baju tu? Lorr? Aku la pulak salah?

Mekap Sanding Yang Mencacatkan


Mekap pengantin kat tempat korang memang macam ni ke? Kening mesti senget, mata kena besar sebelah? Ek?

Majlis persandingan aku memang menyedihkan sangat-sangatlah. Dengan tudungnya tak de, warna baru pulak senada dengan pelamin which tak menyerlahkan kami sebagai pengantin, dengan tak de pelamin yang macam kitorang nak. Aku ingatkan setakat tu je malang kami.

Esoknya, mak andam datang lewat. Setahu aku, mekap pengantin ni, paling kurang 2 jam. Nik dah nak sampai. Tapi, setengah jam dah siap. Yang aku perasan, mak andam aku ni asyik betulkan bulu mata belah kiri, tapi tak jugak betul, lastly dia biar. Mascara pulak dia tak pakaikan. Aku takut nak bersuara sebab semalamnya dah havoc dengan dia. Aku heran dan tak sedap hati. Aku tengok dalam cermin. Aku tahu ada something wrong tapi aku tak tahu nak explain. So, terpaksa reda jelah.

Bila tengok gambar, baru nampak.


  1. Mata aku dah macam orang cacat! Sebelah besar sebelah sepet! Bulu mata berlapis tak bercantum antara bulu mata asli dengan yang fake. 
  2. Kening yang katanya ok je kalau tak cabut pun dah senget macam Menara Pisa! Aku rasa lagi teruk daripada kening Shin Chan ko tahu tak???
  3. Kulit tak rata. Jerawat tak cover langsung. Semua nampak. Kata pakai mekap mahal, tak cair bawah panas. Tak tahu nak cakaplah sebab aku sendiri hodoh ke hape. -_-

Aku tak kisah kalau cheek bone tak highlight. Muka sphera macam bulan. Kening tak bentuk cantik sangat sebab kening aku memang lebat. Tapi, takkanlah sampai cacat macam ni sekali??? Now you know la kan kenapa aku tak post sangat gambar kahwin kat ig? Urghhhh!!!!!

Yang lagi tak puas hatinya, tudung pun aku kena pakai sendiri. Nasib baik my friends yang datang awal tolong sebab masa tu memang aku tak boleh nak fikir waras dah. Memang risau giler-giler. Aku pulak tak biasa pakai tudung bawal. Aku memang lost!

Bukti kawan-kawan tungkus lumus tolong aku.

Masa majlis pun, tak denye dia nak jaga aku macam mak andam yang aku tengok kat majlis lain. Tak denye nak lap peluh ke, nak touch up ke. Bukanlah aku mintak tapi impian nak jadi macam raja sehari tu ada jugak la dalam hati. Tapi, memang tak jadilah dekat aku.

Aku bersyukur sangat malam akad nikah tu, adik aku yang mekapkan. Dialah jugak yang touch up apa semua. Memang orang yang aku percaya, dari kecil sampai besar. Dan aku tahu dia akan sentiasa buat yang terbaik untuk kakak dia macam aku selalu usaha berikan yang terbaik untuk dia.

Nasib baiklah malam akad nikah tu tak guna khidmat beliau. Guna bedak Silky Girl dengan alat mekap murah yang aku pakai hari-hari je. Aku dah rasa macam princess.

Tak de bulu kening palsu dan terlupa pakai mascara. Still aku rasa macam bidadari.

Mekap majlis hantar menantu pun adik aku yang buat. Korang rasa?

Nah! 


Aku letak gambar mekap sebelah-sebelah. Korang rasa mana mekap yang loser? Pengalaman 20 tahun yang digembar-gemburkan tu ke, pengalaman baru dapat semata-mata untuk kakak tersayang?

Cer letak ranking. Aku nak tahu mekap mana tempat ketiga je.

Gambar ni je terselamat sebab satu mata tu terlindung.

Lain-lain Hal Yang Memerengkan Kepala aku


Few days before majlis, aku dengan abah call, dia tak jawab. Bila sepupu aku call, dia jawab. Sebab dia yang uruskan canopy, abah mintak sebuah meja lebih untuk letak makanan bufet. Dia terus cakap, meja tu orang katering yang kena sediakan. Pelik. 

Biasanya, orang katering akan sediakan semua peralatan kalau memang kanopi dan kerusi kita sewa dengan dia, sedangkan semua tu aku sewa dengan bridal ni. Takkanlah meja sebuah tak leh nak ejas? Takkanlah orang katering nak sewa van semata-mata nak bawak sebuah meja ? 

Pada hari kejadian, lepas kena paksa, boleh lak dia ejas meja sebuah. 40 buah kerusi sahaja yang ada penutup, selebihnya bogel!

Lepas majlis pulak, aku dah hantar semua peralatan yang dipinjam. Tetiba, masa aku duduk kat Johor rumah Nik, dapat panggilan daripada umi. Dia kata ada barang mak andam tak cukup. Kenapa mak andam ni tak call aku sendiri? Aku risau nak mati. Balik je Kelantan, aku cari, memang tak de.

Suatu hari tu, aku duduk di kaunter klinik umi aku. Dia datang beli ubat. Aku bagitahu dia barang semua dah hantar. Tak de dah dengan aku. Eh, tetiba cakap semua barang dah cukup.

AAARRRGGHHHHHHHHH!!!!!!!

Aku tak nak cakap aku reda, takut-takut dalam hati sebenarnya tak reda. Cuma, aku terima kenyataan jelah majlis aku macam tu jadinya. Cuma, aku harap sangat korang yang bakal kahwin tu, hati-hatilah. Moga tak sadis macam aku.

Pengajarannya, tak salah kalau bayar lebih sikit untuk servis yang memuaskan hati. Daripada bayar murah tapi sakit hati sampai mati. Sila jangan malu untuk mintak tolong dengan orang yang lebih tua. Kalau boleh, biar jenis mulut tak berlapis. Yang berani yang bercakap kalau tak puas hati pape. Kahwin ni seumur hidup hanya sekali. Bila jadi macam ni... Mmmm

ps- aku tak tahulah hati aku ni dah maafkan ke tidak. tapi, adik aku yang lagi 6 tu, insya Allah takkan terima nasib macam aku masa dorang kahwin nanti. bridal lain banyak lagi. Wassalaam.

Comments

  1. assalam tersilap pilih bridal ya...kadang cakap2 orang ni kena percaya juga kan...tapi syukur alhamdulillah majlis penting tu selamat sempurna walau ada rasa terkilan di hati.

    ReplyDelete
  2. alolo..kesiannya,,masa majlis adik akak,sama nasib dengan muja,cuma mekap dia cantik..cuma servis je cam sampah..hehe

    ReplyDelete
  3. Sabarla syg. Cntik makeup mlm akad nikah kau beb. Dan pasal mata tu aku pernah nmpk dkt bridal2 yg bnyk terjadi mcm tu. Nak pilih mua memang kena selectif sikit sbb tu mahal. Slunya yg pro make up RM300-RM500

    ReplyDelete
    Replies
    1. kot ye pun murah, takkan la sampai cacatkan muka yang tak cacat mana. buat mekap macam aku gi kelas, aku tak kisah lagi. ni dah macam zombi kot. sedih liz. sedih amat.

      Delete
  4. dun worry muja... akk kawen laaagi simple dimple.. mekap sendiri + makcik2 jer tolong... hihihi...

    ramai yer adik muja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. better mekap sendiri je kak kalau macam ni lah mekap yang bayar. sadis sangat amat rasa.

      Delete
  5. Memang sedih kalau apa yang kita nak tak menjadi. Sabar je la ye dik...nak wat camne...kita ambik hikmah nya je....semoga berbahagia....

    ReplyDelete
  6. tak kira murah atau mahal bila orang bayar sepatutnya bagi apa yang di janjikan.. Kalau tak mampu buat yang terbaik dengan harga murah jangan janji bintang & bulan. Sapa2 pun akan rasa marah

    ReplyDelete
  7. NAK NANGIS BACA..TP 1 JE NAK CKP..PERANCANGAN ALLAH HEBAT AND AKAK DPT PENGALAMAN WEDDING YG MUNGKIN ORG LAIN TAK DPT :) KITA TAKKAN KUAT TP MASIH MAMPU BERTAHAN, TAMBAH HARI KAHWIN KAN :) AKAK CANTIK !

    ReplyDelete
  8. Conclusions is lebih baik pilih bridal yang biasa-biasa aje asalkan semuanya sempurna. Apapun tahniah sis...

    ReplyDelete
  9. alahaii.. sian nye.. dugaan nak masuk alam perkahwinan.. sabar yer dik~

    ReplyDelete
  10. Astaga.. sabar ye muja. Takpa dia buat kita gitu, kena ingat Tuhan sentiasa melihat. Balasan tetap ada.. tak kena dorang, ank cucu masih ada. Mungkin pkara kecik dorang tgk, tp ni effect hari besar and special org tau. Hmmm... it's okay, all is well. Anyway, congrats!! Lama sgt dh tak blogging ni. Last tgk blog nik psl dia dedahkan muja, siap ada edit muka lagi. Haha.. tuptup dh kawen. Wow... God bless ur marriage ya! =]

    ReplyDelete
  11. Patutlah tak banyak gmbr kawin muja...alkisahnya...sabarlah muja...tapi geram ttp geram kan

    ReplyDelete
  12. mcm v juga tuptup tau dh kahwin aritu..hakhak..Tahniah muja..

    ReplyDelete
  13. Takpelah, sabar jelah. jadikan sebagai pengajaran :)

    ReplyDelete
  14. Xpelah muja, benda dh berlalu. Jadikan pengajaran, plg kurang kita dh tau mana yg terjurang mana yg terlebih kn. Dan org yg nk meniaga pun biarlah ikhlas, buat elok2 molek2 org pun suka betoi tak,
    Apa2 pun tahniah, insyaAllah yg terbaik menanti kt depan. Just moving forward ye

    ReplyDelete
  15. Sabarlah...mmg la kita nakkan yg terbaik utk majlis penting dlm hidup kita kan...mcm akan time kawin dlu x hire mak andam, akak mekap sendiri huhuhu...kazen dgn anty tolong touch up je mana2 yg patut sbb akak takut jd mcm ni la...akak pula mmg mak andam freelance hehe...tp utk majlis besar mcm kawin akak x berani lg...untuk function mcm dinner @ tunang akak boleh lg sbb utk tunang biasanya org request nak yg light jer...so boleh la huhuhu

    ReplyDelete
  16. Sabar naa Kak.. Kalu jadi kat saya pun saya rasa nak ngamuk jgj

    ReplyDelete
  17. Sama la sy....owner bridal ok...srvce ok...pelamin owner yg buat...mekap masa nikah pn owner yg mekap tp msa sanding owner pas kat mak andam lain.....org nye bkn main cntik bergaya mcm pramugari...tp....mekap hancus.....dgn kening palsu ce lekat senget smpai mata sy sepet sebelah....kening plk owner dh cukur skit masa nikah...skli dtg mak andam hampeh ni....dia ckur lg....dia kata kena adjust lg ni....dah la sblm mekap xbuh ais pn kt muka ni.....pstu samala...tudung suh pkai sdri....lipstik pn suh pakai sdri..!!!tang husband lagi angin....dia tepek muka hsband smbil engage dlm phone....pstu hbs mata mulut sume dia tepek....aksesori plk xde pn dia bg pkaikan....dia cuma bwk je.....nama dia eva....ingat lg....dia mak andam freelance....

    ReplyDelete
  18. mmg sedih...masa kakak sally dulu pun sama je...hari sebelum boleh plak dorang bergaduh (katerer+pelamin)...nasib baik dia cari vendor baru...alhamdulillah semuanya selesai

    ReplyDelete
  19. Mcm same je pengalaman kite..Kt kelantan ke?Hrp bkn bridal yg sm..Sy mls nk kenang hari kelam kabut tu..Pesan sy juga sm ngn anda.."Xslh byr lbh utk servis yg lbh memuaskan hati"

    ReplyDelete
  20. babe, cntk ag mekap u time nikah..

    ReplyDelete
  21. Sadis kn bila jd cmni... Sama hal dgn saya..tang pelamin tuu.. Tnjuk gmbr lain.. Pasgnye lain.. Baik xyh tnjuk gmbr cmtuu.. Huhu.. Bleh igtkn org jela.. Kite dh lepas.. Yg lain2 tu biasa la kn

    ReplyDelete
  22. Luahan yang amat memeritkan hati pengantin. Sabar je la dik.... Allah menguji mu.

    ReplyDelete
  23. Alahai..sedih nya..kita ni memang kena cerewet sikit la kalau bab2 ni.sebab benda ni sekali je.memang akan ada jenis2 dari diaorang ni yang akan ambik kesempatan sebab diaorang fikir ..ala..habis je majlis ni , lepas dah la semua..Ingat tak dulu blogger yana Azfar tu ..Yang kes majlis kawen sepupu dia ke siapa entah..sekali dia viralkan memang terus minta maaf kat diaorang..Kalau dah ramai yang pesan maknanya memang diaorang jenis sambil lewa gitu la nampak nya..Yang jenis "ye " untuk semua yang kita cakap ni la yang kita kena hati2 sangt..

    Tengok makeup yang adik muja buat tu lagi ok kot..lagi cantik..

    ReplyDelete
  24. Blh sy contact u personally.. sbb sy bakal b2b kelate jugok.. takut terkena dgn bridal gni la...blh bg nasihat personally... tq

    ReplyDelete
  25. Stressnya rasa. Syira pun dpt mekap nikah yg ntah apa2. Bulu mata tercabut pulak tu. Lipstick tak tahan. Nasib la tau mekap sikit. Lps nikah trus touch up sendiri. 😂😂 Mekap sanding syira complain nak mcm ni macam ni. Kena bersuara muja. Biarlah dia nak kta kita kekwat ke apa. Kita bayar okay. Syira jenis tegas. Pesanan utk semua kena strict pasal bridal. Kdg tu dorg ni buat keja sambil lewa ja. Masa pasang pelamin make sure korg ada. Time nak pasang la nk complain apa pun. Pastu bab tudung / kasut kena tanya siap2 ada tak dlm pakej. Certain bridal tak provide menda ni. Sabo jela. Btw adik u mekap lawa.

    ReplyDelete
  26. emmm.. kesiannya muja.. takpelah benda dah lepas jadikan pengajaran ye.. dahlah kita kalau boleh masa majlis kahwin nak semua perfect maklumlah kawin sekali jeeee kan.

    (sorry muja saya tergelak bila tgk gambar dia mekap tu erkk. hehehehe)

    ReplyDelete
  27. Sy terkena dgn bridal mcm ni jgk,bridal mna ye?

    ReplyDelete
  28. Sis,,bridal kt klantan ea..area mana??sbb cara sis terkena mcm nk sama ja dgn saya

    ReplyDelete
  29. Em tkot nye.. tkt kna bridal mcm ni. Area mn bridal tu. Nma ap bridal tu. Tkot plak terkena.... sis tlg ler ckp..

    ReplyDelete
  30. Em tkot nye.. tkt kna bridal mcm ni. Area mn bridal tu. Nma ap bridal tu. Tkot plak terkena.... sis tlg ler ckp..

    ReplyDelete
  31. look so pro adik akk make-up..bole buat part-time pasnie..

    ReplyDelete
  32. Muja!! Xsangka sadisss betul majlis muja. Tp nis blh rasa semua tu sbb nis pun tersalah pilih makeup. Muka jadi hitam dari tangan, nasib baik malam akd nikah makeup sndiri. Lebih okay kot. Mmg huru hara.masa.mjlis sanding dengan makeup xokay, katering lmbt sampai. Lepas tu nasib baik ada member tolong btlkn makeup. Mmg stress giler. Katering paling xpuashti. Bad service :(

    ReplyDelete
  33. Salam, aduhai...sangat kesian dgn awak muja...hmm
    Seriously, adik muja tu yg patutnye buat servis make up, mmg lagi cantik dan lagi professional look tau!
    Bte sy ni B2B, benda2 mcm ni lah yg buat kita trauma..sbb jenis diorg ade yg buat bisnes sambil lewa, tau nak duit je...even murah, patutnya jagala kualiti juga..dah rasa cam nak mekap sendiri je hah..hmm :(

    ReplyDelete
  34. Sy pun kna mcmni gakla,,,smua sy serahkn kt bridal nie,,,smua hancur,,,,makeup utk nikah,,bayangkn mse majlis nk nikah,,pak imam tu tnya kt suami sy,,cbe tengok btoi2,,btoi ke ni istri awk,,,suami sy ckp slow je "mcm hantu" korg rse?? Btapa buruknye solekan dy,,smpy mencacatkn muka,,smpy skrg sy xberpuashati dgn majlis sy,,tp sabar jeala,,bnda da jdik,,xbley nk watpe

    ReplyDelete
  35. comeynyeeeeeee adik punya mekap. jimat pun jimat

    ReplyDelete
  36. Assalam juz nak ingtkan korang... Jika ada masalah ape2 dgn mak andam please jgn gado or tegur b4 majlis iaitu b4 dia make up korang sbb mak andam pun manusia.. If korang tercerewet sikit then byk tegur dia risau dia make up dlm keadaan xikhlas walaupun dia dibayar.. Dia pun manusia kan... Klu nak tegur pape korang mintak tolong adik korang or mak korang.. Bkn ape nie mak andam ak sndrik yg citer... Dia xdmood nak make up cust klu jenis cerewet...

    ReplyDelete
  37. macam tak percaya, tapi boleh bayang perasaan kamu. apapun ....insy ada hikmah disebaliknya...

    ReplyDelete
  38. YA ALLAH .. HMM .. TERKILAN GILER .. TP ALHAMDULILLAH .. SUME DA SELESAI .. COMEL ADIK MEKAP .. KALO SURUH ADIK JE MEKAP JIMAT :)

    ReplyDelete
  39. sy pon pernah terkena!!masa tunang da masa kawin..uwaaa..seriuss korang kena pakai yg famous2 n dpercayai je..jgn main bedal tgok kat fb je tauu!

    ReplyDelete
  40. Sedihnya pengalaman.harap tabah ye. Huhu

    ReplyDelete
  41. Muja makeup sendiri lagi cantik.. Sadisnya tengok mata tu sebelah nampak kecik sebelah besar.. Hurmmm

    ReplyDelete
  42. Huuu nervous juga ni..harap sangat tak ada masalah la bridal sy ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD