Homestay Terbaik dan Murah di Gambang Waterpark- Sinaran Qaseh Homestay

homestay gambang waterpark, homestay taman teman air gambang, sinaran qaseh homestay
Homestay Terbaik di Gambang Waterpark- Sinaran Qaseh Homestay | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Korang dah pernah pergi Taman Tema Air Gambang, Pahang tak? Kawan sekelas aku pernah pergi Gambang Waterpark ni. Bestnya. Kalau ikutkan, Pahang dekat dengan Kelantan. Menyesal aku tak ikut sebab memang popular taman air yang satu ni di Malaysia.

homestay gambang murah, homestay terbaik gambang, homestay murah gambang, sinaran
Harap-harap, tak lama lagi, aku boleh tengok pintu gerbang Bukit Gambang Waterpark ni depan mata.

Tapi, aku terfikir juga. Cukupkah masa kalau pergi tempat menarik macam Gambang Waterpark ni sehari je? Puas hati ke mandi manda dan rehatkan minda? Kalau nak pergi sana beberapa hari, nak tinggal kat mana? Tak kan nak tidur kat surau je. Kata bercutikan? Nak la semua aspek best.

bercuti di gambang waterpark, homestay gambang waterpark, homestay murah gambang, homestay terbaik bercuti di gambang, sinaran qaseh homestay
Lamanya tak main air. Memang kena pergilah Taman Tema Air Gambang. Syoknya!!!

Jadi, kalau aku, aku pilih Sinaran Qaseh Homestay. Homestay terbaik dengan harga penginapan terlajak murah di Gambang, Pahang. Aku pasti, korang akan setuju dengan aku. :D

Homestay Sinaran Qaseh, Homestay Terbaik di Taman Air Gambang, Pahang


sinaran qaseh homestay, homestay sinaran qaseh, homestay murah di gambang waterpark, bercuti di taman tema air gambang, homestay di gambang pahang
Sinaran Qaseh Homestay, homestay pilihan untuk bercuti di Bukit Gambang Resort City.

Sinaran Qaseh Homestay adalah sebuah rumah teres satu tingkat yang terletak di Taman Gambang Damai, Gambang, Pahang. Homestay ini terletak berhadapan sahaja dengan Gambang Waterpark. Jarak antara homestay dengan Gambang Waterpark hanyalah 3 minit. Dekatnya! Kalau ulang alik pun tak sempat nak letih. Kih3

sinaran qaseh homestay, homestay gambang waterpark, bercuti di gambang waterpark, homestay murah gambang, homestay terbaik gambang pahang
Bilik tidur yang selesa. Boleh buat lokasi bulan madu nih. Kih3

Homestay ini berdekatan dengan kedai makan, kedai runcit dan Seven Eleven. So, tak de masalah kalau perut kita bergendang secara tiba-tiba. Lapar je, boleh terus pergi cari makanan. Tak payah bawak makanan dari rumah pun tak pe. Kalau korang bertuah, pasar malam hari Sabtu pun ada. Sape la tak suka makan sedap banyak-banyak masa bercuti kan? Diet? Lupa jela kejap. :P

Kalau bercuti malas basuh baju? Pun boleh kalau korang menginap di Homestay Sinaran Qaseh ni. Kedai dobi dekat. Tapi, jangan lupa bawa pakaian banyak-banyak. Kan tak memasal tak cukup baju pulak. Yelah, asyik basah je main dalam air kan? Kalau jenis jimat duit, tapi malas nak basuh baju, jangan risau. Mesin basuh disediakan. Bestkan? :D

Homestay ini terletak 10 minit sahaja dari tol Gambang. Kalau ada keluarga pelajar UMP, UIA, Kolej Matrikulasi Gambang, dan Kolej Komuniti Paya Besar yang nak melawat anak sambil bercuti pun, boleh menginap kat Sinaran Qaseh Homestay sebab semua dekat. Boleh sangat kalau nak culik anak pergi mandi di Taman Tema Air Gambang tu dua tiga jam.

Homestay dengan UMP hanya 10 minit. Kalau dengan UIA hanya 6 minit. Sama juga dengan Kolej Matrikulasi Gambar dan Kolej Komuniti Paya Besar. Diorang mesti suka sampai tak nak baliklah senang cerita! 

Kemudahan di Sinaran Qaseh Homestay, Gambang Waterpark


sinaran qaseh homestay, homestay sinaran qaseh, homestay murah gambang, homestay taman tema air gambang, homestay terbaik di gambang
Aku suka warna langsir baru dia. Cantikkan?

Bersesuaian dengan konsep homestay, rumah teres ini menyediakan pelbagai kemudahan yang cukup lengkap. Pastinya akan membuatkan percutian anda menjadi sangat bermakna. Seperti bercuti dalam keselesaan di rumah sendiri. Pengalaman yang tidak akan dilupakan adalah bercuti dengan aman selesa. Tak perlu bersusah payah. Itulah yang disediakan di Homestay Sinaran Qaseh.

bercuti di homestay gambang, homestay murah di gambang, homestay terbaik gambang pahang, sinaran qaseh homestay
Dekorasi pun ok. Minimalis. Selesa.

Homestay Sinaran Qaseh terdiri daripada 3 bilik tidur dan 2 bilik air yang sangat selesa. Terdapat pendingin hawa di dua buah bilik iaitu di bilik utama dan bilik kedua. Seterika, penyidai kain dan televisyen lengkap dengan siaran Astro juga disediakan untuk para pengunjung. Untuk memudahkan pengunjung wanita untuk solat, telekung turut disediakan.

*Bercuti, bercuti jugak. Solat yang wajib jangan lupa. Kalau mampu, yang sunat sekali buat. Lagi cool!

Kelengkapan Dapur di Homestay Sinaran Qaseh, Gambang


homestay terbaik gambang pahang, homestay murah gambang pahang, homestay gambang waterpark, bercuti di gambang
Kalau macam ni la dapur, bercuti sambil masak ikan gulai kuning pun boleh.

    1. Peti ais
    2. Mesin basuh
    3. Periuk elektrik
    4. Pembakar roti
    5. Penyidai pakaian


    Kelengkapan Memasak di Sinaran Qaseh Homestay, Gambang

    bbq di gambang pahang, homestay murah gambang, gambang waterpark homestay, homestay terbaik di gambang pahang, bercuti di taman tema air gambang
    Malam-malam boleh buat bbq ramai-ramai. Sedapnya ayam bakar!

    1. Set bbq
    2. Peti ais
    3. Periuk elektrik
    4. Pembakar roti
    5. Teh
    6. Gula


    Testimoni Pengunjung Yang Berpuas Hati dengan Sinaran Qaseh, Homestay


    homestay terbaik gambang, homestay murah gambang pahang, sinaran qaseh homestay, bercuti di gambang pahang

    homestay terbaik gambang pahang, homestay murah gambang, bercuti di gambang pahang

    sinaran qaseh homestay, homestay terbaik gambang kelantan, bercuti di gambang pahang




    Harga Penginapan di Homestay Sinaran Qaseh, Gambang


    sinaran qaseh homestay, homestay terbaik gambar, homestay murah di gambang, bercuti di gambang homestay
    Hah senang! Tak payah bawak selimut lebih. Kih3

    Cuti am/umum/ sek - rm200
    Hari biasa - rm 180

    Check in 2 pm
    Check out 12 pm

    Hubungi Sinaran Qaseh Homestay

    MARIA- 0139003731
    AZIM- 0179234202
    Laman Web Sinaran Qaseh Homestay
    Facebook Fanpage Sinaran Qaseh Homestay

    ps- harap-harap, jadilah aku dengan Nik pergi Gambang tahun ni. wassalaam.

    Comments

    Popular posts from this blog

    Test Market Atas Manusia

    Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

    Persiapan Untuk Anak-anak Ke Sekolah; Taska dan Tadika