Tak Payahlah Pakai Spec Tuu

Tak Payahlah Pakai Spec Tu | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aku tulis entri kali ni just nak mengadu sahaja. Ye, mengadu tentang mata. Known worldwide perhaps, aku ni memang rabun. Dedua belah pun dalam 400 punya power. Nak pakai contact lens, umi tak restu.

Tahap aku nih, baca buku pun kena rapat-rapat. Kalau duduk atas kerusi, buku letak atas meja, belakang stret kejung, memang tak membacalah aku. Kena jugak bongkok, mata kena kasi dekat sungguh kat buku. Masa membaca, tak suka pakai spec.

Even masa solat, aku tak perlu risau pasal corak kat sejadah tu. Masa berdiri or qiam tu pun, memang takkan perasan corak sejadah tu. Kot ada misi Yahudi kat sejadah tu pun, aku takkan perasan pape. Kecuali kalau aku tertengok masa nak sujud. Biasanya, tak,


Kalau orang lain punya zoom kat laptop tu 90%, aku buat 125%. Yup, aku memang suka tengok huruf besar-besar. It helps a lot. Senang nampak and proses dalam otak. Termasuklah font size kat handphone. Suami aku pula ejek. Selalu ubah setting laptop aku. Grrr!!!

Kalau nak keluar, dah mekap cecantik, tudung dah perfect, rasa lawa. Tetiba letak spec, terus tambah umur 25 tahun. Nak buang, tak nampak pulak. Nak pilih barang kat mall pun susah. Tulah yang suami aku dok cakap,'Tak payahlah pakai spec tu'. 

Sebagai isteri mithali, aku ikutkan aja. Mana ada isteri yang tak nak tampak the best for her husband kan? I really hope, one day, aku boleh buat lasik macam adik aku. Dia dulu pakai spek. Sekarang dah tak pakai. Dia cakap tak sempurna pun, tapi it is better la. 

Mahal jugak aku dengar. Boleh sampai 7k hingga 12k. Tapi, manalah tahu ada rezeki aku nak normal balik. Amiin.



Comments

  1. apa maksud tak sempurna tapi better? wahhhh kak muja buatlah review yg lasik adik buat tu. sy pernah terfikir nak buat jugak tp ongkosnya huhuuuh

    ReplyDelete
  2. Muja pakai spec kat luar tudung settle hihi :)

    ReplyDelete
  3. haha,, sbb tu ramai yg letka spec luar tudung... tp kwn2 laki sy mengada perempuan yg pkai camtu,, sibuk je dorang,,haha

    ReplyDelete
  4. kat klinik mata UIAM Kuantan masih lg ok harganya... tak sampai 5000

    ReplyDelete
  5. Masalah kita sama...hukhuk..tudung jadi x perfect bila pakai spek.. p lau x pakai rabun tggi sgt..700++ =_="

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

Persiapan Untuk Anak-anak Ke Sekolah; Taska dan Tadika