Kalaulah Dapat Pilih 10 Barang Daripada Lazada, Ini Yang Aku Pilih!

Kalaulah Dapat Pilih 10 Barang Daripada Lazada, Ini Yang Aku Pilih | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sedar tak sedar, sudah 4 tahun Lazada mewarnai dunia online shopping kita. Kat situlah boleh dapat semua keperluan asasi sebagai manusia from head to toe dengan beberapa klik sahaja. Sangat menyenangkan dan membahagiakan hidup. 

Bagi pula ramai blogger merasai sendiri pengalaman membeli belah secara atas talian. Baik hati sungguh! Jadi, sempena menyambut hari jadi Lazada yang keempat tahun ini, aku nak mengucapkan, 


Terima kasih sebab sudah menjadi tempat shopping tegar untuk suami aku dan kawan-kawan. 
Terima kasih sebab selalu bagi harga yang paling rendah untuk para pelanggan. 
Terima kasih sebab selalu ada offer dan diskaun yang best sangat sepanjang tahun. 
Terima kasih sebab sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik.
Terima kasih untuk setiap baucer untuk blogger shopping.
Terima kasih untuk segalanya Lazada! :D

Untuk blogger sekali alam, sempena dengan ulangtahun keempatnya, Lazada dengan beberapa partnernya yang lain telah mengadakan 

See? Birthday dia, dia yang nak bagi hadiah dekat kita. I am just sooo excited for this! :D

Setelah lama tak join apa-apa kontes, aku joinkan diri juga dalam Lazada 4th Birthday Blogger. Hadiah utama RM500 beb. Sape tak nak? Manalah tahu rezeki aku. Kalau tak dapat cash, cash voucher pun tak de hal. Ok gak. Aku memang tak nak lepaskan peluang untuk berkongsi produk yang memang jadi impian aku. Manalah tahu, dorang berbesar hati nak bagi hadiah. Tak dapat menang pape, dapat produk pun jadilah. Kih3

1. Fat Burner Mega

Yes! This is the top on my wishlist sebab aku memang tengah struggle dengan my body weight. Suami aku selalu galakkan aku untuk cuba Fat Burner Mega. Aku yakin benda ni boleh bantu aku kurus dan slim melim. Nak ni please.. (kelip-kelip mata) 
  • Buatan Malaysia. Jadi, agak yakin dengan cara pembuatan dan status halal
  • Memberikan tenaga untuk aktiviti seharian
  • Penghalang karbohidrat yang efisien.
  • Dapat shaker secara Percuma
2. Rizman Ruzaini Luxe Lace Mix Peplum Kurung
Hello.. Tak lama lagi puasa. Lepas tu raya. Kalau dapat sepasang baju raya gorgeous marvellous daripada Rizman Ruzaini, memang melaram sakanlah iols dan of course, raya kali ni akan jadi raya yang dikenang sepanjang hayat!
  • Rekaan yang sangat cantik. Bentuk menawan, warna yang lembut. Sangat memikat hati.
  • Nampak moden tapi sopan. Tidak keterlaluan.
  • Memberikan ilusi kurus dengan reben pada pinggang.
  • Menghighlight dan menutup semua bahagian pada tempat yang sepatutnya.

3. Ace Fashion Women Couple Hidden Heel Sports Casual Shoes

Aku pergi gym almost everyday to lose weight. Hari tu, kasut sukan aku hilang. Beli baru. Sebab selalu sangat pakai, tapak nak tercabut. Ingat nak pergi jahit, tak pergi juga. Sampai sekarang bertahan dengan kasut tu juga.  Kalau dapat yang ni, tak ke makin semangat aku nak kurus??
  • Gabungan warna kegemaran; merah, putih dan hitam. Satu gabungan yang sangat stylish.
  • Mid heel shoes untuk buat pemakai nampak lebih tinggi tanpa orang lain tahu.
  • Sangat sesuai untuk aktiviti sukan termasuklah untuk berlari. Aku suka jogging.
  • Boleh juga dipakai semasa aktiviti kasual bersama-sama dengan seluar panjang dan tshirt.
4. Totem T15B204-650B Mountain Bicycle

Sebelum dapat kereta dulu, aku pernah minta abah belikan basikal. Bagi aku, berbasikal akan bantu aku kurus dan menjimatkan duit minyak. Walaupun dah ada kereta, hajat aku nak dapat basikal masih ada. Cool kot pergi Pantai Timur Hypermarket naik basikal. Minta tolong tunaikan boleh tak?
  • Rekaan dan warna yang sangan moden dan stylish
  • Sesuai untuk semua aktiviti termasuk sukan lasak
  • Kena dengan cara hidup sihat yang aku ingin amalkan
  • Tahan lama untuk terus digunakan semasa bersenam.
5. Macbook Pro 13inch 2.6Ghz 256GB
Entah bila pula aku idamkan benda ni ye. Oh ye, sejak suami aku cakap, Macbook adalah benda yang paling dia idamkan selama ni. Terus benda ni masuk dalam wishlist! Boleh kongsi dengan beliau. Itu pun kalau ada rezeki. Hehe
  • 1 Year International Manufacturer Warranty
  • 2.6GHz dual-core 
  • Turbo Boost up to 3.1GHz 
  • 8GB 1600MHz memory 
Perempuan manalah yang tak ingin pallete eye shadow + compact powder berpuluh-puluh warna macam ni? Kalau dapat, tak payah dah susah susah bawa beg mekap. Bawa seketul ni pun dah cukup untuk persediaan wajah masa jenjalan. Macam macam pesen boleh buat. Nak satu!
  • Mempunyai 78 warna pembayang mata yang boleh digunakan dengan pelbagai cara
  • Termasuk 4 warna bedak yang sangat sesuai untuk contouring
  • Datang bersama cermin dan packaging kompak dan senang dibawa ke mana-mana
7. Apple iPhone 5s 64GB Silver

Dari dulu lagi kawan sekelas duduk menghasut aku suruh beli iPhone seketul. Aku pula jenis fikir banyak sebelum beli barang memahal macam ni. Alang-alang ada peluang berangan, aku nak gitau, AKU NAK IPHONE SEBIJIK!
  • 4" screen dan iOS 7
  • 8MP camera
  • 64GB internal
  • A7 chip with 64-bit architecture
  • M7 motion coprocessor
  • WiFi + Bluetooth 4.0
Ingat tak dulu aku pernah pergi Pulau Perhentian? Ingat tak betapa sikitnya gambar aku ambil? Sedih terkenang pemandangan dalam laut dengan ikan warna-warni tak boleh nak snap. Padahal, kat situlah trademark Perhentian. Sebab itu, aku kena ada GoPro sendiri. Faham?
  • Capture 12MP Photos at 30 fps
  • Ultra Wide Angle Glass Lens
  • Auto Low Light and Night Photo Modes 
  • 64GB Class 10 Micro SD
Cantiknya kasut. Kata orang, kasut yang betul akan membawa kita ke jalan kebenaran. Oranglah kata. Please, jangan nak kata kasut ni tak cantik. Itu menipu namanya. Alahai. kalau pakai ni, kaki kematu kerak kerak pun jadi seksi.
  • Casual
  • Cute Shoes
  • Slip-On Shoes
Last but not least,


Benda nilah paling lama aku ambil masa untuk pilih! Rambang mata, hidung dan mulut sebab banyak giler beg cantik kat Lazada ni. Itu nak, ini pun nak. Yang seketul, yang set. Hitam, biru, kuning, hijau tahi itik. Murah mahal. Besar kecil. Tua muda. Semua adalah.
  • Formal Fashion design
  • Shoulder Handbag
  • Stylish Ladies
Macam mana? Tinggi tak taste iols? Chop!!!

Bukan itu saja!!!

Sempena ulangtahun ke4 ini juga,  Lazada Birthday Sale yang menawarkan diskaun sehingga 90% telah dilancarkan dan akan berlangsung selama 4 hari iaitu dari 15 hingga 18 March. Hah! Sesape yang selama ni duk melangut tunggu harga barang jatuh sebelum nak shopping, inilah masa yang paling tepat. Jangan lepaskan peluang ni tau. Rugiii

Klik gambar untuk menimati tawaran sempena Lazada Birthday Sale.

2 benda yang paling penting dalam entri kali ni, blogger contest dan birthday sale. Kalau nama kau blogger, sila join blogger contest ni. Kalau nama kau hardcore online shopper, sila shopping sekarang.

This post is an entry for the InvolveAsia x Lazada MY blogger contest. Cash and Lazada voucher sponsored by Lazada Malaysia and shopcoupons.

Oklah, mata dah berat sangat. Setakat ni dululah. Wassalaam.

Comments

  1. kalau saya memang sempat kamera,laptop,handphone..

    lain-lain belakang kira la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. same here.. tu la susah jgk nak pilih 10 item ni.. hahaha

      Delete
  2. I'd prefer that pump! Too cute to wear with modern kurung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan.. adoii.. tapi tingginya tu.. tak mampu nak bawak rasanya.. hahaha

      Delete
  3. Replies
    1. kalau dapat pilih.. memang tulah yg kite nak.. hhuu

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

Persiapan Untuk Anak-anak Ke Sekolah; Taska dan Tadika