Order Gas Memasak Secara Online Guna Grabgas Je Sekarang

Order Gas Memasak Guna Aplikasi Grabgas Je Sekarang | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Nak dijadikan cerita, dalam dua hari lepas tak silap aku, aku dah bangun awal dengan niat murni nak tolong mak mertua aku masak untuk sahur. Tetiba, api dapur semakin malap. Semakin tak nampak. Then, mak mertua aku dah letak telur dalam kuali.. Pufff!!! Api hilang. Hancur harapan nak makan nasi, tambah kicap dengan telur dadar. Sobsss

Untunglah orang Petaling Jaya. Kalau gas habis, boleh order online je daripada www.grabgas.com yang akan datang dengan aplikasi di Google Play Store dan Apple App store tak lama lagi. Klik klik klik, tercongok gas memasak depan mata. Tak delah jadi macam aku dengan mak mertua aku hari tu. Membazir je telur tak masak dalam kuali. Sadis sangat kalau teringat. Huhuuuuuu

Macam Mana Idea Grabgas Ni Timbul?


tempah gas memasak secara online, online delivery gas memasak

Ceritanya macam ni. CEO Sean menghadapi masalah untuk order gas memasak. Satu hari, Sean datang ke pejabat, mengadu kat Jeson. Memula tu, dorang gurau je nak buat deliveri gas memasak macam Uber. 3 minggu kemudian, Sean mula buat research, cari orang join venture, pastu bermulalah era Grabgas sebagai penyelamat di kala kita kehabisan gas memasak di rumah. 

Macam Mana Grabgas Berfungsi?


Grabgas membolehkan orang ramai membeli gas memasak secara online. Penghantaran dilakukan menggunakan teknologi GPS. Pelanggan boleh mencari penghantar yang paling dekat dengan mereka. Kita tak payah dah bazir masa pergi kedai, atau beratur panjang semata-mata untuk membeli gas memasak. Tak perlu dah tunggu lori gas lalu depan rumah macam dulu-dulu. 

Semua maklumat penghantaran gas akan diberikan untuk menjamin keselamatan pelanggan. Ini termasuk nama pemandu, nombot plat kenderaan, nombor telefon dan jumlah sebenar pembayaran tanpa caj tersembunyi. Siap boleh Cash On Delivery lagi. Tak delah kes kena tipu dengan Grabgas ni. Akan datang, pelanggan boleh order melalui SMS, Wechat atau Messenger dengan sistem chatbot. Tak payahla kita guna website, tak payah download aplikasi. Guna cara old school je.

Berapa Harga Penghantaran Setiap Silinder Gas?


Dengan hanya RM28-RM32 termasuk kos penghantaran, kita dah boleh dapat satu silinder gas memasak. Dihantar terus depan rumah. Bergantung kepada tempat dan cas pemandulah juga.

Bagaimana Cara Menempah Silinder Gas Memasak di Grabgas.Com?


Buat masa sekarang, hanya ikuti beberapa langkah mudah di bawah sebab tempahan hanya boleh dilakukan melalui website Grabgas.Com sahaja.

Langkah 1: Lawati www.grabgas.com dan klik Book Now
grabgas.com, order gas memasak secara online

Langkah 2: Pilih jenama, saiz dan kuantiti LPG yang ingin ditempah. Klik Next.
delivery gas memasak, penghantaran gas memasak, order gas memasak online

Langkah 3: Masukkan nama, alamat, masa, dan nota kalau perlu. Klik Next.


Langkah 4: Masukkan nombor telefon untuk menerima kod password melalui SMS
Langkah 5: Lihat ringkasan tempahan
Langkah 6: Masukkan kod dalam sistem dan siap!

Buat masa sekarang, penghantaran Grabgas hanya beroperasi di sekitar Petaling Jaya sahaja tetapi Grabgas sedang berusaha keras untuk memasuki pasaran Asia Tenggara bermula dengan Malaysia. Kalau tak de aral, mereka juga akan membuat penghantaran untuk barang runcit, perkakas rumah, makanan dan lain-lain lagi pada masa akan datang.


GrabGas Technology
B-13A-09, Menara Prima, 
Jln PJU 1/39, Dataran Prima, 
47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. 
Company Reg: 002459462-M 
Email: hello[at]grabgas.com
Tel. No.: 018 286 9481

Wassalaam.

Comments

  1. wah...
    da mcm grabcar dah ...
    tapi tu la kt PJ je ade ...
    belum meluas lagi ..

    kaissi.my

    ReplyDelete
  2. wah bagusnya..macam nad haritu sahur..tup2 habis gas..fuh

    ReplyDelete
  3. Otak orang berbusiness macam ni. Bila je ada idea, sentiasa ada usaha untuk make it happen. Salute this kind of people.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD