Tip Bahagia dan Berjaya Dalam Kehidupan daripada Dr. Hamid Arshat

tip bahagia dalam kehidupan, tip hidup berjaya, motivasi kehidupan, dr hamid arshat

Tip Bahagia dan Berjaya Dalam Kehidupan daripada Dr. Hamid Arshat | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Tahun lepas, kami adik beradik ada kumpul duit 50 hengget sorang untuk belikan smartphone kat umi masa besday beliau. Suka sangatlah dia bila ada seketul. Dia tu doktor, tapi terlalu bersederhana. Semua pun rasa tak penting.

Bila dah ada, barulah seronok sekarang. Dah berhubung balik dengan kengkawan sekolah guna whatsapp. Siap buat reunionlah bagai. Alhamdulillah sangat. Kesian juga kat umi succumbed dengan hidup dia dalam klinik tu je. Sekarang, dah ada social life sikit. She looks happier too. Alhamdulillah.

Nak dijadikan cerita, few days ago, umi ada bagi link tentang tip bahagia dan berjaya dalam kehidupan daripada Dr. Hamid Arshat. Umi cakap menarik. Aku jarang sangat nak baca benda motivasi, tapi sebab umi yang suggest, aku gagahkan juga dan memang tidak menyesal. Aku pun listkan balik kat entri ni tapi bukanlah 100 peratus sama ye.

Ada few things yang aku ubah to make it easier to understand. So, enjoy today's motivational blogpost. Harapnya memberi inspirasi untuk anda semua sama seperti yang aku rasakan sekarang. Insya Allah. :D

tip hidup bahagia, tip berjaya dalam kehidupan, dr hamid arshat

1. Tidur awal

Amalkan tidur awal pada waktu malam. Biasanya pukul 10 malam. Ambil wuduk. Baca doa tidur. Tidur 7 jam setiap hari. Power nap antara 10-15 minit selepas Zohor. Kalau sukar tidur, baca Quran, al Fatihah, ayat Qursi, 3 Qul, zikir, istighfar dan selawat.

2. Bangun awal

Tidur awal untuk bangun awal. Kalau pukul tidur pada pukul 10 malam, bangunlah pada pukul 5 pagi. Baca doa bangun tidur, istighfar, dan selawat. Bersyukur kerana masih hidup sehari lagi untuk beribadah kepada Allah. Solat tahajud dan witir. Berzikir panjang sebelum solat Subuh.

3. Bersarapan seperti raja

Amalkan sarapan pagi yang sempurna dan mengenyangkan untuk tenaga. Makan buah seperti kurma dulu, diikuti 2 biji telur rebus setengah masak dengan kicap manis. Ambil 2 keping roti multigrain dengan keju. Minum air manis satu gelas. Kurangkan makan tengah hari dan makan malam.

4. Suplemen vitamin dan lain-lain

Ambil suplemen seperti vitamin dan anti oksidan. Contohnya obimin, kalsium, dan minyak ikan. Resveraterol dan Q10 baik untuk jantung. Pil NuFocus baik untuk tenaga dan anti stress. Vitamin C sama ada 500mg atau 1000mg.

5. Pilih kerja yang diminati

Pilih kerjaya yang diminati supaya kita sentiasa gembira melakukannya. Ini akan mengelakkan kita memikirkan pekerjaan yang lain. Apabila kita minat dan gembira dengan pekerjaan kita, sumber rezeki menjadi lumayan. Jadikan pekerjaan kita sebagai ibadah untuk bekalan akhirat.

6. Bersenam 30 minit sehari

Pilih senaman yang sesuai dengan diri sendiri asalkan kita boleh menggerakkan tubuh dan menguatkan otot dan sendi. Contohnya, berjalan kaki, mengayuh basikal, bermain golf, berenang, membasuh kereta, menbersihkan rumah, dan berkebun.

7. Senaman paru-paru, mata dan kaki

Untuk paru-paru, amalkan deep breathing exercise. Tarik nafas dalam-dalam untuk mengembangkan paru-paru, tahan sekejap, hembus perlahan-lahan melalui mulut. Ulang untuk meningkatkan oksigen dalam badan sambil mengurangkan tekanan dan menghilangkan rasa mengantuk.

Untuk mata, pandang sejauh mungkin, kemudian dekatkan perlahan-lahan sehingga boleh melihat jari di depan muka ataupun di hidung.

Untuk kaki, gunakan tangga berbanding lift untuk menguatkan jantung dan memperbaiki aliran darah.

8. Catat jurnal atau diari

Catatkan idea, ilham, peristiwa, cita-cita, rancangan, tindakan kewangan, dan lain-lain yang dirasakan perlu di dalam sebuah buku kecil yang senang dibawa ke mana-mana. Rujuk kembali apabila diperlukan untuk membantu kita lebih fokus untuk mencapai cita-cita.

9. Catatkan cita-cita, azam dan sasaran di merata-rata tempat

Tuliskan visi dan misi jangka pendek dan jangka panjang. Bahagikan cita-cita dan sasaran kepada pecahan kecil dan setkan jangka waktu yang diperlukan untuk dicapai. Sasaran kecil mudah dicapai dan memberi lebih keyakinan untuk sasaran yang lebih besar. Yang paling penting, sasaran kita untuk ke syurga Firdaus di akhirat yang kekal.

10. Amalkan membaca dan terus membaca

Sentiasa mengamalkan membaca alQuran sebagai kitab utama dan fahami maknanya untuk lebih keberkatan dan dipermudahkan urusan dunia. Tuntut ilmu sehingga ke akhir hayat terutamanya dalam bidang kerjaya dan hobi yang kita ceburi.

11. Uruskan masa dengan bijak

Kerja selama 5 hari seminggu, 8 sehari. 40 jam seminggu adalah mencukupi. Bersedia untuk kerja overtime jika baru mula berniaga dan berlatih dalam kerjaya masing-masing. Berikan badan dan minda hak untuk berehat dan jangan jadi hamba kerja. Jangan merungut tidak cukup masa. Jangan bazirkan masa menonton terlalu banyak rancangan tv dan bermain video games.

12. Minum air dengan banyak

Lelaki memerlukan 3 liter air. Wanita memerlukan 2.2 liter air. Air diperlukan untuk kesihatan organ-organ penting dalam badan seperti otak, buah pinggang dan jantung. Dehidrasi boleh menjejaskan fungsi organ tersebut. Minumlah air masak, air mineral, air zamzam, air kelapa muda, air jambu, air limau nipis atau kasturi, air halia, atau cuka epal dengan madu.

13. Berusaha, bertindak, bekerja

Jadilah orang yang 'action-oriented' yang suka dan gembira semasa bekerja untuk menghasilkan sesuatu. Apabila satu cita-cita dan sasaran telah dikenal pasti, ambil tindakan segera. Jangan tangguh. Bertangguh adalah pencuri masa. Jangan asyik merungut dan mengkritik sahaja.

14. Bersangka baik kepada Allah dan insan lain

tip hidup bahagia, tip berjaya dalam hidup, motivasi dr hamid arshat

Jangan buruk sangka terhadap kawan-kawan sepejabat, pekerja, dan jiran-jiran kita. Fikirkan mereka berniat baik. Fikir positif.

15. Bersyukur kepada Allah dan insan lain

Sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan. Nikmat kesihatan, pancaindera normal, rezeki, iman dan kebahagiaan hidup. Tunaikan hak dan perintah Allah.

16. Cakap lunak dan sedap didengar

Bercakap berbentuk pujian dan sanjungan dengan ikhlas kepada mereka yang berhak. Ia akan menjadi penyejuk dan penawar hati. Niatkannya sebagai sedekah. Jauhkan cakap-cakap negatif yang boleh mematikan inisiatif orang. Berikan sesuatu yang positif untuk memberi galakan.

17. Senyum dan berikan salam

Senyum dan ketawa untuk elakkan kita terlalu serius supaya mengurangkan tekanan mental. Ia merupakan sedekah dan membuka pintu perkenalan dengan orang yang mulanya tidak dikenali.

18. Istighfar, taubat dan bermaafan

Mohon ampun dengan Allah setiap masa dengan beristighfar berulang kali. Mohon maaf apabila melakukan kesalahan terhadap orang lain. Rendahkan diri supaya kita tidak membenci orang lain. Maafkan orang lain kerana ganjaran pahala Allah menanti orang yang memaafkan.

19. Terima teguran dan pendapat orang lain.

Jangan cuba menang dalam semua perbincangan. Pertimbangkan pendapat orang lain supaya kita lebih dihormati walaupun kita tidak sepenuhnya bersetuju. Jangan sia-siakan masa bercakap tentang politik.

20. Jangan bersedih dengan umpatan, cacian dan gosip

Lebih baik kita memohon perlindungan daripada Allah daripada cuba memberikan penjelasan.

21. Kawal kemarahan

Jangan balas kemarahan dengan tindakan buruk. Ucaplah auuzubillah, istighfar dan ambil wudhuk. Sabar dan bertenang.

22. Bertenang ketika memandu kenderaan di jalan raya.

Jangan bertindak balas kepada provokasi daripada pembuli jalan raya atas kelakuan buruk mereka. Jangan bunyikan hon. Sabar dan bertenang. Sentiasa berzikir dan berselawat.

23. Biarkan apa orang fikir tentang diri kita

Yang penting adalah pandangan Allah terhadap kita. Jika orang berfikiran baik tentang kita, ucapkan 'alhamdulillah'. Jika orang buruk, jangan risau dan sedih.

24. Muhasabah diri

Tanya diri sendiri, apa baiknya dan kelemahannya. Jangan bandingkan diri dengan orang lain khususnya yang lebih kaya, lebih tinggi pangkat dan lebih mewah. Tengok ke bawah pada orang-orang yang miskin dan daif. Kita lihat orang lain pada zahirnya sahaja, bukan pada ciri-ciri dan dalamannya yang lain.

25. Kegagalan tangga kepada kejayaan

Kegagalan, kerugian niaga dan musibah adalah cubaan hidup. Bersabar, tabah dan tersu berusaha. Jangan berputus asa memohon pertolongan Allah.

26. Masa beredar, persekitaran berubah, nasib kita juga akan berubah

Segala-galanya akan berubah, masalah-masalah akan selesai, yang buruk akan menjadi baik dan kegagalan akan bertukar menjadi kejayaan. Sabar dan solatlah memohon pertolongan Allah. Jangan sesekali berhenti berusaha dan bertawakkal.

27. Jadilah seorang pemberi dan pemurah

Jadikanlah memberi sedekah, memberi makanan, memberi hadiah, memberi senyuman, memberi galakan, dan sebagainya sebagai amalan, mengikut kemampuan dan keadaan.

28. Jangan mengharapkan balasan

Sentiasa ikhlas tanpa rasa bangga atau riak apabila menolong orang dengan wang, barangan, atau tenaga. Niatkan segalanya kerana Allah. Yakinlah yang Allah akan membalas dengan cara lain dan ganjaran yang lebih besar.

29. Mengetahui had diri

Kita hanya manusia yang ada had kemampuan. Jangan terlalu ghairah untuk menempuh risiko. Sebelum menceburi sesuatu bidang, buat analisa dan penilaian. Dapatkan nasihat terlebih dahulu. Mampukah kita dari segi ilmu, kemahiran, tenaga dan kewangan. Ingat dan waspada.

30. Bergaul mesra dengan semua lapisan masyarakat

Jadilah seorang yang peramah, mudah bergaul dan menyesuaikan diri. Ambil inisiatif untuk memulakan perbualan. Mulakan dengan senyuman dan berikan salam. Apabila berjabat tangan, genggam dengan kuat sambil senyum untuk menandakan kita ikhlas dan mesra.

31. Menepati janji

Apabila berjanji dengan sesiapa pun untuk sesuatu urusan sama ada hal-hal pekerjaan, kewangan, perayaan, pertemuan dan lain-lain mestilah ditepati. Apabila berjanji untuk bertemu, datanglah lebih awal dari waktu yang ditetapkan.

32. Bijak mengurus kewangan

Buat simpanan sedikit daripada pendapatan bulanan dalam tabungan yang dikunci seperti tabung haji dan ASB. Jangan sesekali percaya kepada skim cepat kaya. Berbelanjalah mengikut keperluan, bukan kemahuan. Bersederhana, jangan terlalu bermewah dengan barang-barang branded. Waspada apabila menggunakan kad kredit. Berhutang hanya apabila membeli hartanah kerana ada peningkatan nilai. Jangan berhutang untuk barang susut nilai. Selesaikan semua hutang sebelum mencecah 60 tahun. Waspada dengan orang yang hendak berhutang dengan kita. Biasanya, hutang tidak akan atau sukar dibayar. Berilah sedikit sebagai hadiah.

33. Dapatkan restu dan doa ibu bapa

tip hidup bahagia, tip berjaya dalam hidup, motivasi hamid arshat
Love you two so much, abah and umi.

Restu dan doa ibu bapa sangat penting dalam segara urusan selain daripada solat istikharah dan panduan daripada Allah. Hubungi dan ziarahilah mereka selama mereka masih hidup.

Rumusan

Untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan hidup, kita perlu bertakwa dan kuat iman.
Kita perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat tanpa tekanan.
Kita perlu berilmu dan berkemahiran tinggi.
Kita perlu berdisiplin dan bijak dalam menguruskan kehidupan.
Kita perlu berakhlak mulia dan menguatkan silaturrahim. 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

Persiapan Untuk Anak-anak Ke Sekolah; Taska dan Tadika