Hari Sukan Negara di IPGKKB

Hari Sukan Negara di IPGKKB | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Agak-agak korang, dah berapa kurun aku tak menghapdate pasal campus life aku kat IPGKKB? Dah gitau ke pasal tak de air untuk ke berapa bulan entah? Ok ok. Save that for later. Kali ni, I just wanna focus on Hari Sukan Negara, yang berlangsung pada hari Sabtu, 8 Oktober 2016.

Penganjuran Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kelantan di IPG Kampus Kota Bharu


Jadi ceritnya macam ni. Hari Sukan Negara peringkat negeri Kelantan telah diadakan di padang IPGKKB kesayangan aku yang alhamdulillah, tak terpilih untuk bertukar menjadi Politeknik tahun depan. Pada masa yang sama, Piala Pengarah 2016 pun diadakan di IPGKKB. Jadi, sukan tahunan IPG dengan sukan negara digabungkan terus. Jimat bajet. Hari Khamis lagi, padang sudah mula penuh dengan bebudak junior yang sibuk dengan persiapan kedua-dua hari besar ini.

hari sukan negara, piala pengarah ipg
Yang baju putih tu suruh promote gambar dia. Pm for details.

Banyak lagi tempat lain yang mengadakan sambutan Hari Sukan Negara ni termasuklah di SMS Machang dan Politeknik Kota Bharu. Bertuah betul rasanya dapat jadi tuan rumah baru acara yang sangat-sangat berfaedah macam ni. Semua berpakat nak sambut. Bangga juga aku jadi salah seorang peserta, biarpun aku tak menyumbang sangat. 

Siapa yang dahaga boleh beli air kat mak cik ni. Dia baik tau.

Dengar cerita, besar juga peruntukan yang IPG dapat untuk penganjuran Hari Sukan Negara tahun ni dengan harapan dapat menggalakkan rakyat Malaysia yang makin hari makin ramai yang obes ni bersenam. Alhamdulillah. Sambutan daripada semua pihak memang menggalakkan. Semua peserta pun sporting je. Terutamanya masa aktiviti Colour Run. Sampai je dekat penamat, terus kena lempat dengan tepung berwarna. Jangan risau. Aku dah basuh dah. Memang tanggal je semua. Sayang sangat kalau rakyat Malaysia bazirkan Hari Sukan Negara dengan berdengkur di rumah.

Banyak juga aktiviti yang dijalankan sempena Hari Sukan Negara di IPGKKB termasuklah Colour Run, Fun Walk, berbasikal, panjat tali, senamrobik, zumba and many more. Bergabung pula dengan sukan sempena Sukan Piala Pengarah termasuklah bola tampar, bola sepak dan badminton. Memang havoclah Hari Sukan Negara di IPGKKB. Di seluruh Kelantan, lebih kurang 400k rakyat yang join di seluruh negeri. Tak kira usia, jantina, semua pakat-pakat beri sokongan. Bagilah Gomo Kelate Gomo!

hari sukan negara, sukan piala pengarah ipg
Dengan tak malunya aku gi dekat dengan pentas semata-mata nak amik gambar Tok Pa kesayangan orang Kelantan ni.

Pandangan Mengenai Penganjuran Hari Sukan Negara


Aku setuju sangat dengan penganjuran Hari Sukan Negara daripada bukan konsert tah pape. Hari inilah aku berkesempatan untuk tengok betapa ramainya rakyat Malaysia yang berminat untuk bersukan. Mungkin selama ni dorang tak de peluang sebab bersukan masih lagi tidak boleh dikatakan sebagai budaya kita. Tak macam di negara lain yang lebih dahulu menekankan kepentingan bersukan. Kepentingan bersukan memang masih kurang diterapkan dalam masyarakat kita terutama Melayu. Kalau tengok perempuan berjogging ke hape, mulalah kata macam-macam. Itu yang spoil tu.

hari sukan negara, sukan piala pengarah
Me and my Music lecturer. Beliau datang nak zumba.

Alhamdulillah. Dorang tak kena obesiti lagi. Semoga sihat sepanjang hayat.

Kekangan Untuk Bersukan Dalam Kalangan Wanita


Pada pandangan aku, orang kita bukanlah malas sangat nak bersukan. Cumanya, tempat untuk bersukan dan bersenam yang kurang. Kalau ada pun, jantina pula jadi penghalang. Masyarakat kita akan ada norma tertentu. Contohnya, kat kampung aku. Padang yang ada cuma digunakan untuk lelaki main bola. Aku tak boleh nak bayangkan kalau ada kaum hawa ni bersenam kat sana. Tah tah, dikatakan gila. Tak pun, tak tahu malu.

Padang permainan pun banyak kat kawasan bandar je. Kat tempat aku, ada taman juga. Paling dekat, 20 minit naik kereta. Kat sana adalah kaum wanita berjogging. Malaskan semata mata nak gi sana? Mungkin juga, ini semua alasan je. Hendak seribu daya. Wallahualam. Ni pandangan aku jela.

Bebudak IPG pun bukak booth hari tu.

Harap-harap, dengan adanya Hari Sukan macam ni, dapatlah sedikit sebanyak mengubah persepsi masyarakat tentang sukan. Insya Allah. One day, kita akan mampu menjadi negara yang membudayakan sukan. Macam di Jepun. Jelez juga tengok orang Jepun yang boleh hidup sampai 100 tahun kerana mengamalkan gaya hidup sihat. Mereka pentingkan pemakanan sihat dan senaman. Bukan dalam satu masa je. Mereka jadikan gaya hidup sihat sebagai habit, sebagai amalan. Kita pun nak macam tu jugak. Ye dak?

Tahniah volleyballers IPG walaupun tak menang. Semangat itu yang penting.

bola tampar, volleyball, hari sukan negara, piala pengarah

Alahai. Nilah volleyballes perempuan IPG. Dorang cantik dan putih time bukan musim. Hahaha

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran Hari Sukan Negara dan Piala Pengarah tahun ni. Tak kiralah yang nampak dan yang tak nampak. You have done a very good job! Insya Allah, tahun depan aku akan sambut sebagai seorang guru pulak. Tak sabar nak hambat semua budak kelas aku join Hari Sukan Negara. Hehehe

Wassalaam.

Comments

  1. Eh. Rasanya masa awal-awal saya baca blog ni, masa tu saya masih belajar kat IPGKKB. Sekarang dah 4 tahun berlalu, Nurmujahidah masih ada kat situ ya. Graduate bila ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru habis khamis lepas.. total 5 thun setengah kat sini.. kalah sekolah menengah ngn sekolah rendah.. hahaha..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD