Tip Percutian dan Tempahan Hotel Bajet di Cameron Highlands

Tip Percutian dan Tempahan Hotel Bujet di Cameron Highlands | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Tahun ini memang tahun berjalan-jalan aku dengan kawan sekelas. Yelah, tahun akhir katakan. Kena gunakan sepenuhnya untuk memaksimumkan masa bersama-sama. Lepas ni, tak tahu dah bila lagi sempat berjumpa. Antara negeri yang kami jelajahi adalah Pahang. Kecantikan pantai, air terjun yang memukau serta gunung dan kawasan tanah tinggi yang menghijau menjadikan negeri Pahang sebuah negeri yang kaya dengan khazanah bernilai bagi negara kita.

Cameron Highlands adalah destinasi persinggahan kami di Pahang. Cameron Highlands ni memang terkenal sebagai destinasi pelancongan di Malaysia. Dari kecil lagi, aku berhajat benar nak jejak kaki di Cameron Highlands. Tahun ni baru tercapai hajat aku. Jadi, aku nak berkongsi tip percutian dan tempahan hotel bajet di Cameron Highlands dengan korang. Bercuti, bercuti jugak. Kewangan yang bijak jangan dilupa. Bercuti sambil berjimat cermat barulah bijak! :D

cameron highlands, ladang teh, sungai palas

Tanah Tinggi Cameron atau lebih dikenali sebagai Cameron Highlands adalah antara kawasan pelancongan utama di Pahang. Bilangan pelancong yang semakin bertambah saban hari menyebabkan kawasan tanah tinggi ini membangun dengan pesat pada hari ini. Walaubagaimanapun, Cameron Highlands tetap dijaga rapi untuk mengekalkan kekayaan sumber alam semulajadinya. 

Tempat Penginapan Bajet


Biasanya, tempat penginapan merupakan perkara pertama yang kita selalu risaukan masa nak travel. Nak bercuti tempat selesa, takut mahal. Bila sebut bilik bajet pula, selalunya kita akan terbayang tempat penginapan yang tak selesa, kotor, terletak jauh dari tempat tarikan pelancong dan tiada kemudahan asas. Fret not. Kini, terdapat berbagai jenis hotel di Cameron Highland yang menawarkan bilik dengan harga yang cukup berpatutan tetapi masih dilengkapi dengan kemudahan yang sempurna dan bersih.

cameron highlands, ladang teh sungai palas, pahang

Bagi yang selalu mengalami masalah memilih tempat menginap, korang boleh lawat https://www.traveloka.com/en-my/ untuk search and book bilik yang korang suka. Tak macam hotel and flight searching site yang lain, Traveloka menawarkan pelbagai promosi termasuk promosi pada hujung minggu. Tiada sebarang caj tersembunyi dikenakan. Jadi, kita hanya perlu bayar apa yang kita dapat. Untuk mengetahui beberapa tips percutian yang bermanfaat, teruskan membaca ;)

Ada juga tempat penginapan bajet yang turut menawarkan sarapan pagi percuma! Best kan? Bagi korang yang nak tempat bermalam yang lebih selesa tapi masih lagi dalam bajet yang kecil, korang boleh cuba usha homestay yang terdapat di sana. Sebab kat homestay biasanya ada tempat untuk masak. Jadi, korang dah boleh save bajet untuk makanan. 


Cameron Highlands sememangnya merupakan sebuah destinasi percutian wajib singgah bagi mereka yang gemar melancong kerana di Cameron Highlands, terdapat banyak tempat menarik. Bagi korang yang sukakan aktiviti mencabar, korang boleh cuba mendaki Gunung Irau. Mesti korang akan terpesona dengan kecantikan flora dan fauna di sana. 

Selain tu, korang juga akan melalui Mossy Forest, sebuah kawasan hutan berlumut yang hanya terdapat di beberapa kawasan pergunungan di negara ini. Suhu yang dingin membuatkan kawasan tanah tinggi ini menjadi tempat yang sesuai untuk pelbagai jenis tanaman makanan dan hiasan.

Bagi korang yang sukakan buah-buahan dan pokok bunga, korang boleh luangkan masa untuk melawat ke Big Read Strawberry Farm dan Ladang Lavender. Selain berpeluang memetik buah, korang juga boleh bergambar berlatar belakangkan landskap bunga-bungaan yang berwarna-warni!

Tak sah ke sini kalau tak melawat ke Ladang Teh Boh di Sungai Palas. Walaupun perjalanan ke ladang ni agak sempit dan berbahaya, masih ramai pelancong melawat ke sini. Selain panorama hamparan pokok teh yang menghijau, pengunjung juga berpeluang menghirup teh panas dan menikmati scone yang lazat di samping bergambar di lereng-lereng kebun teh.

cameron highlands, bercuti di cameron highlands, pahang

Bagi yang nak borong sayur-sayuran, buah-buahan serta makanan, korang boleh singgah ke Pasar Kea Farm. Pelbagai jenis produk hasil tani dijual pada harga yang sangat murah berbanding di bandar. Bagi yang nak cari cenderahati pula, terdapat beraneka jenis barang-barang yang sesuai untuk dijadikan kenang-kenangan yang boleh didapati di sini. Antaranya seperti fridge magnet, printed t-shirt, keychain dan lain-lain lagi. 

Bunga-bunga kat Cameron Highlands segar betul. Rasa nak je borong semua. :D

Pasal makan, korang takyah risau. Kat sekitar tempat tarikan pelancong dan hotel di Cameron Highlands, terdapat banyak gerai dan restoran yang menyajikan pelbagai jenis makanan seperti menu vegetarian, masakan Thai dan makanan Melayu. Malah, kedai mamak pun banyak. Kalau nak jimat lagi, korang boleh beli barang mentah kat pasar dan masak sendiri kat homestay! Bukan saja save, malah bersih dan yakin. Hahah. Jadi, jangan buang masa lagi. Cepat rancang percutian korang.

Setakat ini sajalah perkongsian aku untuk kali ini. Insya Allah, kalau aku share lagi. Korang macam mana pulak? Tempat menarik mana korang dah jejak? Share la. Mana tahu aku boleh pergi one day. Hehehe

Wassalaam.

Comments

  1. Mujaa makin cantik...tu je nak komen :v

    ReplyDelete
  2. Rasa macam nak pergi sana lagi bila tengok gambar ni.

    ReplyDelete
  3. lama akak tak gi Cameron Highlands ni...dekat 3 tahun ada kot...huhuhu...teringin nak pergi laaa

    ReplyDelete
  4. Thanks for the tips! Lama sungguh tak pergi Cameron Highlands ni, more than 6 years rasanya...

    ieyra h. | latest blog post: Yubiso Haul

    ReplyDelete
  5. Saya x jumpa lagi tempat makan yg best kat cameron. Malas nak masak klo bercuti kat cameron. Any recommendation restoran best kat sane?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

Persiapan Untuk Anak-anak Ke Sekolah; Taska dan Tadika