5 Sebab Kenapa Perlu Hadir Ke Malaysia Wedding Festival (MEFA) Disember Ini

5 Sebab Kenapa Perlu Hadir Ke Malaysia Wedding Festival (MEFA) Disember Ini | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Untunglah pengantin yang akan berkahwin selepas bulan Disember 2016 sebab semua berpeluang untuk menghadiri Malaysia Wedding Festival pada 23-25 Disember 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC). Sebelum aku kahwin dulu, tak dapat peluang macam ini. Semua keputusan dan pilihan, main taram. Tup tup, tak puas hati sana sini.

Sebagai seorang yang pernah menjadi pengantin kecewa tahun lepas, aku sangat sangat sangat galakkan semua bakal pengantin untuk pergi dan tengok apa yang ada di Malaysia Wedding Festival ini. Insya Allah, tak menyesal sebab banyak kelebihan yang boleh didapati dengan mengunjungi tapak MEFA tahun ini.

Malaysia Wedding Festival, MEFA

1. Berpeluang Untuk Memilih daripada 100 Vendor Perkahwinan


Malaysia Wedding Festival 2016, MEFA 2016

Apabila kita ingin melakukan perkara yang besar dan penting dalam seperti majlis perkahwinan, kita mesti teringin untuk membuat pilihan yang terbaik. Orang kata, kerja nikah kahwin sekali seumur hidup. Jadi, pastinya kita mahukan pelbagai pilihan supaya tidak berasa terhad dengan pilihan yang ada. Tapi, pada masa yang sama, kita tidak punya masa untuk terjah bridal boutique satu persatu. Di MEFA, anda boleh memilih daripada 100 vendor perkahwinan pada tempat dan masa yang sama.

2. Mendapatkan Pakej Perkahwinan Menarik dan Terbaik


Malaysia Wedding Festival 2016, MEFA 2016

Di MEFA, anda boleh membandingkan pakej perkahwinan daripada 100 perancang perkahwinan dari seluruh Malaysia. Banyak tu! Seharian pun tak habis. Insya Allah boleh pilih yang terbaik. Antara aspek yang boleh dibandingkan adalah harga pakej, apa disediakan dalam setiap pakej, tempat vendor beroperasi, dan tarikh yang ada. Antara perkara lain yang perlu juga ditekankan adalah andaman atau mekap, jurufoto,  juruvideo, katering, pelamin, baju kahwin, dan dulang hantaran.

3. Pelbagai Hadiah Menarik




Pengunjung MEFA juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik termasuklah bulan madu, gadjet dan tajaan perkahwinan. Kalau menang, memang jimat bajet kahwin. Bagi aku, aku akan berdoa banyak-banyk untuk dapat tajaan bulan madu. Dah la baru lepas majlis perkahwinan, nak kena habis duit untuk bulan madu pula. Kos berbulan madu bukan murah. Kalau tak dapat bulan madu,t tajaan perkahwinan pun ok juga. Eh aku nih, macam aku pula nak kahwin. :P

4. Pelbagai Aktiviti Menarik




Para pengunjung juga akan mendapat manfaat dengan mengunjungi MEFA sebab pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk semua orang yang datang. Jadi, para pengunjung tidak akan berasa bosan dengan adanya acara seperti perarakan pengantin, pertunjukan fesyen, pertandingan mekap dan macam-macam lagi. Jadi, sambil datang tengok pakej perkahwinan, sekali-sekala, para pengunjung boleh  menyertai pelbagai aktiviti berfaedah daripada duduk saja-saja di rumah.

5. Mengelakkan Penyesalan di Kemudian Hari Macam Aku



Akhir sekali, aku harap sangat bakal pengantin akan beramai-ramai menjengah ke Malaysia Wedding Festival  (MEFA) supaya mereka berpeluang merasai pengalaman paling indah semasa majlis perkahwinan masing-masing. Semoga tiada lagi pengantin yang akan sedih dan menyesal macam aku tahun lepas. Yup, majlis aku sangat kelam kabut. Walaupun orang lain kata okay je, hanya aku yang tahu ada yang tak okay. Kalau ada yang nak tahu apa yang berlaku, boleh baca DI SINI.

Jadi, apabila tiba masanya, jangan lengah-lengah. Jangan tunggu-tunggu. Kunjungilah Malaysia Wedding Festival 2016 untuk majlis perkahwinan yang anda impikan. Pesanan aku yang terakhir, rancanglah majlis perkahwinan anda mengikut kemampuan masing-masing, ikut bajet masing-masing. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri. 

Senarai Penaja Malaysia Wedding Festival 2016 (MEFA)

  • Wedding.com.my (Rakan Media)
  • Majalah Pengantin (Majalah Rasmi)
  • Bercinta Selepas Nikah (Kerjasama)
  • Wedding Ministry Kuala Lumpur (Pentas Utama)
  • Ainuddin Hata (Fotografi Rasmi)
  • Foto Santai (Photobooth Rasmi)
  • Honey Vacation
  • Mega Bridal Creations
  • Botol Kacang Easy
  • Yann Rifft
  • Laman Kayangan
  • Sweet Pictures
  • EDM Events & Photography
  • De Gemilang Catering
  • KAY Gifts
  • Shahmie Catering & Event
  • Kashfi Zulkufli
  • KRULMATRIC Photography & Videography
  • Wens
  • Nana Bridal Boutique & Beauty
  • Coffee Corner Faizal Azzuri
  • Maldives4u
  • Istana Putih By Gee Cantik
  • Elenore Studio
  • Tepak Estate Venues & Events


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk info di bawah.


Website: www.mefa.my
InstagramMefa Pengantin
Pertanyaan: +6012 – 387 1775

#malaysiaweddingfestival #MEFA2016 #pameranpengantin #MEFAdis2016

Setakat ini dulu tulisan aku hari ini. Wassalaam.

Comments

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD