Kota Bharu Street Art- Sesi Fotografi dengan Zenith Freelance Photo and Videographer

Kota Bharu Street Art- Sesi Fotografi dengan Zenith Freelance Photo and Videographer | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Untuk yang sudah membaca entri tip pembentangan mesti sudah tahu yang aku telah berjaya menamatkan semester terakhir aku di IPGKKB bulan November lepas. Sekarang, sementara menunggu keputusan exam, panggilan temu duga dan posting ke sekolah, bolehlah aku fokus kepada blogging sekejap. Yeaayyy! :D

Kota Bharu Street Art


Sepanjang menghabiskan masa-masa terakhir di IPG dengan kawan-kawan aku pun, aku tak pernah lupa pasal blog aku ni tau. Cuma, tak sempat dan malas nak update. Nak update satu blogpost bukan senang. Seharian juga. Dengan study lagi. Apa-apa pun, mana sahaja aku pergi, aku selalu ambil gambar di banyak tempat menarik sebagai material blog. Lepas ni, banyak benda menarik akan diupdate termasuklah tempat makan dan tempat ambil gambar menarik di Kelantan. Jadi, buat yang bercadang untuk bercuti dan berjalan-jalan di Kelantan, sila keep updated. Tak menyesal tahu. 

Kota Bharu Street Art



Kota Bharu Street Art

Sebagai permulaan, aku nak share dengan korang semua sesi fotografi aku dengan Amirah, Azizi aka Zenith Freelance Photo and Videographer, dan Fadhil di Kota Bharu Street Art yang bertemakan kesusahan dan kepayahan rakyat Palestin. Ralat juga bila 4 orang je gang aku yang available. Tak cukup The Magnificent 7. Ain dengan Diah balik Terengganu dan Bahij balik Kedah. Nak tangguh dah tak sempat sebab dah dekat sangat dengan final semester exam.

Kota Bharu Street Art




Di Kota Bharu Street Art, banyak gambar yang menunjukkan kaum lelaki dan wanita Palestin yang bersusah payah untuk meneruskan kehidupan di bawah kuku besi orang Israel. Setiap lukisan mempunyai maksud yang sangat mendalam. Sedih dan pilu apabila cuba nak gambarkan penderitaan mereka. Tak tahulah macam mana nak hadap kalau aku sendiri yang menghadapi kepayahan macam mereka. Kita sebagai saudara seIslam, wajib terus berdoa untuk kesejahteraan mereka.





Bila ada tempat macam ni, adalah ruang untuk penggiat seni menunjukkan hasil kreativiti mereka. Ada juga faedah dan hasil karya mereka menjadi lebih bermakna sebab tempat ini wujud untuk tujuan yang baik. Untuk menunjukkan sokongan untuk orang Palestin. Bawa sekeluarga datang sini luangkan masa bersama-sama pun elok juga. Kalau ada pelukis yang ada masa terluang, bolehlah tambahkan gambar di Kota Bharu Street Art ni. Aku tengok banyak lagi ruang yang ada.


Kota Bharu Street Art ini sangat senang untuk dijumpai. Ia terletak di Medan Ilmu, berdekatan dengan bulatan besar Kota Bharu. Di belakang bangunan Jaafar Rawas. Nasib kami baik sangat hari itu sebab tak ramai sangat orang. Mungkin sebab street art ini masih baru, ada beberapa orang sahaja yang asyik bergambar termasuklah kami berempat. Senanglah kami nak bergambar. Macam-macam jenis pose kami buat sebab tak malu sangat dengan orang. Kih3





Sepanjang aku berblogging, aku sangat berterima kasih dengan Azizi, founder Zenith Freelance Photo and Videographer sebab sentiasa sudi tolong untuk ambil gambar untuk blog aku. Untuk entri advertorial produk macam produk Citra Mulia, untuk gambar makanan, untuk video. Kiranya, blog aku ni tempat dia tajamkan skill fotografi dia. Aku pula senang-senang je dapat gambar cantik macam shot by professional photographer. Itulah gunanya sahabatkan? :P


Sepanjang dia jadi personal photographer aku, aku sentiasa percayakan dia. Sebab aku tahu gambar dia ambil semua cantik. Tak kiralah guna handphone atau kamera DSLR kesayangan dia itu. Aku sangat bangga dengan kejayaan beliau sekarang walaupun aku tak boleh nak nafikan kekecewaan aku bila dia tolak permintaan aku untuk ambil gambar majlis perkahwinan aku dulu. Katanya, masa tu dia tak yakin lagi nak shoot untuk wedding. Tak pelah. Dimaafkan. 





Sekarang, tempahan sesi fotografi majlis perkahwinan tak putus-putus sangat terpaksa tolak beberapa job offer. Untuk korang yang masih mencari fotografer untuk majlis perkahwinan lepas bulan Mac tahun depan, bolehlah contact beliau di Fanpage Zenith Freelance. Sambil itu, bolehlah tengok koleksi gambar pengantin hasil tembakan Zenith Freelance Photographer yang hebat ini. Sangat terbuka untuk bakal pengantin di negeri Kelantan dan Terengganu.

Kota Bharu Street Art, Palestin Street Art Kota Bharu

Kenangan sesi fotografi di Kota Bharu Street Art ini mempunyai elemen sentimental jugalah bagi aku sebab inilah sesi fotografi terakhir kami bersama-sama sebelum kami menamatkan pengajian kami di IPG. Insya Allah, akan datang akan ada sesi fotografi yang lain pula. Sesi wedding pun banyak lagi nampak tu. Kih3. Semoga persahabatan ini kekal sampai bila-bila. Manalah tahu boleh berjiran di syurga. Insya Allah.

Oh ya. Jangan lupa jenguk entri Cek Mek Molek Street Art Machang, Kelantan. Cantik juga. Tu jelah. Wassalaam.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus