Pakaq Gomo Gymnasium Di Kota Bharu

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sebenarnya, blogpost ini kena publish 2016 lagi sebab memang kejadian gambar-gambar semua masa aku muda remaja. Nazhan pun belum ada. Nazeem apatah lagi. Tapi, gara-gara sekian lama blogpost ni jadi pekasam dalam draft dan aku pun tak de jalan-jalan mana mana nak buat modal update blog sementara anak masih tidur, yup. Kita update pasal Pakaq Gomo Gymnasium di Kota Bharu.

Jomlah Orang Kelantan, Kita Sihat Kita Selamat


Walaupun aku sekarang di Muar, jiwa Kelantan itu masih membara tau. Jadi, kat sini aku nak menyeru sahabat handai di Kelantan sana, kalau ada masa, jejaklah ke Pakaq Gomo Gymnasium ini. Best sangat kat sini sebab peralatan dia memang pelbagai. Kawasannya luas. Ada support group. Kalau jenis nak bina badan, siap ada produk-produk yang disarankan oleh owner gym sendiri.



Kalau korang berminat untuk istiqamah dengan senaman, korang bolehlah berkenalan dengan mereka yang sehati sejiwa dengan korang di sana. Jangan jadi macam aku, sebut bersenam je, macam-macam alasan tak nak bersenam yang keluar. Kih3

Honestly, bila ada kawan, ada geng, semangan untuk melakukan sesuatu itu meningkat berganda-ganda tau. Memang tak rugi kita berkawan dengan orang yang sama kepala, sama keinginan, sama tujuan dengan kita. Kalau goal kita sekarang nak sihat, nak kurus, pergilah ke gym. Barulah jumpa mereka yang ingin mencapai benda yang sama. Kalau berat badan tak turun pun, ada orang yang akan push untuk teruskan lagi dan lagi. Betul tak?




gym di kota bharu


Alang-alang korang bosan duduk je kat rumah dan tak nak bersesak di mall, nak bercuti tak de bajet, apa kata korang usha Facebook Pakaq Gomo Gym ni? Barulah korang tahu kenapa aku cakap gym yang satu ini best. Memang puas hati. Insya Allah.



By the way, sejak selalu ada di rumah disebabkan pandemik Covid-19, badan macam naik balik la. Hari tu turun banyak masa puasa di musim Covid. Yelah, berbuka berdua je, family lain tak de. Kurang selera. Hari tu ada lah juga beli jumping rope. Baru je sampai ni. Harap-harap berbaloilah dengan harga. Semoga aku rajin untuk menghapuskan lemak-lemak ni. Jangan sampai jadi macam kisah aku dengan sebuah dumbell. Memang dah terpisah. Hahaha.

Aduss. Risau betullah rasa. Kih3.

Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD