8 Jenis Orang Yang Cakap Susah Sangat Simpan Duit

8 Jenis Orang Yang Cakap Susah Sangat Simpan Duit | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Bila bercakap pasal simpan duit, menabung, berjimat, orang kita suka beralasan. Kata mereka, zaman sekarang zaman gawat. Susah nak simpan duit sebab semua benda pakai duit. Padahal, setiap tahun beli smartphone baru, setiap bulan beli baju baru. Bukanlah perlu sangat, saja nak nampak up to date. Bukanlah guna sangat, kena ada sebab orang lain ada. Memang cara pemikiran yang berbahaya.

Makanan adalah alasan penulis blog ini susah sangat nak simpan duit.

Sebenarnya, bukan susah sangat nak simpan duit. Cuma, kita rasa terlalu senang nak buat alasan untuk guna duit. Sebab tulah kita mengelak daripada simpan duit. Betul tak? Dah memang sifat manusia, suka beralasan untuk hilangkan rasa bersalah sebab tak berkelakuan seperti yang sepatutnya. Bagi saya, ada 10 jenis orang yang akan beralasan susah sangat simpan duit.

1. Gaji terlalu kecil


Zaman sekarang ni, orang yang ada ijazah pun ramai yang menganggur. Bertahun-tahun belajar, menganggur. Susah sangat nak cari kerja yang sepadan dengan dengan kelulusan yang ada. Ramailah yang terima kerja tanpa ikut kelayakan. Gaji kecil pun tak pelah. Asalkan ada. Malu nak bergantung pada ibu bapa, padahal dah besar. Dah keluar dari university. Bila gaji kecil, guna situ sini, bayar hutang belajar, tup tup dah habis. Mana ada dah yang tinggal untuk simpanan. 

2. Tanggungan yang ramai


Ada pula yang gaji dah okay, tapi tanggungan pula ramai. Sampaikan gaji besar pun, tak cukup. Merangkak nak sampai gaji bulan depan. Mak ayah di kampung, adik tengah belajar, isteri dan anak-anak. Semua bergantung pada dia. Kalau tak bagi, rasa berdosa. Bila dah bahagikan semua setiap kali dapat gaji, tinggal beberapa ringgit untuk diri sendiri. Makan minum, minyak motor, sewa rumah. Itulah yang susah sangat nak menyimpan.

3. Orang yang suka ikut nafsu ketika berbelanja.


Nafsu berbelanja, nafsu menghabiskan duit, memang susah nak dijinakkan. Apabila berasa nakkan sesuatu benda, hidup macam tak tenang selagi belum dapat dalam tangan. Guna barang tak setara mana, puas hati asalkan ada. Inilah orang yang ikut nafsu ketika berbelanja. Semua yang nampak di mata, nak buat jadi harta. Kalau kita kawal nafsu berbelanja, kalau kita sungguh-sungguh nak simpan duit, kita boleh.

Menjaga kesihatan adalah salah satu cara menjimatkan duit.

4. Orang yang tak tahu nak bezakan keperluan dan kehendak


Bila nak gunakan duit, kita selalu rasa yang semua benda adalah keperluan. Semua benda nak kena ada. Contohnya, kita perlukan baju sebab baju sama buat kita rasa bosan. Padahal, kita masih boleh hidup macam biasa dengan baju lama. Bukannya menjejaskan kehidupan seharian. Lainlah kalau tak ada makanan. Nanti kita lapar, lemah, tak boleh buat kerja. Barulah kita berbelanja untuk keperluan. Kalau setakat nak barang baru sebab bosan dengan yang lama, itu adalah kehendak semata-mata.

5. Orang yang kurang kesedaran diri


Kita akan rasa susah simpan duit bila kita tidak sedar diri. Kita tidak sedar yang kita akan memerlukan duit simpanan di masa-masa tertentu sebab gaji kita sedang-sedang sahaja. Lebihan pun tak banyak setiap bulan. Cukup-cukup untuk tampung kehidupan seharian.Hujung bulan tiba, mulalah tak sedap duduk nak tunggu gaji bulan seterusnya. Kita tidak ada kesedaran untuk bersiap sedia untuk waktu kecemasan seperti tayar pecah, anak sakit, tv rosak. Masa inilah duit simpanan akan main peranan.

6. Orang yang tak berfikir panjang


Kita selalu malas nak berfikir panjang. Boleh bayang tak? Berfikir pun malas. Malas nak semakkan otak untuk buat pertimbang. Yang ini perlu tak? Yang ni kena beli ke? Selalunya, mereka akan main beli sahaja benda yang terlintas di fikiran. Padahal, bendanya bukanlah penting sangat pun. Saja suka-suka. Macam beli rokok, pastu bakar. Tak fikir simpanan masa depan dah tahap bahaya. Dah tahap TIADA. Masih lagi ikut hati. 

Bercuti dalam situasi kewangan tidak menentu juga boleh membahayakan kewangan.

7. Orang yang pentingkan diri sendiri


Orang yang rasa susah benar nak simpan duit sampai tak simpan duit sebab mereka pentingkan diri sendiri, tak fikir tentang orang lain yang memerlukan mereka. Setiap daripada kita ada tanggungjawab. Ada ibu bapa dan anak isteri untuk disara. Mak ayah dah lama bekerja penat lelah untuk menyara mereka. Takkanlah mereka nak berperit jerih sampai ke tua. Anak-anak pula perlu disara. Yuran sekolah nak bayar dengan apa?

8. Orang yang suka beralasan.


Alasan demi alasan direka untuk berbelanja. Bila rasa tak perlu, mula cipta alasan supaya rasa perlu. Bila orang bagi nasihat, pendapat, atau cadangan untuk menyimpan duit, semua ditolak. Semua tak relevan, semua tak boleh pakai di matanya. Diri sendiri sahaja yang betul. Pastu, belanja semua duit yang ada. Bila dah terdesak nak pakai duit, mulalah nak menyesal beli itu beli ini. Mula rasa rugi. Itulah penyebab sebenar yang jadi susah sangat nak simpan duit. ALASAN.

----

"It is not your salary that makes you rich, but your spending habits."

Sesetengah sebab kita rasa susah untuk menyimpan duit memang tidak dapat dielak. Duit yang ada, memang terpaksa guna. Tapi, ada sebab yang kita boleh elak. Orang sekarang ramai yang buat kerja sampingan untuk dijadikan duit simpanan. Banyak cara untuk ada pendapatan sampingan. Bukan saja secara offline, cara online pun ada. Dah ramai yang berjaya mencipta kerjaya dengan bekerja secara online. Cubalah sesuatu yang baru. Keluar dari zon selesa. Insya Allah, peluang dan lubuk rezeki ada di mana-mana. 

Entri ini adalah untuk memerli dan memberi peringatan kepada penulis blog ini sendiri. T_T

Wassalaam

Comments

  1. Kesemua ciri tu macam ada dalam diri saya. Hahah. Kalau saya pegang duit, macam2 saya fikir. Baju, handbag, kasuk. Tapi fikir jaklah. Belinya tidak kecuali bila saya betul2 kat dalam kedai. Part tu tak dapat control lagi dah. Tapi saya tetap ada simpananlah cuma saya tak simpan dalam bentuk wang. Saya simpan dalam bentuk emas. Asal ada duit lebih, saya beli emas 999. Kalau beli emas 916 banyak sangat kos kerugiannya.

    Jom exchange bloglist, http://lynk.my/w1cm

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti saya dah start kerja, insya Allah nak menyimpan dalam bentuk emas pula.

      Delete
  2. Saya mengaku, saya bukan jenis yang reti nak menyimpan duit. Boros gila. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haipp.. kena slow slow berubah lettew.. zaman ekonomi meleset ni.. hehe

      Delete
  3. Huhu. Tanggungan ramai tu yang susah tu... nak cakap macam mana dekat tanggungan kalau tak mampu nak bagi sebanyak sebelumnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi saya, it is all about honesty. jujur sahaja. buat apa sorok sorang-sorang. lagi seksa dan risiko hidup masa depan lagi terancam kan. mmm

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD