Diari Hamil Muja-Mula-mula Tahu Pregnant

Diari Hamil Muja- Hari Mula-mula Tahu | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Hari tu, aku ada perang dingin dengan Nik. Malu pulak nak bagitahu kenapa sebab terlalu mengarut. Aku lah yang mengarut tu. So, korang jangan tanya ye. Gaduh-gaduh pun, bila lapar, minta Nik juga belikan makanan. Bila nak keluar, minta izin beliau juga. Kih3

18 Disember 2016
Aku ajak umi and my siblings yang ada kat ruma, nak belanja makan tomyam belut kat restoran famous dengan SMK Long Gafar. Ida, kawan sek ren aku dulu pun ikut sama. Aku dengar, restoran ni merupakan cawangan Maggi Tomyam Belut Bukit Marak. Jadi, pastinya sedap! Bila dah ada kat sana. Mestilah borak-borak. Bila jumpa family time kita tengah stress perang dingin, memang berubah mood jadinya. Jadi lega sangat! Masa tu dah determined dah. Nak minta maaf and nak berbaik dah ngan Nik bila dah balik nanti. Hehehe

diari hamil
Muka yang masih tak tahu yang diri tu dah nak jadi mak budak! :D

''Umi, hari ni 18 Disember. Sepatutnya orang dah period hari ni." Tersengih-sengihlah aku, saja bikin saspen.

Tak de rasa pape pun sebenarnya. Yelah, tarikh period pun tak lambat lagi. Saja nak up topik. Umi terus angkat thumbs up and minta aku balik klinik beliau kejap, nak buat test. Aku katalah tak payah sebab period belum lambat lagi. Tanda-tanda alahan pun tak de. Tapi, umi ngan adik-adik aku dah excited lebih. Terpaksalah aku ikutkan juga.

Sampai di klinik, tengok tv dulu sebab tak yakin nak buat test. Takut hampa. Bila Sumayah dah terlebih excited nak jadi mak sedara, aku ikutkan juga. Kat klinik memang dah ada pregnancy test kit untuk buat urine pregnancy test (UPY). Senang je nak guna. Just kencing je ada ruang kit tu. Kalau keluar satu garisan jer, tak hamil. Kalau keluar dua garisan, hamil. Sebenarnya, garisan kedua tu akan keluar kalau ada hormon human chorionic gonadotrophin (HCG). HCG adalah hormon yang hanya akan ada dalam air kencing apabila seorang wanita itu sedang hamil.

Selesai urusan dalam jamban, terus bagi kat pembantu klinik. Kena tunggu kejap untuk tengok garisan kedua tu keluar. Bila tunggu, tak juga keluar. So, hampa. Tapi, Mak Zihan masih pegang lagi kit tu. Bila tunggu lagi lama, eh eh, macam ada je!

Eh, garisan kedua memang ada la!

Aku masa tu dah macam beruk terlompat-lompat! Alhamdulillah sangat sebab dapat rezeki rasa perasaan tahu tengah hamil. Perasaan happy yang tak dapat digambarkan. Sumayah terus ambil gambar. Hantar kat suami kat rumah, yang sedang duduk sorang-sorang. Tengok movie mungkin. Ampun ya Abang. Bila dah tak sabar nak jumpa husband, cepat-cepat masuk kereta. Drive balik rumah. Nik dah tunggu. Buka je pintu,

"Betul ke ni?" Sampai tersenyum lebar sampai ke telinga. Sampai nampak semua gigilah senang cerita. Tak pernah aku tengok beliau senyum selebar itu tau.

"Betullah." Eh, eh, mana perang yang dingin sangat tu? Dah hilang? Terus boleh duduk sebelah-sebelah. Manja-manja. Kih3

Alhamdulillah sangat. Betullah orang kata, anak pengikat kasih sayang ibu bapa. Memang berlaku seperti yang dirancang. Selepas setahun setengah kahwin, habis je belajar di IPGKKB, Allah terus kurniakan kami dengan zuriat yang makin membesar dalam perut aku sekarang ni. Kadang-kadang rasa macam tak percaya. Betul ke ada embryo dalam perut ni? Eh, foetus ni dah besar manalah agaknya ye? Rasa tak sabar sangat nak tunggu habis 9 bulan, nak dukung anak sendiri. Rasa takut pun ada sebab aku tahu ia juga akan menjadi cabaran yang sangat besar bagi aku dengan Nik nanti.

Semoga perjalanan kehamilan aku selamat sehingga saat-saat melahirkan. Semoga dengan adanya zuriat ini membuatkan aku dan Nik menjadi hamba Allah yang lebih sempurna, yang lebih teguh imannya. Semoga kami dapat menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak kami. Semoga anak kami juga akan jadi anak yang soleh dan solehah. Yang boleh berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Tak lupa juga kepada ibu bapanya. Insya Allah. Amiin. Please, aminkan sekali ye?

Minta tolong sikit. Doakan yang baik-baik untuk Nik, aku dengan bakal anak aku ye? Nanti malaikat akan kata, "Semoga untukmu juga". Win-win situation! Nanti aku update pasal antenatal check up pulak k. :D

Wassalaam.

Comments

  1. bestnya. tahniah sis. airah baru singgah blog ni :) haii

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi singgah! happy blogging sis :D

      Delete
  2. tahniahhh mujaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sheda!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! :D

      Delete
  3. alhamdulillah...sweet jer ceta muja..take care tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah sangat. insya Allah. doakan yang baik-baik ye :D

      Delete
  4. Alhamdulillah, tahniah untuk kalian.
    Jaga diri dan kesihatan baik-baik, ingat-ingat kalau nak makan apa-apa tu jangan berlebihan.

    Nik kena banyak sabar sebab mood orang pegnen ni lain macam sikit...hehe

    ReplyDelete
  5. Congrats n Alhamdulillah.. Jaga diri bebaik tau.. Kite pon preggy, dah 24w :)

    ReplyDelete
  6. Mujaaaaa... I wanna cry... Happy sgt. Hahaha over tau mai ni. Happy for u and nik. 😍😍😍.

    ReplyDelete
  7. congratulation for your pregnancy akak ! jaga diri baik² 😃

    ReplyDelete
  8. rasa macam nak peluk kak muja sekarang jugak!

    ReplyDelete
  9. patutlah tengok Muja dah slow down blogging.. tapi tak apa yang penting ibu dan kandungan sihat.. anyway tahniah! :D

    ReplyDelete
  10. Tahniah sis semoga sis muja and baby sihat selalu ...first time singgah kat blog ni..

    ReplyDelete
  11. Tahniah muja.. Geng 2017 la yea..

    ReplyDelete
  12. Asslmkm sis muja. Tahniah. Jaga diri juga baik baik ye. ☺

    ReplyDelete
  13. Insyallah..semoga dipermudahkan..takmau stress2

    ReplyDelete
  14. selamat ya. moga nanti anaknya jadi anak yang solehah...

    ReplyDelete
  15. Tahniah sis.Sis saye izzat dr sbpi selandar baru abes spm.nk tanye mcm mane nk jadi cg smk tapi saye nk melalui ipta dulu.tq

    ReplyDelete
  16. Wahhhh semoga dipermudahkan urusan ya cikgu :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD