Lirik Lagu Sakit oleh iamNeeta- OST Drama Menanti Februari

lirik lagu sakit, sakit oleh iamneeta, lirik sakit oleh iamneeta, ost menanti februari

Lirik Lagu Sakit oleh iamNeeta- OST Drama Menanti Februari | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Drama Menanti Februari lakonanan Fathia Latif, Zul Ariffin dan Afiq Muiz akan ditayangkan di TV3 tak lama lagi. Aku terkesan sangat dengan promo yang dengar budak perempuan menangis rindukan ayah dia tu. Kena pula dengan lagu latar belakang dia membuat aku tak sabar-sabar nak tengok drama ini. Apa-apa pun, aku paling tertarik dengan OST drama Menanti Februari yang bertajuk Sakit, nyanyian oleh band terbaru dari Malaysia iamNeeta.

Uniknya band ini adalah kerana ahlinya berbilang kaum. 1Malaysia gitu. Bila tengok di YouTube, ramai yang memberikan komen positif untuk band dan lagu Sakit ini. Lirik memang menikam, lagu memang menusuk, kena pula dengan klip video yang ala-ala emo. Cuma ada rasa macam tak sampai klimaks sikit. Bila dah nak note tinggi, tetiba rendah balik. Tapi aku ok je. Baru-baru biasalah. Aku akan sentiasa harapkan yang lebih baik selepas ini daripada band iamNeeta.

Harapnya drama Menanti Februari ini sebest OST dia. Jom layan lagu Sakit, iamNeeta.

Tajuk lagu: Sakit
Nyanyian: iamNeeta
Lagu: Patrick Anohada
Lirik: Patrick Anohada
Publisher: NAR Publishing SDN BHD




Sakit yang kurasakan
Mengaburi jiwa ini
Dendam yang kau berikan
Cukup di sini

Mengapa mudahnya kau sakiti
Mengapa mudahnya kau lukai
Mengapa kejamnya kau menghancurkan
Hati perasaan ini

Putih bersih cintaku
Kau racuni hingga mati
Cinta yang kau berikan
Cukup di sini

Mengapa mudahnya kau sakiti
Mengapa mudahnya kau lukai
Mengapa kejamnya kau menghancurkan
Hati perasaan ini

Siksanya hati ini kau selalu sakiti
Kau membukakan pintu ini
Namun engkau menusuk ke dalam
Hingga dasar hati
Kau mencabut nadi cinta ini

Mengapa mudahnya kau sakiti
Mengapa mudahnya kau lukai
Mengapa kejamnya kau menghancurkan
Hati perasaan ini

Sakit yang kurasakan..

----
lirik ost menanti februari, lirik lagu sakit oleh iamneeta, sakit iamneeta
AMARAN! JANGAN SAMPAI OST JE TAU!


Amacam? Berapa kotak tisu habis lepas dengan lagu Sakit oleh iamNeeta ni? Memang rasa sangat penderitaan putus cinta tu kan. Terus teringat zaman-zaman cinta monyet dulu. Konon frustlah sangat. Sekarang ini, bila sakit tu datang, gara-gara husband kita je. Yelah, kalau rindu sangat ke, bila rasa insecure tu datang ke, lebih kurang macam nilah juga perasaan dia. Biasalah, perempuan. Rasa tak cantik, sedih. Rasa tak masakan tak sedap, nangis. Padahal orang kat sana ok ok je. Tak masal je bikin drama. So, lagu-lagu emo ni, dengar boleh, jangan terpengaruh sangat. Enjoy je k. :D

Wassalaam.


Comments

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

Persiapan Untuk Anak-anak Ke Sekolah; Taska dan Tadika