Peraduan Gugu Gaga Minyak Bebe Anugerah 2017- Wang Tunai RM10000Untuk Dimenangi!


Peraduan Gugu Gaga Minyak Bebe Anugerah 2017 | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Buat kali pertama diumumkan di blog mujadafewa.my yang Muja, The Lady Warrior sudah mengandung selama 16 minggu. Alhamdulillah. Setelah setahun setengah kahwin dan tinggal berjauhan dengan suami time aku study di Kelantan dan Nik bekerja di Johor, Allah kurniakan kami zuriat dari syurga ini. Doakan semuanya selamat sampai aku melahirkan dan anak kami dapat jadi hamba Allah yang beriman dan mampu memberi sumbangan besar dalam Islam ye. Insya Allah.

Sekarang, aku memang aktif mengGoogle cara-cara menjaga bayi, cara tidurkan bayi, cara menjadikan anak-anak hamba Allah yang beriman. Banyak kena tahu bila nak jadi seorang ibu. Seram juga bila fikirkan tak tahu nak buat apa kalau tetiba anak menangis tengah malam. Jadi, semua ibu memerlukan PEMBANTU. Pembantu? Antara pembantu ibu untuk menjaga baby mereka mestilah Minyak Bebe Anugerah!

Yes, sudah ramai ibu bapa yang memilih Minyak Bebe Anugerah untuk mengatasi masalah yang biasa dialami oleh bayi seperti kembung perut dan angin pasang. Yang paling menarik sekali, dengan Minyak Bebe Anugerah,

Wang Tunai RM 10,000 Mungkin Menjadi Milik Bayi Comel Anda!


Anak merupakan anugerah yang terindah. Indahnya mendapat cahaya mata yang comel dan sihat, dan setiap detik bersama mereka amat bermakna. Kerenah, gelak tawa dan tangis mereka memang menghiburkan! Melihat mereka sentiasa dalam keadaan selesa adalah segala-galanya bagi ibu bapa.


Siapa yang tidak kenal akan Minyak Bebe Anugerah? Minyak pati herba khusus untuk bayi, keluaran Anugerah International Sdn. Bhd, produk yang memanfaatkan hasil kebaikan herba dan sains sebagai ikhtiar sampingan untuk kesihatan, kecantikan dan kecerdikan minda. Minyak Bebe Anugerah seakan telah menjadi fenomena di kalangan ibu bapa di Malaysia untuk membantu si kecil sentiasa di dalam keadaan selesa.

Sebagai menghargai sokongan dan sambutan pengguna Minyak Bebe Anugerah, buat julung-julung kalinya Anugerah akan mengadakan pertandingan bayi comel Gugu Gaga Bebe Anugerah 2017. Jika bayi comel anda adalah pengguna tegar Minyak Bebe Anugerah, inilah masa yang ditunggu-tunggu! Pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan di dalam peraduan ini. Hadiah yang menjadi rebutan ramai sudah semestinya hadiah utama iaitu wang tunai sebanyak RM10,000! 


Bukan itu sahaja, selain wang tunai RM10,000 tersebut, pemenang hadiah utama juga akan berpeluang tampil secara eksklusif pada label produk Minyak Bebe Anugerah dan iklan komersial Minyak Bebe Anugerah. Satu peluang yang tidak mungkin dilepaskan! Hadiah bagi tempat kedua dan ketiga juga bukan calang-calang. Wang tunai sebanyak RM5,000 ditawarkan untuk pemenang tempat kedua manakala wang tunai RM2,000 untuk pemenang tempat ketiga.

Menurut jurucakap Anugerah, Ustaz Azhar Ghazali,

“Peraduan Gugu Gaga Bebe Anugerah ini diadakan khusus untuk menghargai pelanggan Minyak Bebe Anugerah yang selama ini telah menyokong kami dan memandangkan Minyak Bebe Anugerah ini sentiasa mendapat sambutan hangat dari ibu bapa. Jadi tidak salah jika selain berkongsi manfaat Bebe Anugerah, mereka berpeluang untuk merebut pelbagai hadiah menarik.” 
“Cara menyertai peraduan ini sangat mudah. Hanya dengan pembelian minimum satu botol Minyak Bebe Anugerah. Modal RM15 sahaja! Mana tau jika rezeki menyebelahi anak anda, modal RM15 akan membawa pulangan RM10,000! Minyak Bebe Anugerah ini dijual serata Malaysia, di kedai-kedai kecantikan ataupun rangkaian pengedar Anugerah,” ujarnya lagi.

Tambah Ustaz Azhar Ghazali juga, Peraduan Gugu Gaga Bebe Anugerah 2017 ini juga bertujuan untuk membantu para pengedar dan stokis Anugerah meningkatkan jualan mereka. Yang menariknya, insentif eksklusif sebanyak RM5,000 akan diberikan pada pengedar atau stokis sekiranya pelanggan mereka memenangi hadiah utama peraduan ini. Lebih banyak mereka jual, lebih cerah peluang untuk memenangi wang tunai tersebut!

Maklumat Ringkas Tentang Peraduan Gugu Gaga BeBe Anugerah 2017


  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia
  • Peraduan bermula dari 27 Februari 2017 – 31 Ogos 2017
  • Penyertaan terbahagi kepada 3 kategori :
  · Kategori A : bayi berusia 1-12 bulan
  · Kategori B : bayi berusia 13- 24 bulan
  · Kategori C : bayi berusia 25-36 bulan
  • Borang penyertaan boleh didapati pada botol Minyak Bebe Anugerah, para pengedar dan stokis serta laman web www.anugerahwellness.com
  • Borang penyertaan yang lengkap mestilah disertai dengan resit pembelian Minyak Bebe Anugerah, label Minyak Bebe Anugerah dan gambar bayi ke : 
  • Alamat yang tertera pada borang penyertaan ATAU
  • Whatsapp ke 019 222 7006 ATAU
  • Email ke info@anugerahwellness.com ATAU
  • Muatnaik ke FB @Anugerahwellness


Untuk maklumat lanjut mengenai Peraduan Gugu Gaga BeBe Anugerah, sila hubungi 019 2227006 atau layari

www.anugerahwellness.com
atau
- laman FB Anugerahwellness.

Untuk Makluman Editor :

Comments

  1. Asslmkm muja. Bestnya.. bby kita mmng pkai minyak ni dr lahir. Rsa mcm nk join je. Tp mslh pula bab borang. 😥

    ReplyDelete
    Replies
    1. Knapa ye.. Borang boleh dapat dkt botol minyak bebe..

      Delete
  2. Salam, saya baru beli minyak bebe anugerah. tetapi tiada borang di botol tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mcm tu, boleh call nombor tertera dalam blogpost ni ye.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD