Pengalaman Menginap di Swiss-Garden Residences Kuala Lumpur

sgi vacation club, swiss garden, hotel di kuala lumpur

Pengalaman Menginap di Swiss-Garden Residences Kuala Lumpur | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Alhamdulillah, setelah sekian lama tak jejak kaki kat hotel, aku berpeluang juga menginap di Swiss-Garden Residences Kuala Lumpur. Teruja sangat sebab tempat penginapan ini memang sudah terkenal di kawasan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Bangga juga bila aku berkesempatan untuk menginap di sini.

Swiss-Garden Residences Kuala Lumpur terletak di pusat bandar Kuala Lumpur. Hampir semua tempat di sekitar sangat senang untuk dijejaki dari sini. Ia sangat berdekatan dengan Berjaya Times Square dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Kalau hendak ke sana, hanya ambil masa dalam 10 minit berjalan kaki. Kalau nak senang dan murah, boleh tempah Grabcar atau Uber.



Rezeki kami menginap di Swiss-Garden Residences Kuala Lumpur adalah setelah mendapat baucar daripada SGI Vacation Club melalui emel. Ia memberi peluang untuk kami merasai sendiri pengalaman menginap di sana sebelum mendaftar sebagai ahli. Kami cuma dikehendaki mendengar vacation preview tentang SGI Vacation Club untuk mendapatkan baucar penginapan ini. Aku suka konsep macam ni. Rasa dulu, baru tahu. Baru rasa lebih yakin nak sertai.

Kami bertigalah yang menginap 3 hari 2 malam percuma di Swiss-Garden Residences Kuala Lumpur.

Memula pergi, boleh pula aku sesat dalam bangunan tu sebab aku masuk melalui Swiss-Garden Hotel. Swiss-Garden Residences dan Swiss-Garden Hotel terdiri daripada 2 bangunan yang berdekatan. Kalau kita masuk dari Swiss-Garden Hotel, kita boleh melalui sebuah koridor yang bersambung terus dengan Swiss-Garden Residences. Kesimpulannya, masuklah melalui bangunan belakang yang menempatkan lobi Swiss-Garden Residences. Apabila pekerja bagi penerangan sebelum masuk ke bilik, dengar betul-betul lif mana perlu diguna sebab aku pernah tersalah lif. Tak pasal-pasal, main turun naik bangunan dalam lif. Hehehe

Review Penginapan di Swiss-Garden Residences Kuala Lumpur


Bilik Tidur

Bilik tidur kami memang sangat mewah. Katil boleh muat 3 orang, aku, lisa dan atin. Ada peti ais, water heater, slim tv, almari berlampu, iron dan papan penggosok. Kat hotel sebelum ni, kena minta, baru dia bagi. Kat sini memang tersedia. Bagus SGI Vacation Club! Sebelum ini juga, hotel aku pergi tak de arah kiblat. Terpaksa yakinkan diri dengan kiblat berpandukan handphone. Kat Swiss-Garden Residences, memang ada. Syabas!

review swiss garden residences kuala lumpur, swiss garden


review swiss garden, review sgi vacation club

Selain bilik yang cantik dan kemas, servis 'house keeping' di Swiss-Garden Residences Kuala Lumpur juga sangat memuaskan. Apabila kita keluar dari bilik, ada pekerja yang tolong kemaskan bilik kita. Balik sahaja ke bilik lepas berjalan-jalan di Berjaya Times Square, terus nampak bilik dah kemas macam mula-mula masuk kecuali ada barang-barang kitorang. Rasa sangat gembira dan hilang penat bila masuk bilik apabila bilik nampak cantik seperti baru. Segala air 3-in-1, gula, krimer, sudah ditambah semula di dalam bekas. Bagus sangat sebab tak kedekut dengan pelanggan.



SGI Vacation Club hanya menyediakan tempat penginapan sahaja. Tempoh penginapan untuk ahli SGI Vacation Club adalah berdasarkan kelayakan bilangan hari bagi setiap tahun. Kalau kita ada lebihan hari untuk tahun semasa, kita boleh membawa bilangan hari tersebut untuk tahun akan datang. Yang bagusnya, kita boleh memilih tempat penginapan di dalam atau di luar negara. Manalah tahu kita nak merasa pengalaman melancong di tempat orang, SGI Vacation Club adalah pilihan terbaik untuk pengalaman penginapan terbaik dengan harga yang jauh lebih rendah!


Bilik airnya pun besar, selesa dan bersih. Tempat mandi dan tempat buang air dipisahkan dengan dinding kaca untuk tujuan kebersihan . Apabila mandi, air pun tidak memercik jauh sangat. Tuala pun tersedia. Tak perlu bawa dari rumah. Selalunya, aku skeptikal dengan spray water bidet sebab pancuran dia slow. Macam mana nak sampai sasaran. Memula tengok, kecewa juga. Di Swiss-Garden Residences, persepsi aku berubah. aku mula boleh terima teknologi tandas ini. Ia bertujuan hygiene sebab kita tak perlu pegang paip getah macam biasa. Yang penting, spray water bidet yang dorang guna canggih sebab ada controller. Boleh kawal kelajuan air. Insya Allah, air sampai sasaran dan kebersihan dekat tempat tertentu terjamin. 


Tidak lupa juga, affiliate partner SGI VC, Interval International, ahli SGIVC mampu untuk menginap di hotel–hotel serata Dunia. Untuk maklumat lanjut boleh layari Interval International.

Kembali pada Swiss-Garden Residences Kuala Lumpur. Untuk mereka yang ingin makan di dalam residences, bolehlah bertanya untuk makan di mana-mana restoran di dalam bangunan tersebut. Macam kami, kami sempat merasai pengalaman buffet breakfast di Restoran Flavors. Boleh dikatakan, semua jenis makanan yang sedap-sedap ada untuk kita pilih termasuklah makanan berat dan makanan ringan. Ada makanan barat, ada makanan timur. Nasi lemak ada, buah-buahan ada, bihun dan mi sup. Semua sangat menyelerakan. Sangat sesuai dengan citarasa aku dari Timur ini.



Kolam Renang


Here come the best part, THE INFINITY POOL! Apa itu Infinity Pool? Apabila swimming pool diletakkan di tingkat atas dan tinggi, kita panggil infinity pool sebab kita boleh melihat pemandangan yang indah di bawah. Infinity pool di Swiss-Garden Residences Kuala Lumpur terletak di tingkat 6. Kita boleh lihat banyak bangunan kelihatan kecil di bawah. Kereta di atas jalan nampak seperti semut. Bertali arus. Di waktu malam pula, kita boleh melihat pemandangan lampu-lampu di kolam renang itu sendiri dan pemandangan lampu di bawah. Sangat menyeronokkan!


Infinity pool di Swiss-Garden Residences Kuala Lumpur sangat besar dan mempunyai beberapa bahagian supaya pengunjung berasa selesa walaupun mandi dan berenang beramai-ramai. Ada juga bahagian untuk kanak-kanak. Kawasan di sekitar kolam nampak sangat terjaga. Reka bentuk sangat moden dan canggih, tetapi masih mengekalkan suasana mendamaikan dengan suasana kehijauan pokok-pokok mengelilingi kolam renang ini.


Ingat tak masa kecil, apabila ayah nak bawa pergi resort atau hotel, mulalah kita bertanya, tempat tu ada kolam renang ke tidak? Walaupun tak pandai berenang, kita tetap rasa seronok menghabiskan masa di dalam kolam renang hingga berjam-jam lamanya. Walaupun dah besar, keseronokan itu tak hilang rupanya. Kami masih teruja apabila dapat melihat kolam renang berwarna biru yang bersih dan cantik. Melihat pemandangan yang indah seperti ini sudah cukup untuk memberi sebuah kenikmatan yang tidak terhingga.

review swiss garden residences kuala lumpur, review sgi vacation club





Gymnasium


Di tepi infinity pool, terdapat sebuah gymnasium yang dibuka dari 7 pagi hingga 10 malam. Jadi, anda tidak perlu risau kerana anda tidak perlu meninggalkan rutin senaman walaupun semasa bercuti. Sebaik sahaja anda bangun pagi dan selesai solat subuh, anda boleh terus pergi gym. Peralatan di gym juga lengkap dengan treadmill dan basikal senaman. Sambil workout, anda boleh melihat pemandangan indah di kawasan kolam renang. Lepas siap workout, boleh terus berenang di kolam renang. Baru rasa lebih bertenaga.



Squash Court


Kalau nak yang lebih mencabar, kita boleh juga bermain squash dengan partner. Memang berpeluhlah bila main squash. Tak sempat lemak berkumpul, puff! Hilang. Masa aku pergi, tengah ada maintenance di squash court. Mungkin untuk upgrade. Cakap pasal squash, teringat pula drama korea My Girl. Perempuan jahat tu pemain squash yang cantik dan berkaliber. Bergaya juga dia bermain squash. Kira famous jugalah squash ni ye. Tetiba rasa teringin nak main squash.


Children Playground


Kalau ada ibu bapa yang risau melepaskan anak-anak kecil di kolam renang, atau pun anak-anak kecil itu sendiri tidak berminat untuk berenang, mereka boleh bermain di mini playground ini. Mesti seronok main gelongsor ramai-ramai. Teringat pula kenangan zaman kanak-kanak. Rasa macam baru lagi. Tiba-tiba, dah besar. Aku yang dah dewasa pun rasa nak menggelongsor di sini tapi takut tersekat di tengah-tengah. Aku bukan ringan, apatah lagi kecil. Buat malu pula nanti.


Lobi


Kunci kejayaan sesebuah perniagaan adalah kemesraan dan penjagaan oleh pekerja terhadap pelanggan. Setuju tak? Aku sangat suka dengan staff Swiss-Garden Residences Kuala Lumpur. Mereka sangat mesra dan sedia menjawab dengan mesra apabila ditanya soalan. Macam kakak dalam gambar nilah. Bila minta nak ambil gambar, terus angkat 2 thumbs up. Bila tanya nak makan tempat murah masa checkout, siap lukis peta lagi nak tolong kami yang macam rusa masuk kampung bila di Kuala Lumpur. Tq Miss!




Bayaran Parking Kereta Dalam Bangunan


Secara keseluruhannya, aku sangat berpuas hari dengan servis di Swiss-Garden Residences Kuala Lumpur. Tambah-tambah lagi bila Atin hanya perlu membayar RM8 untuk tempat letak kereta di dalam bangunan selama 3 hari dan 2 malam selepas diskaun 10%. Sangat berbaloi kalau hendak dibandingkan dengan parking di luar bangunan yang tiada jaminan keselamatan. Sebelum parking kat sana, Atin asyik risau pasal kereta dia yang parking kat tempat tak selamat. Di Swiss-Garden Residences Kuala Lumpur, insya Allah selamat.




Kalau adalah pembaca di luar sana yang teringin untuk merasai pengalaman bercuti dalam suasana keselesaan dengan harga yang jauh lebih rendah, korang boleh join SGI Vacation Club. Kalau rasa ragu-ragu, korang boleh try dulu macam aku. Pergi dengar vacation preview di SGI Vacation Club dan dapatkan baucer penginapan 3 hari dan 2 malam di mana-mana cawangan SGI Vacation Club. 

Macam mana nak dapatkan baucar 3 hari dan 2 malam ni? Sila layari:

laman web: SGI Vacation Club 
Facebook: SGI Vacation Club 

Atau hubungi mereka di:

Alamat:
S-7-01 dan S-7-02, Swiss-Garden Residences,
No 2A, Jalan Galloway,
50150 Kuala Lumpur,
Malaysia

Telefon: 
+60(3) 2788 6688

Email:
memberservices@sgivacationclub.com

Fax: 
+60(3)2788 6689

Pejabat SGI Vacation Club juga terdapat di Sungai Petani, Atria dan Johor Bahru.



Itulah sahaja yang aku ingin kongsikan untuk pengalaman aku menginap di Swiss-Garden Residences Kuala Lumpur. Aku sangat-sangat berharap ia memberi manfaat kepada semua pembaca blog aku di luar sana. Wassalaam.

Comments

  1. besar dan menarik..memang suka kalau ade swimming pool

    ReplyDelete
  2. Kenapa Asyraf nak daftar masukkan Paradise Key to dia mention it Expired Key ..

    Aduh nak cutiii ...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD