Sekolah Pertama Aku Sebagai the real, Teacher Muja

Sekolah Pertama Aku Sebagai Teacher Muja | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Korang dah baca belum tip interview pelajar IPG? Baca yang tu dulu baru baca entri ini okay. Khamis, 27 April 2017, tarikh memula aku tahu sekolah pertama yang bakal menerima diri ini sebagai guru Bahasa Inggeris. Sangat-sangat nervous bila nampak Alang share link JPN Johor di group kelas untuk check. Sebab, ada ura-ura, Jumaat baru tahu.

Terima kasih sangat kat JPN Johor yang keluarkan pengumuman agak awal berbanding few other states yang akan beritahu PPD bakal guru pada hari lapor diri. Kesian juga my friends yang tak tahu nak sewa rumah kat mana di negeri yang baru baru dorang. Bertabahlah kawan. Anggaplah ini dugaan kecil pertama selepas selangkah masuk ke alam kerja. Oh ye, lapor diri hari 2 Mei 2017. Selasa ni dah. :)

Sekolah Kebangsaan Seri Maamor, Semerah, Batu Pahat.

Impian untuk mengajar di negeri yang sama dengan Nik sudah tercapai. Tapi, nak dapat sekolah dalam PPD Tangkak, gagal. Aku bukan ada kabel nak ejas. Jodoh aku dengan Sekolah Kebangsaan Seri Maamor, Semerah, Batu Pahat. Dari Tangkak, kena lalu Muar dulu baru jumpa Batu Pahat. Kalau nak pergi bandar Batu Pahat dari rumah aku, adalah dalam 2 jam. Nasib baik Semerah tu terletak just di sempadan Muar-Batu Pahat. Kira betterlah daripada dapat kat tengah-tengah bandar.

Hari Jumaat mana ada budak sekolah lagi wahai Teacher Muja.

Mulanya, aku nak menyewa bilik di BP dan Nik akan ambil aku hujung minggu. Lepas tu, Nik changed his decision pulak lepas pergi tengok lokasi SKSM dan PPD Batu Pahat. Takut aku sesat masa hari lapor diri. On the way balik, Nik cakap nak cari rumah sewa kat tengah-tengah so that tak perlu pjj macam dulu. Tambah pula dengan keadaan aku yang tengah sarat mengandung. Risau jugak. Tetiba rasa diri disayangi. Terima kasih abang.

Sebelum sampai rumah, kami singgah kat rumah kawan Nik, Abang Adha dan isterinya, Kak Anah. Tq sangat belanja makan. Jeles juga tengok rumah dorang. Cantik, jauh benar beza rumah sewa dorang dengan rumah sewa kami. Owner dia macam take us for granted. Memanglah sewa murah. Tapi, takkanlah sampai kipas siling letak kat ruang tamu je. Nik sendiri belikan kipas berdiri untuk bilik tidur. Pintu dapur berkunci dan tak boleh buka langsung. Pintu tandas bilik utama tak boleh kunci. Kayu dah berlubang. Mungkin sebab ni, Nik ubah keputusan beliau.

Balik dari Muar, Nik cakap, ada 3 kawasan yang lojik untuk sewa rumah baru; Muar, Bakri atau Parit Jawa. Esoknya tu, jenuh kami share post kat Facebook Groups mencari rumah sewa. Aku pula mula mengGoogle. Alhamdulillah, terjumpa rumah sewa di Muar. Sebenarnya, dah ada orang mari tengok, tapi still tak confirm. Aku mintak tuan rumah confirmkan hari itujuga sebab aku nak gi tengok lepas Zohor kalau memang orang tu tak jadi menyewa kat situ. Dia setuju. Dalam sejam lepas tu, dia call aku minta datang lepas pukul 3 petang sebab dia nak gi kenduri lepas Zohor. Aku okay jelah.

Tip Mencari Rumah Sewa

Sebelum korang mencari rumah sewa, fikir-fikirkan aspek-aspek yang korang perlu pertimbangkan. Lepas tu baru mulakan pencarian. Daripada pengalaman aku, korang bolehlah follow tip di bawah.
  • Tetapkan bajet dan bersedia dengan + - dalam RM100.
  • Post di Facebook Groups. Sila mention urgent, daerah, bajet, nak dekat dengan tempat apa.
  • Google rumah sewa daerah, atau negeri- tgk kadar sewa ikut bajet ke tidak, gambar rumah, kemudahan, lokasi strategik ke tidak dan other stuff yang korang perlu.
  • Setelah jumpa, tengok kadar sewa, gambar rumah, kemudahan yang disediakan, lokasi, dan perkara yang kamu perlu pertimbangkan.
  • Guna Google Maps or apa-apa gps untuk periksa jarak dan masa dari tempat kerja.
  • Baru contact tuan rumah dan set masa untuk pergi melihat rumah.
  • Pastikan tuan rumah ada semasa pergi tengok rumah untuk tengok tuan rumah jenis prihatin atau tidak.
  • Berborak sedikit sebanyak untuk check serasi ke tidak. Masa ini adalah masa untuk tanya tentang perjanjian rumah sewa dan semua yang korang nak tanya tentang rumah.
  • Kalau berkenan, terus cakap nak. Kalau nak tunggu juga, hulurlah deposit sikit. Kalau boleh, jangan minta tuan rumah tunggu. Kebanyakan tuan rumah tidak akan menunggu korang kalau ada orang lain yang lebih berminat dengan rumah itu.  Manalah tahu, bila dia dah tunggu, dia reject orang yang datang nak menyewa, korang pula tak jadi nak sewa. Rugilah dia.

Lepas setuju nak tengok rumah sewa Puan Narimah, Nik dah give up nak cari tempat lain sebab kebanyakannya, sewa lebih mahal dan tempat yang kurang sesuai. Sampai sahaja di rumah sewa itu dalam pukul 4 petang, nampak penyewa sebelum ini tengah kemas barang untuk keluar. Dia nak basuh rumah sebelum tinggalkan. Terima kasih. Senang kerja saya dengan Nik nak masukkan barang kami nanti. Tapi, ada satu jela yang kurang berkenan sikit dengan orang ni, dia tak bagitahu awal-awal tentang kerosakan rumah. So, tuan rumah minta beberapa hari untuk cat dan baiki semua kerosakan dulu.

Nilah rupa rumah sewanya. Rasanya ada 16 unit. Semua kepunyaan tuan rumah. Can you imagine dia punya pendapatan sebulan? Kaya hoiiii.

Kalau penyewa itu bagitahu awal, bolehlah aku pindah awal. Tak payah aku bergerak dari Tangkak pukul 6 pagi ke ppd Batu Pahat Selasa ini. Tapi bila fikir balik, memang kena bermalam di Tangkak pun hari Isnin malam sebab kereta Nik tengah baiki. Boleh ambil hari Selasa. Nampak tak perancangan Allah yang sempurna? Memang ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku. Bertabahlah anakku. 2 jam perjalanan Tangkak-Batu Pahat sorang-sorang Selasa ini. Semoga mama tak sesat, semoga kita selamat. Amiin.

Bila aku pilih rumah sewa, aku cenderung untuk bandingkan rumah baru dengan rumah lama. Kekurangan rumah lama, aku harap tak de pada rumah baru. Dari segi design rumah, aku tak kisah sangat, yang penting selesa. Nik pula lebih suka kalau rumah itu selesa dan pada masa yang sama sedap mata memandang. Baru rasa yakin nak ajak keluarga dan kawan-kawan.

Kenapa Aku Pilih Rumah Sewa Baru Kami Ini

Aku baru kali ni mencari rumah sewa. Jadi, aku nak bagi tips lebih-lebih macam orang hartanah tu tak lah. Tapi, harap perkongsian pengalaman aku ni akan berguna untuk korang yang sedang mencari juga.

  • Lokasinya strategik. Sangat dekat dengan bandar Muar, tengah-tengah antara Tangkak-Semerah. Nik pun ada kawan kat sana. Tapi, sekolah Nik jauh sikit banding sekolah aku.
  • Keadaan rumah masih cantik dan baru. Pintu bergril untuk lebih keselamatan. Nampak sangat terjaga. Jauh beza dengan rumah sewa sekarang. 
  • Parking lot ada 2 parking lot untuk kereta aku dan Nik berbanding 1 parking lot rumah sewa lama. Jadi, lepas ni, kereta kami tak bertindan. Senang nak keluar.
  • Kipas di setiap ruang berbanding 1 kipas di ruang tamu di rumah sewa sekarang. Can u imagine how hot it is kat rumah sewa yang sekarang kalau cuaca tak mendung or tak hujan?
  • Pendingin hawa di bilik utama dan ruang tamu. Insya Allah, di ruang tamu pasang kipas sahaja. Di bilik tidur, pasang ekon malam sahaja. Kalau kuat iman boleh jimat bil letrik.
  • Pagar mengelilingi rumah untuk keselamatan. Jalan depan rumah pun bukan jalan raya sebab sekadar taman perumahan. Nanti anak aku lahir, tak delah risau sangat.
  • Halaman luas untuk Nik menanam bunga which dia suka sangat. Dia siap imagine aku dengan kawan-kawan boleh buat barbeque kat halaman. Aku nak tanam cili api dengan serai. 
  • Pemilik rumah perempuan Melayu dah berumur. Nampak macam penyayang dan mengambil berat. Suka banyak cakap macam aku. Senang nak bawa bincang. Siap potong sebulan deposit.
  • Sewa lebih mahal berbanding rumah sekarang tapi masih murah kalau tengokkan keadaan rumah. Aku yakin, rumah ini berbaloi dan terbaik untuk kami.
Godaan mintak diskaun gagal. Tak pelah. Bila aku dah bergaji, aku boleh topup mana yang patut. Satu lagi kan, bila pilih rumah, elakkan pilih yang sudah ditinggalkan terlalu lama sebab kita tak tahu ada penghuni lain ke dalam rumah tu. Kalau terpaksa juga, buatlah solat hajat or doa selamat. Minta jauh benda-benda tak elok. By the way, rumah tak kena tinggal pun kena doa juga tau.

Tuan Rumah Yang Baik Hati 

Aku rasa teringin nak rapat dengan tuan rumah baru kami bila tengok dia macam mak-mak. Dalam beberapa minit jumpa, dia bercerita macam-macam. Tentang kerjanya sebelum pencen dan anak-anak. Dia pernah bergerak 100km lebih setiap hari pergi kerja semata-mata sebab anak dia. Lepas tu, kisah balik rumah cepat-cepat sebab nak berbuka dengan keluarga. Penyayangkan? Manalah tahu aku boleh tumpang kasih sayang beliau sementara duduk kat Johor, jauh dengan umi abah, ayah ma. Boleh juga jadi tempat mengadu. Tu pun kalau dia sudi. Kot kot aku je syok sendiri. Kih3

Okay, tu jelah perkembangan hidup aku setakat ni. Saat-saat terakhir sebagai wanita mengandung dan menganggur. Tak sangka nak berakhir dah tempoh masa aku bersenang lenang sebagai suri rumah. Selama ni asyik mengadu bosan. Lepas ni, jenuh kira tahun nak pencen pulak.

Wassalaam.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD