Talyah London, Jenama Kosmetik Halal Terbaik dari London

Talyah, Jenama Kosmetik Halal Terbaik dari London | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aku selalu tengok kawan-kawan yang minat barang mekap macam aku, kami suka beli barang kosmetik dari luar negara. Mesti korang pun familiar dengan jenama seperti MAC, Clinique dan Dior. Semua nama ini memanglah gah, tapi kita yakin tak barang-barang yang kita apply pada bibir atau kuku kita itu, HALAL?

Susah juga kalau barang dah cantik, tapi buat kita rasa syubhah,; Eh, boleh guna ke tidak ni? Halal ke tidak ni? Kena basuh dulu tak sebelum berwudhuk? Kalau tak basuh, sah ke wudhuk? Jujurnya, benda ni selalu bermain dalam kepala aku. Tambah-tambah, kalau tertinggal wet tissue masa nak solat kat shopping mall. Selalunya, aku mesti end up basuh dengan air je. Lepas habis solat, barulah nampak warna lipstick dan bedak yang masih melekat. *sigh

Aku tahu, ramai yang lebih percaya dan lebih suka beli barang kosmetik dari luar negara. Ini semua sebab barang tempatan yang menimbulkan banyak kontroversi dan keraguan daripada segi keselamatan. Muka jadi berjerawatlah, bernanahlah. Yang paling menakutkan, ada yang merosakkan buah pinggang. Memang ngeri!

Jadi, apa kata kalau kita mula guna barang-barang kosmetik dari luar negara yang memang dijamin halal seperti jenama Talyah London? Aku memang recommend sangat sebab produk dari Talyah London dijamin Halal dan Vegan Friendly! :D

TALYAH LONDON, Jenama Kosmetik Halal Yang Sesuai Untuk Orang Islam dan Vegan




TALYAH LONDON adalah jenama kosmetik yang dijamin 100% HALAL dan 100% MESRA VEGAN. Jadi, semua Muslim dan Vegan boleh menggunakan produk dari Talyah London tanpa ragu-ragu. Aku tengok kat website Talyah, siap ada promosi Ramadan dan Aidilfitri tau. Macam mana nak beli dengan harga promosi? Baca blogpost ini sampai habis dulu.

TALYAH LONDON Matte Lipsticks:

  • 100% HALAL dan 100% MESRA VEGAN
    • TANPA alkohol
    • TANPA pigmen haiwan
    • TANPA ujian ke atas haiwan
  • Ultra-High Pigmented
  • Hadir dalam 10 warna yang SANGAT CANTIK!
    • 5 warna dalam Gold Container-Tubes 
      • Yang ni untuk warna-warna yang pekat, menyerlah dan garang.
    • 5 warna dalam White Diamond-Etched Tubes
      • Yang ni pula untuk warna-warna yang lebih natural, ala-ala nude colour.

Ramai peminat lipstick sekarang mula memilih lipstick jenis matte. Memang sudah menjadi trend sebab hasilnya memang cantik dan kesan penggunaanya sangat tahan lama. Kalau kena dengan caranya, boleh tahan seharian tanpa perlu tambah lipstick setiap sejam. Tapi, kebanyakkan buat bibir jadi kering dan pecah-pecah. 

Lain pula dengan Talyah London Matte Lipstick. Jom kita tengok hasilnya.


Lawa kan? Dengan lipstick dari Talyah London, bibir nampak gebu dan penuh. Tak nampak kering walaupun guna lipstick jenis matte. Bibir lagi nampak sihat dan segar. Merekah gitu.


Yang paling penting, 10 pilihan warnanya memang cantik. Siap ada shiny effect sikit. Barulah bersinar bila kena cahaya lampu. Bibir pun nampak lagi seksi dan mekar.


Ada 10 pilihan warna uols. Semua cantik-cantik. Bolehlah pilih mana-mana warna yang paling menawan hati. Harga pun berpatutan walaupun datang nun jauh dari United Kingdom. Best tau feeling pakai produk dari luar negara. Halal lagi. So, double best!

TALYAH LONDON O2M Breathable Nail Enamel


  • 100% HALAL dan 100% MESRA VEGAN
    • TANPA alkohol
    • TANPA pigmen haiwan
    • TANPA ujian ke atas haiwan
  • Mesra wudhuk
    • tidak kalis air. 
    • air boleh melalui sehingga sampai ke kuku untuk berwudhuk.
  • Senang untuk dicuci tanpa menggunakan bahan kimia keras dan berbahaya.
    • tahan lama seperti pewarna kuku lain cuma
    • kita boleh mencabutnya dari kuku tanpa sebarang nail polish remover. senangkan?
  • Hadir dalam 20 warna yang sangat cantik!



Testimoni Talyah Matte Lipstick dan Talyah Nail Enamel


Aku rasa cukup bertuah sebab berpeluang mencuba 2 jenis Talyah Matte Lipstick dan 2 pewarna kuku. Jauh datang dari United Kindom. Tak berpeluang lagi pergi London, guna produk kosmetik dari London kita okay la kan? :P



Aku dah cuba satu lipstick in white diamond-etched tube dan satu lagi dalam gold container-tube. Aku suka sangat dengan packaging dia sebab aku suka warna black and white. Nampak elegan.



Aku dah cuba semua produk yang aku dapat ni tau. My favourite would be the lipstick of course sebab bolehlah aku pakai pergi sekolah. Yes, the school is my runway. Kih3


Muja in Amore 004 Matte Lipstick

Muja in B Kartel 030 Matte Lipstick

Dua-dua jenis aku dah pakai pergi sekolah. Bila share kat Facebook, ramai pula yang komen cakap suka. Mana tak suka kalau warnanya memang cantik menarik. Rasa seksi and at the same time sweet je. Memang rasa yakin semacam je bila pakai. Tekstur dia memang smooth je. Senang sangat nak apply pada bibir. 

Tip aku, korang apply lipbalm dulu. Lagi umphh hasilnya. Sangat ringan dan tahan lama. Rasa yang sangat selesa. Dari pagi sampailah balik sekolah, memang macam tu je rupanya. Tak senang luntur. Yang paling penting, Talyah Matte Lipstick tak buat bibir aku menggelupas macam lipstick yang aku selalu guna sebelum ni.


Untuk pewarna kuku yang wudhuk-friendly, aku ada buat video tau. Barulah korang nampak yang pewarna kuku daripada Talyah London memang senang untuk dicabut. Cubit-cubit sikit, dah boleh bersihkan. Kalau ikutkan, berwudhuk tanpa cabut pun ok je sebab pewarna kuku Talyah London memang water-permeable, air boleh lalu sampai ke kuku.


Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian produk kosmetik daripada Talyah London, korang bolehlah lawati laman web mereka, TALYAH atau layari

Facebook- Talyah London Cosmetics Instagram- Talyah London YouTube- Talyah London

Korang juga boleh menghubungi Talyah London melalui emel, info@talyah.co.uk .

Banyak lagi produk kosmetik Talyah yang sangat cantik. Korang boleh guna untuk pergi kerja atau mekap ke mana sahaja. Memang sesuai. Jangan lupa tau. Produk kosmetik daripada Talyah London dijamin halal dan vegan-friendly. Memang boleh digunakan oleh semua umat Islam dan bukan Islam tanpa ragu-ragu. Selamat mencuba! 

Wassalaam. :D

Comments

  1. Jenama yang baru saya tahu..

    Produk perempuan..

    Hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD