Produk Penjagaan Kulit Berasaskan Minyak Argan Organik dari Eropah di Zash.Com.My

Produk Penjagaan Kulit Berasaskan Minyak Argan Organik dari Eropah di Zash.Com.My | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Alhamdulilllah, dapat juga aku selitkan masa untuk update blog untuk pertama kali selepas bersalin. Anak aku? Nanti aku cerita dalam blogpost seterusnya. Yang penting, aku tengah excited nak perkenalkan korang dengan web yang membolehkan kita semua mendapatkan produk penjagaan kulit yang dijamin organik dari Eropah dengan harga yang sangat berpatutan!

Satu masalah dengan produk import, lebih-lebih lagi kalau jenis yang organik tanpa bahan kimia berbahaya selalunya memang jenis mampu tengok saja, tak mampu nak beli. Betul tak? Biasanya, kerja aku cuma scroll dan scroll sampai puas produk terbaik dan selamat ini tanpa membeli sebab rasa macam tak mampu. Sekarang senang dah nak dapatkan produk organik dengan harga yang sangat berbaloi dan berpatutan. 

Kita sekarang dah ada Zash.Com.My. :D

produk organik, minyak argan, produk berasaskan minyak argan, produk kecantikan semulajadi


Zash.Com.My Untuk Produk Berasaskan Minyak Argan Organik dari Perancis


Zash.Com.My mengeluarkan produk penjagaan kulit berjenama Senteurs du Sud. Semua produk Senteurs du Sud adalah produk kesihatan dan kecantikan kulit berasaskan Minyak Argan Organik  memang sudah terkenal sebagai bahan yang sangat digemari dalam produk kulit kerana segala kelebihan yang ada padanya terutamanya bab tahap kelembapan yang ia berikan pada kulit.

Selain itu, semua produk di Zash.Com.My adalah
  • COSMEBIO LABEL- semua produk dijamin 100% semulajadi dan selari dengan Environmental standard
  • ECOCERT- semua produk dijamin 100% organik dan selamat untuk digunakan
  • dihasilkan di negara Perancis
  • dihasilkan tanpa percubaan pada haiwan
  • penghantaran produk yang pantas dan efisien
  • PERCUMA kos penghantaran dengan pembelian RM150 dan ke atas

Keistimewaan Minyak Argan Organik Untuk Kesihatan dan Kecantikan Kulit


Argania Spinosa adalah nama Latin bagi minyak argan. Pokok argan tumbuh liar di Morocco dan Algeria. Pokok argan hanya tumbuh di kawasan dengan jenis tanah dari kawasan tepi pantai hingga ke satu bahagian Atlas dan permulaan kawasan berpasir Sahara. 

Setiap kali musim bunga, pokok argan menghasilkan lebih kurang 150kg buah argan yang bentuknya menyerupai buah zaiton.  Setelah buah argan jatuh dari pokok, ia dikutip dari tanah. Buah argan tidk dimakan tetapi 2 bahagian kecil pada buah itu diambil untuk menghasilkan minyak argan.

Antara kelebihan minyak argan adalah

  • membekalkan keperluan nutrisi bagi kulit kering
  • mengurangkan masalah ketidakselesaan dan minyak berlebihan pada kulit
  • mengurangkan penampakan parut dan stretch marks
  • menghapuskan masalah jerawat dan sekali gus menghilangkan parut jerawat
  • mengurangkan tanda-tanda awal penuaan pada kulit
  • melembapkan bibir yang kering dan merekah
  • menguatkan kuku yang tidak sihat
  • melembapkan rambut secara semulajadi
  • merawat masalah kulit kaki kering dan tumit pecah

Produk Penjagaan Kulit di Zash.Com.My


Zash.Com.My mengeluarkan rangkaian produk penjagaan yang lengkap. Antara produk kecantikan yang boleh didapati di Zash.Com.My adalah
  • pencuci mekap
  • pembersih muka
  • toner
  • pelembap
  • krim muka
  • minyak argan
  • krim tangan
Tak lama lagi, akan ada beberapa produk baru pula akan dilancarkan termasuklah sabun, krim kontur mata, dan losen badan. Semuanya berasaskan minyak argan organik. Memang terbaik! Aku sendiri dah ada 2 produk berasaskan minyak argan organik ini daripada dorang tau.

1. Moisturize Toning Lotion with Organic Argan Oil


moisturize toning lotion, senteurs du sud, minyak argan organik

Moisturize Toning Lotion with Organic Argan Oil ini mengandungi madu yang sangat terkenal sebagai antioksidan yang menghapuskan radikal bebas yang memusnahkan struktur sebenar kulit. Ia juga melembapkan dan melembutkan kulit untuk menjadikan kulit tampak lebih muda.

Dengan produk ini, kita tak perlu risau kalau kulit kita sensitif sebab ia akan memberikan keselesaan dan kelembutan pada kulit setiap kali kita menggunakannya. Bukan madu saja, aloevera pun dimasukkan sekali untuk mengurangkan minyak berlebihan supaya kulit terhindar daripada masalah jerawat.

2. Make-up Remover with Organic Argan Oil



makeup remover with organic argan oil, zash, produk kecantikan semulajadi


Makeup Remover with Organic Argan Oil mampu menghilangkan mekap pada kulit muka tanpa menyebabkan sebarang iritasi. Pencuci mekap ini sangat efektif dalam menghilangkan segala jenis mekap supaya kulit muka betul-betul bersih dan bebas daripada sisa mekap. Produk ini tidak mengandungi sebarang pewangi. Jadi, tak delah kulit kita mendapat iritasi ke hape.

Sale dan Diskaun di Zash.Com.My


Bukan itu sahaja, kita boleh mendapatkan macam-macam info dan tip kecantikan di Zash.Com.My  yang selalu juga mengadakan SALE. Harga memang dah murah jadi lagi murah. Sekarang pun tengah ada sale tau. Dorang baru kupon untuk 50 pelanggan bertuah yang boleh mendapatkan produk dengan diskaun 10%. Hanya perlu gunakan kod kupon 10OFF semasa membuat pembayaran di web mereka. 

Eh, korang pun bolehlah shopping sekarang. Manalah tau rezeki korang ada kat sana. Layari

Kalau betul kita sayangkan kulit kita, nak kulit kita sentiasa bebas daripada sebarang cela, beralihlah kepada produk organik macam Senteurs de Sud ni. Jangan senang-senang pilih produk timbang kilo yang melata di internet semata-mata sebab harganya murah. Ingat,

KULIT MUKA KITA INI ADA SATU JE!

Sekian. Wassalaam.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD