Makanan Tambahan Untuk Wanita Dari Mengandung Sampailah Dalam Tempoh Menyusu- MAMTEEN

Makanan Tambahan Wanita Dari Mengandung Sampailah Dalam Tempoh Menyusu- MAMTEEN | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Lepas dah masuk golongan mak-mak ni, barulah tahu betapa penatnya nak uruskan seorang anak kecil Ingatkan senang. Nangis, sumbat susu. Nangis, basuh berak. Rupanya, susahnya bila dia nangis, tapi tak nak susu. Dia nangis, tapi kita ngantuk. Dia nangis, tapi kita tahu dia nak apa. Stress weh sebab bayi ni sejenis manusia yang semua benda kita kena uruskan dari dia bangun, sampailah dia tidur.


Pengalaman aku sendiri, 2 minggu pertama, aku berpantang dengan Nik. Yes, kami berdua sahaja. Lepas cuti Nik habis, aku duduk kat rumah umi aku, kemudian 4 hari di rumah mertua, dan habiskan di rumah umi aku sampailah Nik balik masa cuti Deepavali. Di rumah umi, aku duduk sorang jela kat tingkat atas bila umi kerja kat klinik dia di tingkat bawah. Imagine amateur mother macam aku nih kena uruskan semua benda sendiri. Nasib baik kerani klinik ada tolong sedikit sebanyak. Fuuuh.

Habis cuti Deepavali, aku dengan Nik balik ke Muar untuk habiskan sisa cuti yang tinggal sebelum kembali bekerja. Guess who will take care of Baby Naz ALONE masa Nik pergi kerja dari kul 6.30 pagi hingga 4 petang? AKU. Basuh kencing berak, Muja. Mandi, Muja. Pujuk kalau nangis, Muja. Buat dan bagi susu, Muja. Pam susu, sah sahlah Muja. Dan dan tulah tak sabar tunggu suami balik and say,'It's your turn baby.' (smiling)


One more time aku tegaskan, jaga bayi ni tak senang dan sangat meletihkan kalau ibu tak mendapat tenaga yang mencukupi. Letih hoi nak kena dakap, tawaf segala perabot dalam rumah tiap kali dia nangis tapi tak nak tidur dalam buai. EP mom macam aku lagilah. Stress lebih bila nak kena basuh segala peralatan mengepam berkali-kali sehari. Menyesal bila teringat selalu buat perangai masa kecil-kecil dulu sampai menyusahkan Umi Abah. Nak dapat bayi, susah. Bila dah dapat, lagi susah. Tapi tulah, lepas dapat sorang, rasa tak cukup pulak. Nak tambah lagi. Kih3

Apa-apa pun, itulah namanya pengorbanan.  Sebenarnya, semua ini boleh dimudahkan.  Antara usaha yang sangat berbaloi untuk dicuba adalah pengambilan makanan tambahan yang boleh membekalkan lebih tenaga secara istiqamah. Kalau korang tengah mencari makanan tambahan yang sesuai, boleh rasa kehebatan Mamteen sebab tablet dia rasa yang sedap amat! Macam gula-gula weh. 

Mamteen, Tablet Susu Dengan Kebaikan Delima dan Kurma



MAMTEEN adalah produk makanan tambahan yang memberikan tenaga berpanjangan serta mampu menstabilkan hormon wanita. Kestabilan hormon bagi wanita adalah sangat penting kerana ia mempengaruhi berat badan, pertumbuhan jerawat, emosi, dan masalah kesuburan.  Apabila hormon dalam keadaan stabil, kita lebih berpotensi untuk mendapat berat badan yang ideal, kulit yang sihat, emosi yang terkawal dan terhindar daripada masalah kesuburan.


Mamteen yang berfungsi sebagai pengawal hormon sangat sesuai untuk diambil oleh golongan wanita yang sedang berusaha untuk hamil kerana ia meningkatkan kesuburan. Malah sewaktu hamil dan menyusu juga, Mamteen boleh diambil sebagai sumber tenaga tambahan dan milk booster. Oh yer, kalau anak dara nak cuba Mamteen pun boleh sebab akan membantu mengurangkan masalah period yang tidak teratur. Senang cerita, semua golongan wanita pun boleh mengambil Mamteen untuk menyelesaikan masalah yang biasa dihadapi oleh wanita. 

Mamteen adalah

  • tablet berperisa susu dan delima 
  • boleh diambil secara isap atau kunyah
  • boleh diambil oleh wanita hamil seawal 12 minggu kandungan dan keatas.

Kandungan Dalam Sebotol Mamteen



Semua bahan dalam Mamteen memang terkenal dengan kelebihan masing-masing untuk kesihatan dan kecantikan. Ia terdiri daripada
  • delima
  • kurma
  • susu
  • brokoli
  • tomato
  • badam
  • safron
  • daun zaitun

Kalau nak ambil makanan berkhasiat macam ni dalam bentuk original memang susah. Tak ramai yang mampu. Jadi, daripada kita bersusah payah nak makan macam-macam, baik kunyah Mamteen 2 biji sehari, insya Allah kita akan dapat semua kebaikan dalam bahan-bahan di atas.


‌Golongan Yang Sesuai Mengambil Mamteen


  • ‌Wanita dalam pantang
  • Wanita yang sedang menyusu kerana kandungan Mamteen merupakan Milk Booster
  • Wanita yang sedang ikhtiar hamil kerana kandungan Mamteen dapat menyuburkan hormon wanita (vitamin C, kurma, olive leaf extract, saffron powder dan DHA)


Detail Mamteen

  • 30 tablet yang boleh dikunyah
  • 2 biji sehari diambil secara berasingan sebelum makan
  • sebotol tahan 2 minggu
  • selamat untuk digunakan bagi mereka yang alahan pada kolagen
  • selamat untuk ibu dan bayi dalam kandungan
  • dihasilkan di kilang yang berstatus GMP
  • mempunyai sijil kelulusan daripada KKM
  • RM65 SM / RM69 SS

Review Mamteen, Tablet Susu Berkhasiat Yang Sedap Dikunyah




Aku sendiri sudah cuba Mamteen. Alhamdulillah. Susu ada sentiasa walaupun dalam 4 ke 5 jam sekali aku pam. Aku rasa bertenaga je walaupun kena uruskan Naz sengsorang. Masa dia tidur adalah masa yang aku guna untuk mandi, kemas mana sempat, pam susu dalam 3 kali sehari paling kurang 15 minit satu sesi, basuh pengepam dan botol susu, dan tulis blog.



Alhamdulillah, walaupun tak tidur, masih bertenaga. Bila bertenaga, barulah susu tetap ada dan bertambah walaupun my son tak nak direct breastfeeding. . Siap boleh main internet lagi. Bukan senang nak ada semangat tegar kalau tak de tenaga lebih bagi EP mom macam aku ni tau. 

Yang paling penting, rasa dia sedap. Kalau berkhasiat, tapi rasa out, tak jadi juga. Tak sanggup nak telan. Nak kunyah apatah lagi kan.


Bagi semua yang berminat dengan produk terbaik daripada Fatin Suhana, blogger terkenal ini, anda bolehlah layari

Insya Allah, when there's a will, there's a way. Sekian, wassalaam.


Comments

  1. Pernah dengar mak-mak nak menangis sebab susu kurang. Bagus bahan-bahan dalam Mamteen ni, banyak makanan Sunnah.

    ReplyDelete
  2. Kak Nina pun makan Mamteen ni. Berkesan tuk tambah susu. Sedap lak tuu macam gula-gula

    ReplyDelete
  3. banyak khasiat mamteen ni.. kalo org peknen sangat elok untuk kulit baby dlm kandungan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD