Sistem SAPS Ibu Bapa- Terima Kasih KPM

Sistem SAPS Ibu Bapa- Terima Kasih KPM | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aku sebenarnya baru sahaja menghabiskan cuti bersalin selama 3 bulan. Bila kena masuk sekolah balik, terus kena hadiri kursus CEFR yang bakal dijalankan untuk subjek Bahasa Inggeris tahun depan. Tetiba, dapat mesej daripada guru ganti untuk isi markah murid di SAPS.

CEFR tu apa? Kalau ada kelapangan, aku share dalam blogpost yang akan datang. Insya Allah. Kali ini, kita fokus untuk SAPS dulu.


Sistem SAPS


SAPS adalah singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah manakala NKRA adalah singkatan kepada maksud National Key Result Areas (Bidang Keberhasilan Utama Negara). SAPS NKRA dicipta bagi digunakan oleh para ibu bapa, guru-guru dan juga setiausaha peperiksaan (SUP).




Untuk menggunakan laman SAPS, semua guru diberikan username dan password masing-masing untuk sign in. Sudah isi semua markah, klik Submit. Kalau ada yang tersalah isi, kita boleh edit balik. Tak delah maklumat terhilang ke hape bila semua dah dimasukkan dalam satu laman macam ni. Guru nak semak progres murid pun senang. Yang penting, ada internet. Wifi di sekolah pun dah agak laju juga sekarang.

SAPS NKRA Ibu Bapa pula merupakan sistem yang menyimpan data para pelajar. Ia diasaskan oleh bekas Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa beliau masih menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Sistem ini mampu meluaskan akses kepada sistem pendidikan yang lebih bermutu dan sistematik.

SAPS Ibu Bapa sememangnya satu laman yang memudahkan para ibu bapa melihat sendiri prestasi anak-anak secara online. Ini adalah salah satu usaha oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memastikan tahap pendidikan negara kita selari dengan arus kemodenan dan tidak ketinggalan di belakang berbanding dengan negara-negara lain.Senanglah ibu bapa nak periksa prestasi anak selepas ini.

Kelebihan SAPS


Sekarang, bukan cikgu sahaja yang mempunyai SAPS, ibu bapa pun ada laman SAPS mereka sendiri. SAPS boleh diakses di url http://www.sapsibubapa.co/

  1. para guru dan ibu bapa boleh melihat progres para murid pada satu laman web yang sama
  2. memudahkan para guru menghimpunkankan markah ujian dan peperiksaan para murid
  3. mengelakkan keputusan peperiksaan para murid hilang
  4. memudahkan para ibu bapa melihat sendiri keputusan dan prestasi anak-anak
  5. menjimatkan masa ibu bapa untuk mengetahau keputusan peperiksaan kepada guru
  6. ibu bapa boleh melihat prestasi anak mereka pada bila-bila masa sahaja


SAPS IbuBapa sangat senang untuk digunakan tanpa memerlukan kepakaran yang mendalam dalam penggunaan komputer. mereka hanya perlu mengklik di beberapa link mengikut arahan yang diberikan untuk melihat markah setiap subjek anak masing-masing. Sangat mudah dan cepat. Jadi, ibu bapa tidak perlu lagi bertanya pada guru,'Berapa markah kertas Bahasa Inggeris anak saya, cikgu?'. Jimat masa juga. Tak perlu ambil cuti semata-mata nak pergi sekolah nak berjumpa guru.

Jadi, bagi semua ibu bapa yang mempunyai anak yang masih bersekolah di sekolah kebangsaan, anda bolehlah bookmark page http://www.sapsibubapa.co/ supaya senang nak check markah anak-anak setiap kali ada ujian atau peperiksaan selepas ini. Nanti, anak-anak pun tidak boleh menipu keputusan peperiksaan mereka sebab ibu bapa dah boleh check dari web rasmi terus.

Semoga dengan adanya SAPS Ibu Bapa, sistem pendidikan kita akan bertambah baik dan mampu menghasilkan pelajar yang lebih bermutu sebagai modal insan negara. Insya Allah.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD