Akhirnya, Kau Nak Jugak Ye, Anak.

Akhirnya, Kau Nak Juga Ye, Anak | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Being an EP Mom memang susah. Aku dah tulis segala cabaran menjadi EP Mom sebelum ini dan dengan adanya blogpost ini, aku dengan ini mengisytiharkan bahawasanya aku bukan lagi EP Mom. Kecuali masa Nazhan dah kenyang lepas balik dari rumah pengasuh. Menggagau juga aku cari breastpump. Tak nyempat nyempat nak pam, bersembur susu atas lantai. T_T

Sorry tau kalau entri ni macam tak senonoh sikit for certain people. I can't please everybody. 

Sekarang aku dah merasa kedua-dua keadaan. Breastfeeding mom dah. EP mom pun dah. Dua-dua pun ada kelebihan dan cabaran masing-masing. Not to say kekuranganla. Bila jadi EP mom, banyak perkakas nak cuci. Bila dah direct feeding, anak pula payah nak lepas. Kalau tak setengah jam mengempeng, tak sah. Kalau dia tidur cepat, cepatlah boleh bangun. Kalau dah mulutnya melekap sampai sejam, apa nak buat. Staylah kat situ sampai dia lepas. Nak minta dia lepas, sampai nak kena tutup hidung dia dua tiga saat tau. Barulah dia nak lepas, baru settle. Tu pun kalau dia tak melalak. Kalau panjang sangat lalakannya, kena sumbat balik. Rasa wanted sangat. Haha



Apa-apa pun, I am so very happy nowadays sebab Si Nazhan dah sudi nak direct feeding bermula minggu lepas. Rasanya masa tu hari Jumaat, malam. That petang, Kak Ita ada ingatkan aku minta aku cuba lagi direct feed Nazhan. Dah alang-alang atas katil dengan dia, terbagi kat dia. Eh eh. Dia nak! Terkejut weh. Menjerit aku. Sakit bebenau rupa-rupanya! Tiap kali nak sua, asyik pejam masa, baca basmalah. Bila dah sakit tu, ALLAHU AKBAR! Macam tulah mulut aku menjerit. Haila anak. Nasib baik kusayang kucinta kamu. Alhamdulillah sangat sebab aku dah dapat merasai sendiri nikmatnya bila anak kita menyusu terus. 



Tak dinafikan, memang sakit yang amat. Dah seminggu lebih pun, tak hilang lagi sakit setiap kali Nazhan mula menyusu. Rasa seram pun ada setiap kali nak bagi. Tapi, aku sentiasa ingat pesan Kak Faizah. JANGAN BERHENTI! Mula-mula je sakitnya. Lama-lama nanti, lidah dia dah lembut, dah tak sakit. At least, takkan sakit dah sampailah dia ada gigi, dan start menggigit. By the way, yes yes yes sebab dah tak perlu nak usung segala perkakas breastpump ke sana ke mari. Sekarang, bawa diri je. Anak lapar? Selak je. Huhuu.



Terima kasih sangat aku kat cikgu-cikgu merangkap kakak-kakak aku di sekolah. Mereka selalu share pasal pengalaman masing-masing. Ada yang cerita bagaimana dia 'memaksa' anak untuk direct feeding masa mula-mula lahir. Ada pula yang cerita macam mana sakitnya bila luka anak gigit melekat kupingnya pada bra. Yang paling aku suka, mestilah time dorang cerita macam mana nikmatnya bila balik dari kerja dengan bengkak susu, anak menyusu direct. Terus rasa lega. Yes, that is definitely how i feel everyday now. Alhamdulillah.

*Yup, aku letak gambar sama sebab semua I am an obsessed mom like you know it. -_-

Nazhan sudi direct feeding at the age of 5 months you know. Anak kawan aku pula, 3 months baru nak. Kesimpulannya, teruskan menyua susu pada anak. Kalau dia tak nak Ahad, bagi Isnin. Kalau Selasa, dia melalak nak guna botol, bagi Rabu. Macam tulah seterusnya pun. Menyesal juga aku tak cuba tiap hari. Manalah tahu Nazhan boleh menyusu lebih awal kalau aku cuba hari-hari. After all, dah rezekinya macam tu. So, macam tulah kan.

Nak proses anak sakit *wink3, mengandung sakit, beranak sakit, menyusu sakit. Tapi, seorang ibu masih boleh tersenyum. Masih boleh rasa bahagia all the way. Masih nak lalui semuanya. Kalau tak boleh, diusahakan segala cara. Lepas dah fobia dengan seorang anak, eh tetiba nak lagi, tak cukup dengan satu. Tup tup, dapat 7. Macam umi aku. Miraculousnya seorang ibu. Bila dah jadi, baru aku tahu. Macam dah banyak sangat je aku merapu. Aku rehat dulu. Tata titi tutu. Wassalaam. :)

Comments

  1. Akhirnyaaa. Hihihi congratulations! Bagi lah kot mana pun, susu apa pun, seorang ibu tetap tak turun darjatnya sebagai seorang ibu. <3

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD