Apa Yang Abi dan Umi Perlukan Kadang-kadang

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Apabila kami dah jadi abi dengan umi Nazhan, Nik and I memang susah nak spend time berdua sebab Nazhan memang sentiasa ada dengan kami atau sekurang-kurangnya salah seorang daripada kami apabila salah seorang pergi ke toilet, solat atau gosok baju. Most of the time, memang Nazhan ada depan mata kalau bukan di tangan kami.

As new parents aku memang rasa paranoid nak tinggalkan anak sebab aku terlalu memikirkan apa pandangan orang lain pada aku. Rasa bersalah kalau orang lain pegang anak lama sikit. Rasa bersalah kat anak takut anak rasa kurang disayangi. Rasa bersalah terhadap orang yang menolong sebab menyusahkan dorang. Contohnya bila mertua aku pegangkan Nazhan, padahal beliau rindukan cucu atau kalau adik aku jagakan Nazhan, padahal mereka pun suka main dengan anak saudara baru. Anak saudara pertama pula tu. Ke aku je rasa macam tu?

Being someone yang memang jarang mendapat bantuan, aku memang rasa awkward bila aku terpaksa minta tolong orang banyak sangat, atau lama sangat. Aku rasa banyak menyusahkan orang lain yang sebenarnya ikhlas menolong. Yup, aku selalu terfikir adakah aku ni just ambil kesempatan. Lepas tu, cepat-cepat aku pergi ambil Nazhan kat tangan adik aku ke, mak mertua ke. Tapi, there was one time, I braced myself, tinggalkan Nazhan pada adik-adik, dan pergi dating berdua dengan Nik masa balik Kelantan. Jarang-jarang korang dekat dengan iols, you better work girls. Take care of your nephew. We have some dating to do. Hehehe

PARENTS, WE NEED THIS!

Aku masih rasa bersalah sebenarnya. Tinggalkan anak pergi jenjalan but I always agree bahawa setiap pasangan perlu masa bersendirian sekali sekala walaupun selepas mempunyai cahaya mata. As for me, mestilah masa kami ada di Kelantan adalah masa terbaik sebab kat sana barulah kami ada ahli keluarga yang lain. Kat Johor ni, pengasuh jelah yang ada. Kena ingat juga yang kita bukannya tinggal tiap hari. Kita pergi pun tak lama. Anak pula tinggal dengan ahli keluarga yang jarang-jarang jumpa. Tiada salahnya. Bukannya anak terabai. *me convincing myself



Spend time berdua for a simple lunch ke. Berjalan kat mall ke. Pegang tangan, smile brightly. Then, masuk kereta dan baliklah ke rumah, hadap anak balik, and face the reality. Masa berkesempatan untuk berdua, gunalah masa sebaik-baiknya untuk hangatkan semula perhubungan. Ala-ala masa belum kahwin. Be extra sweet. Peganglah tangan each other sebab bila dah ada anak, kena dukung anak, tak boleh pegang. Suap menyuap makanan pun okay sebab bila ada anak, kena makan ikut turn. Then, baliklah ke rumah, pada anak-anak dengan semangat baru, cinta lama yang diperbaharui. Insya Allah, kehangatan rumah tangga tu akan sentiasa kekal. Amiin.


Pergi Aeon Mall je pun. Nik shopping sikit. Aku shopping sikit. Makan kat Papparich. And the mother, which is me, kept looking at her phone, waiting for updates from the siblings about her son. Nampaknya, tak berapa dating berdua sangatlah bila my mind kept thinking about my 2nd man of my life. Huhuuu

Comments

  1. Hihihi selamat menikmati hidup beranak kecik, nanti besar2 rindu baby balik :P

    ReplyDelete
  2. Samalah. Zeza pun paranoid bila start jadi newbie mommy ni. Tak berani nak tinggalkan anak lama2. Tapi betul juga kata Muja tu. Sekali sekala kena give some me time utk dating berdua dengan suami.

    ReplyDelete
  3. Ya. Yang paling penting mesti hidup setiap hari dengan penuh makna tanpa bazirkan sebarang masa.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD