Life Update Lepas Jadi Umi, Jadi Teacher

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Alhamdulillah, sedar tak sedar, dah 3 tahun lebih aku jadi seorang Umi. Dah 3 tahun lebih juga aku berkecimpung dalam bidang pendidikan. I have been in love with English since forever and now I am sharing the language knowledge with my kids. This is the reason why I performed so badly kat UM dulu. Kih3










Nik sebagai suami dan Nazhan sebagai anak


Bermula dengan perkenalan tak disangka di internet dengan Nik, bertunang dan berkahwin. Tengah ketawa boleh terasa. Tengah romantik, tiba-tiba hati boleh carik. Satu masa senyum, masa yang lain macam mencuka. Lepas tu berbaik semula. Yes, before marriage, we will think that we know our partner already but the real reality happens after marriage. Ingat,

Love is never about finding the hand that perfectly fits yours. It's about finding hands that hold no matter how unfit they may be.

Lepas dua tahun kawin, habis dah belajar for my degree, alhamdulillah, mengandung. Akhirnya dapat Nazhan yang telah menceriakan hidup aku yang tersangatlah hambar selama ni. Allah is truly the Greatest. DIA berikan aku seorang makhluk kecil yang sangat membahagiakan walaupun sangat suka menangis 2 bulan pertama dia lahir ke dunia. Dah la suka menangis, tak nak pula direct feeding, memaksa aku untuk menjadi EP Mom selama lebih kurang 5 bulan. Dengan rahmatnya, dengan tidak semena-mena, dia nak direct feeding pulak, so aku stop pumping milk from my body. Bila dah direct feeding, suka mengempeng pulak. All the time nak menyusu. Penat tau menyusu tapi nikmatnya Allah sahaja yang tahu terutamanya bila dah berpisah berjam-jam semasa aku ke sekolah. I will definitely miss the moments having you in my hands when you stop in another 1 year (hopefully).



Sekarang, I am breastfeeding Nazeem, my second son pula. Yamg ni, memang boleh kata fully breastfed dari lahir. Sekarang, aku dah tak pam, tinggalkan susu tepung je dekat pengasuh tapi dia reject botol pula. Nasib baik dah makan, so tidaklah merisaukan.

Blogging is still a passion of mine



Sejak jadi mak, my blogging career memang slow sangat because I only have few hours of me not looking after my children. Cuma kalau ada sponsored post, aku usahakan juga menulis. Yelah, I am just being honest here to say that blogging pun sumber rezeki aku. Pagi pergi sekolah. Petang jaga anak. Kalau dorang tidur, aku pun join sekali tidur kepenatan. Tak pun tengok Netflix. Malam pulak, aku tutup je lampu lepas Isyak kononnya nak pujuk dia tidur, aku pun tertidur sekali. Yes, dulu I have to sleep early sebab I have to wake up early. Sekolah aku di Semerah, Batu Pahat which took more than half an hour to reach from my house. Sekarang, Alhamdulillah. Dah dapat pindah sekolah. Dekatlah juga. Dalam 20 minit sahaja dari rumah.

Dulu, biasanya pukul 9 or 10 malam dah diulit mimpi. Bangun tidur dalam pukul 5.30 pagi. Punch card wajib sebelum 7.15 pagi and school session pula bermula pukul 7.25 pagi. Nasib baik mesin punch card sekolah aku memang lewat dalam 15 minit. So, ada harinya aku akan mampu masuk sekolah dengan dakwat hitam but mostly, memang dakwat merah (just so you know). One thing about tempat kerja yang jauh, lari sikit je jadual, memang merahlah kau hari tu. Contohnya, kalau hari tu Naz buat hal menangis pagi-pagi atau tetiba tangki minyak berkelip nak kena isi, atau tetiba kau sakit perut. Yes, they leave huge impact every single time. What more kalau semua ni berlaku serentak. T_T

Sekarang, bangun 6.30 pagi pun masih tak merah. Cuma kalutlah sikit. Hehehe.

Me being an English teacher


Dulu, aku dipertanggungjawabkan mengajar budak Tahun 6, Tahun 2 dan Tahun 1 and yes, my Y6 are going to sit for their UPSR in another 2 week more or less. Aku pulak, masih kena keluar pergi PPD on this coming 19 September which is so heartbreaking. Setahun ni pulak, aku asyik kena keluar untuk macam-macam kursus yang berkaitan dengan CEFR which is meant for Y1 and Y2. Sekali kursus, berhari-hari. Kesian betul budak UPSR. CEFR is being very stressed on this year sampaikan budak UPSR macam kurang penting.

Aku rasa bersalah sangat sebab aku seolah-olah membiarkan mereka terkontang-kanting. I dont know why, I feel like they are being neglected this year sebab aku hanya pernah pergi satu sahaja meeting tentang perkongsian cara pemarkahan oleh seorang guru zon aku ni. Satu lagi, adalah seorang cikgu berpengalaman buat talk cara menulis essay. Then, tak de dah. Teringat zaman aku dulu SPM dulu. Manjang ada experienced teachers datang bagi talk. Setiap subjek you. Betapa bagusnya cikgu sekolah aku. Kenapalah aku tak jadi macam dorang??? Aku berazam nak jadi lebih komited lepas ni. Insya Allah.

Sekarang, mengajar Tahun 1 dua kelas. Tahun 3 satu kelas. Alhamdulillah. I really feel so much at ease banding dulu. Hopefully, I can stay this way sampai pencen. Kih3

Apa lagi yang korang curious nak tahu pasal perkembangan aku, korang boleh tanya di bahagian komen k. Rasanya, tak de rahsialah aku nak simpan memang hidup aku semua ada dalam Internet. Kih3. So, setakat ini dulu jari mampu menaip sementara. 

Do pray for my success too. Love you. Wasssalaam.


Comments

  1. semoga dipermudahkan urusan muja mendidika anak-anak bangsa..Insyallah Aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin. Insya Allah. Thanks for the kindest doa. 😊

      Delete
  2. Sekejap je rasa anak anak dah besar. Saya masa sekolah dulu pun macam macam program utk menghadapi UPSR cikgu buat. Seronok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hopefully, saya pun akan jadi rajin untuk buat macam2 program for my students lepas ni. amiin

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD