6 Resepi Ringkas Untuk Baby Nazhan

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Nazhan kan dah lebih setahun, akikah pun dah settle, jadi sekarang memang masak hari-harilah untuk beliau and I am just very happy to do it sebab aku pun boleh makan sihat sesama. Kalau dia tak habiskan, aku la yang habiskan. Bila dah habiskan, aku pun kenyang. Tak makan lain dah. Win-win situation between Umi and his son. Bacalah cara-cara masak nasi tanpa kerak. Lagi sesuai nak bagi kat anak.



Elemen paling penting dalam penyediaan makanan bayi mestilah:


  1. tekstur yang sesuai dengan umur. boleh blend, boleh tumbuk, boleh cincang. bergantung kepada umur, bilangan gigi, dan kehendak anak sendiri.
  2. ada protein, karbohidrat, fiber, vitamin, and so on. jadikan makanan lebih pelbagai.
  3. bebas GARAM- sistem penghadamannnya belum matang untuk hadamkan garam sebelum 2 tahun. Jadi, salt-free is very important to protect the kidneys.
  4. bebas GULA- mengelakkan anak ketagih gula which can lead to early diabetes. pengenalan kepada gula pada umur terlalu awal boleh menyebabkan anak menjadi picky eater (tak nak makan sayur, macam aku). 


Maggi. Nope. This is not for Nazhan. I just like how this picture turns out.

1. Sos Epal


Sangat senang dibuat dan bolehlah dianggap sebagai pengganti gula dalam makanan anak. Kalau dah makan dengan tofu ke, nasi ke, boleh aje. Sedap.

cekodok, makanan bayi
Sos epal kat tengah. Dikelilingi oleh jemput-jemput.

  1. Kopek kulit epal dan potong dadu. Masukkan ke dalam periuk.
  2. Perah lemon atau limau nipis untuk elakkan pengoksidaan
  3. Masukkan sedikit air untuk disteam. Boleh tambah kurma untuk lebih manis
  4. Steamkan sampai lembut. Lenyekkan membentuk tekstur sos.
  5. Curahkan atas tofu atau ratakan atas roti wholemeal. Yummeeyyyhhh!

Nope. This is not his too. Just love how I can see my 2 most favourite things in the world. Yeahh...

2. Jemput-jemput Pisang


Jemput-jemput ni sesuai bila anak dah pandai pegang makanan sendiri. Bolehlah dia nak belajar berdikari. Bagi kat tangan, pandai-pandailah suap sendiri. Hati-hati! Panas dalam tak hilang lagi walaupun kat luarnya macam dah sejuk.

Taruk pisang lagi sedap. We are Malaysian like this.

  1. Kacaukan unbleached flour dengan air.
  2. Masukkan telur pun boleh untuk bekalan protein. Pastikan anak tak alergik telur tau.
  3. Masukkan serbuk ikan bilis untuk masinkan sikit
  4. Masukkan kurma atau madu untuk maniskan.
  5. Boleh tambahkan pisang atau buah naga untuk lebih perasa.

3. Spageti Carbonara

Spageti Carbonara ini sesuailah untuk anak yang dah pandai genggam makanan sendiri. Slow-slow latih. Lama-lama mesti okey. Ingat kita aje ke nak makan western? Huhuuu

spageti carbonara

  1. Rebus spageti. Toskan.
  2. Panaskan olive oil. Tumiskan bawang putih dalam 3 ulas sampai naik bau. Aku suka je tambah bawang merah or bawang besar. Barulah Melayu. Ekekeke.
  3. Masukkan ayam yang dipotong kecil or guna je minced chicken, lagi senang. Goreng sampai garing sikit.
  4. Masukkan tomato yang sudah diblend. Kalau malas nak basuh blender, cincang je sampai halus. Untuk tambahkan sayur, boleh guna broccoli dan carrot.
  5. Bila dah lembut dan nampak layu, masukkan 2 or 3 keping cheese. Nak berkuah sikit, tambahkan air sikit.
  6. Taburkan mixed herb. Kalau aku, tambahkan sekali raw black pepper dan oregano. Tak pedas pun kalau tak letak banyak. Lagi sedap.
  7. Tuangkan sos atas spageti tadi. 
  8. Bagi anak makan dengan tangan. Disedutnya satu-satu. Seronok sangat menengoknya!

4. Tofu

Tofu yang kita beli tu, pastikan organic tau. Nanti ada pula yang beli tertaruk garam.

Steamkan tofu. Salutkan dengan sos epal. He loved it so much!
  1. Steamkan tofu dalam 5 minit.
  2. Hancurkan buah-buahan yang manis. Contohnya buah naga, mangga, atau betik.
  3. Campurkan dan gaulkan. Siap.
  4. Setakat ni, inilah makanan favourite aku buat untuk Nazhan sebab tersangat senang. Nazhan pun tersangat suka.

5. Macaroni Goreng

Yang goreng ni tak beza sangat pun dengan yang carbonara tadi. Cuma, yang ni aku tak masukkan cheese dengan air. So, dia macam keringlah sikit. Sedapnya sama je. :D

Biasanya, aku yang habiskan.
  1. Rebus macaroni. Toskan.
  2. Panaskan olive oil. Tumiskan bawang putih dan bawang merah.
  3. Masukkan ayam atau seafood. Goreng sampai masak sikit.
  4. Masukkan tomato yang diblend.
  5. Masukkan juga brokoli yang dipotong kecil.
  6. Masukkan macaroni yang telah digoreng tadi. Kacau sampai sebati.
  7. Taburkan mixed herb, daun sup ke, ketumbar ke. Serbu oregano tu pun ok. Kacau lagi. Siap.

6. Lempeng Pisang


Lempeng pisang ni lebih kurang sama saja resepinya dengan jemput-jemput tu. Cuma, teksturnya jela yang lain sikit. Kalau yang tadi kena lagi pekat, yang ni kena cair lebih. So, kena lebihkan air dan pisangnya. For me, lempeng ni lagi sedang dan Nazhan lagi suka.

After countless trials baru nampak okay. -_-

1. Gaulkan unbleached flour, pisang, telur, madu (hanya sesuai untuk bayi 1 tahun ke atas).
2. Gorengkan dalam kuali dengan unsalted butter or olive oil. Jangan terlalu banyak, takut lempeng nampak berminyak, lembek, tak sedap sangat.
3. Tip aku, masukkan sedikit unsalted butter or olive oil untuk setiap keping. 
4. Bagi sekeping setiap kali dia merengek. Pengganti keropok dan jajan. Sedap dan berkhasiat!

Sebagai mama ni, kita memang nak buat yang terbaik untuk anak. Mula-mula perkenalkan anak dengan makanan, jangan expect anak nak habiskan semangkuk. Satu sudu teh sehari pun okay. Lama-lama dia biasalah dengan makanan. Give them time they need. Barulah kita tak stress sangat.

Jangan lupa apply 4-day rules untuk kenal pasti allergies anak-anak. Aku dulu lambat tahu. Itu yang main hentam aja. Alhamdulillah Nazhan tak de allergy yang jelas. Or maybe, dia ada allergy tapi aku yang tak perasan, wallahu a'lam.

Okaylah. Nazhan asyik merayu-rayu nakkan perhatian dah ni. Next time aku update lagi. Tapi, korang pun share la resepi untuk anak korang in the comments section below. Boleh aku buat untuk Nazhan, share kat ig. Best sangat this journey as a mom. Will miss it so badly soon.

Wassalaam.

Comments

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD